Sebelum ini ada dua isu dibangkitkan Umno/BN membabitkan bakal calon
#PRK_Kajang iaitu berkempen awal dan menggunakan surau dan masjid
untuk kempen politik... pelbagai kritikan dihamburkan terhadap Anwar
yang didakwa berkempen sebelum hari penamaan calon.
Malah Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) dan beberapa ahli akademik ‘dipelawa’ turut serta
memberikan komen masing-masing.
Ketika Pengerusi SPR mengakui tidak mempunyai kuasa untuk bertindak
terhadap bakal-bakal calon yang berkempen awal dan menyerahkan kepada
polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk bertindak, ada ahli
akademik yang berkata Anwar boleh hilang kelayakan menjadi calon jika
didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana berceramah tanpa kebenaran
polis.
Malahan tindakan DSAI itu mengundang rasa tidak puas hati pemimpin
Umno/BN.
Ada juga penduduk dan badan bukan kerajaan pro Umno/BN yang
membuat laporan polis berhubung tindakkan DSAI, ditambah lagi portal
rasmi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) turut mengecam Anwar yang
disifatkan tidak menghormati titah Sultan Selangor supaya masjid dan
surau tidak dijadikan gelanggang politik.
Bagaimanapun segala kritikan dan kencaman BN itu nampaknya terburai
dengan kehadiran TPM merangkap Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan
Presiden Umno ke Kajang Muhyiddin Yasin bukan sahaja berkempen awal
dengan memperkenalkan calon BN bagi PRK N25 Kajang pada 25 Februari,
malah majlis BN itu berlangsung di pekarangan Surau Al-Falah Bukit
Dukong, Kajang,lokasi yang dianggap tabu oleh BN bagi kempen politik.
Tidak sekadar itu, dengan kehadiran Muhyiddin, BN turut mengadakan
majlis di dalam surau manakala calon BN dari MCA, , Datin Paduka Chew
Mei Fun turut hadir di Surau Al Falah untuk berjumpa dengan para
pengundi.
Muhyiddin ketika berucap berkata Kita mahu mengambil kesempatan dan
peluang melalui sistem demokrasi untuk menyertai pilihan raya.
Pucuk
pimpinan BN telah menimbang pendapat pemimpin akar umbi untuk tawar diri
tanding DUN Kajang dan menyifatkan PRK Kajang sebagai ujian kepada
pemimpin MCA yang baru dipilih, Muhyiddin menganggap PRK Kajang sebagai
medan menguji pengaruh MCA yang disifatkan punya intergriti dan
memperjuangkan hak semua kaum.
Pada majlis itu juga Muhyiddin turut mewar-warkan Pengerusi Perhubungan
Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar sebagai ‘jeneral’ BN bagi PRK Dun
Kajang...
Umno/BN nampaknya telah melanggar pantangnya sendiri di Kajang. Umno/BN
nampaknya sudah berkempen awal dan menggunakan surau sebagai lokasi
kempen.
Jika belum pun tiba hari penamaan calon, BN sudah pun ‘cakap tak serupa
bikin’, bolehkan kita mengharapkan parti itu untuk melaksanakan
janji-janji yang bakal dihamburkan sepanjang kempen PRK Kajang nanti?
KedahLanie.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.