Monday, March 3, 2014

Anwar Akan Menyertai Kabinet Najib?

 

Sebelum ini isu Konsensus Nasional adalah bibit-bibit awal ke arah penyatuan. Perkara ini tidak jelas tapi menurut sumber adalah perjumpaan sulit Anwar dan Najib melalui Jusuf Kalla di Jakarta. Isu ini terdiam dan hampir tertutup.

Timbul pula Konsens Nasional (KN) sekali lagi dalam bentuk yang lebih jelas. Perutusan khas untuk rakyat Malaysia yang disampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hotel Sunway sangat jelas menunjukkan ada usaha ke arah untuk menyatukan Pakatan Rakyat (pada umum tapi khusunya PKR) dan Barisan Nasional. 

Ada kecoh pasal KN ini UG baru ke? Sedangkan UG dan perjumpaan sulit beberapa pimpinan PAS atas isu Selangor dan Perak tidak menepati maksud UG yang diwar-warkan Presiden PAS.

Kemudian ada beberapa orang kepimpinan PKR juga dipercayai datang berjumpa dengan TGNA bagi mendapat persetujuan. Saya difahamkan usaha ini gagal.

Ada usaha menyeret Presiden PAS untuk perjumpaan antara PKR dengan UMNO (Zahid Hamidi) di London, tapi gagal juga kerana Presiden PAS tidak hadir dan banyak lagi siri-siri perjumpaan tapi Presiden PAS sekadar menghantar wakil sahaja.

Terkini tokoh Wartawan Negara dan Bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP), Datuk A. Kadir Jasin, meramalkan kemungkinan Anwar Ibrahim menyertai Kabinet Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak sebagai sebahagian percaturan politik dan pemulihan kebangsaan (Konsesus Nasional).

Menurut beliau terdapat teori konspirasi yang tersebar luas sekarang bahawa Pilihan Raya Kecil DUN Kajang hanyalah satu pemesongan isu bagi membolehkan agenda kumpulan tertentu membawa masuk Anwar Ibrahim ke dalam kabinet berjalan lancar. Anwar dikatakan akan diberi jawatan penting dalam kabinet.

Menurut sumber Kadir Jasin, penyertaan Anwar di dalam kabinet ini merupakan keperluan kedua-dua tokoh. Mohd Najib dilihat cuba mengimbangi kritikan Tun Mahathir dan Tun Daim terhadap pentadbirannya. Manakala Anwar mencari jalan melepaskan diri dari kemelut kepimpinan PKR antara Azmin dan Khalid yang kian melemahkan parti tersebut.

Artikel A. Kadir Jasin boleh di baca dibawah.

 
 
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.