Tuesday, February 11, 2014

Rayuan kedua Anwar gugurkan Shafee hari ini.


Photo: Selasa, 11 Februari 2014.

Rayuan kedua Anwar gugurkan Shafee hari ini.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Persekutuan esok akan mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam cubaan kali keduanya untuk menggugurkan peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu.

Rayuan tersebut sepatutnya didengar pada 28 Januari lalu tetapi ditangguhkan selepas peguam Tommy Thomas yang mewakili Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Keputusan terhadap rayuan Anwar itu perlu dibuat pada hari yang sama bagi membolehkan rayuan pihak pendakwaan dalam kes liwat terbabit di Mahkamah Rayuan dapat dijalankan seperti yang dijadualkan sebelum ini iaitu pada Rabu dan Khamis ini.

Anwar mengemukakan rayuan setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada 20 Disember tahun lalu yang menolak permohonan keduanya itu yang bersandarkan kepada akuan berkanun (SD) bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim .

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Aziah Ali sebulat suara memutuskan, permohonan tersebut langsung tidak mempunyai sebarang merit dan hanya bersandarkan kepada akuan berkanun Mat Zain yang bersifat dengar cakap (hearsay).

Hakim tersebut turut menyatakan, akuan berkanun terbabit merupakan satu perkara yang remeh dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan rayuan kes liwat membabitkan Anwar dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Selain itu, panel hakim tersebut menyatakan, terdapat kecacatan tersembunyi dalam akuan berkanun terbabit iaitu percanggahan identiti pembuat SD berkenaan iaitu nombor kad pengenalan dan alamat telah dipadamkan.

Cubaan kali kedua untuk menggugurkan Muhammad Shafee dilakukan oleh Anwar setelah usaha kali pertamanya ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 17 September 2013 dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 21 November tahun sama.

Permohonan pertama Anwar untuk menggugurkan Muhammad Shafee adalah berdasarkan kelayakan pelantikan beliau dan atas alasan wujud percanggahan kepentingan kerana peguam terkenal itu dikatakan menjadi saksi penting dalam perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar.

Pihak pendakwaan pula mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan tersebut.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berusia 67 tahun itu didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. - Utusan

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com. KUALA LUMPUR - Mahkamah Persekutuan esok akan mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam cubaan kali keduanya untuk menggugurkan peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu.

Rayuan tersebut sepatutnya didengar pada 28 Januari lalu tetapi ditangguhkan selepas peguam Tommy Thomas yang mewakili Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Keputusan terhadap rayuan Anwar itu perlu dibuat pada hari yang sama bagi membolehkan rayuan pihak pendakwaan dalam kes liwat terbabit di Mahkamah Rayuan dapat dijalankan seperti yang dijadualkan sebelum ini iaitu pada Rabu dan Khamis ini.

Anwar mengemukakan rayuan setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada 20 Disember tahun lalu yang menolak permohonan keduanya itu yang bersandarkan kepada akuan berkanun (SD) bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim .

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Aziah Ali sebulat suara memutuskan, permohonan tersebut langsung tidak mempunyai sebarang merit dan hanya bersandarkan kepada akuan berkanun Mat Zain yang bersifat dengar cakap (hearsay).

Hakim tersebut turut menyatakan, akuan berkanun terbabit merupakan satu perkara yang remeh dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan rayuan kes liwat membabitkan Anwar dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Selain itu, panel hakim tersebut menyatakan, terdapat kecacatan tersembunyi dalam akuan berkanun terbabit iaitu percanggahan identiti pembuat SD berkenaan iaitu nombor kad pengenalan dan alamat telah dipadamkan.

Cubaan kali kedua untuk menggugurkan Muhammad Shafee dilakukan oleh Anwar setelah usaha kali pertamanya ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 17 September 2013 dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 21 November tahun sama.

Permohonan pertama Anwar untuk menggugurkan Muhammad Shafee adalah berdasarkan kelayakan pelantikan beliau dan atas alasan wujud percanggahan kepentingan kerana peguam terkenal itu dikatakan menjadi saksi penting dalam perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar.

Pihak pendakwaan pula mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan tersebut.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berusia 67 tahun itu didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. - Utusan

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.