Wednesday, February 26, 2014

NAJIB KENA LAGI!!! Mahathir serah baton kepada Daim untuk belasah Najib

 

Utamakan kestabilan, bukan mandat, kata Daim kepada Putrajaya
Keamanan dan kestabilan adalah dua perkara terpenting yang dimahukan rakyat Malaysia selain agen provokasi yang perlu dihapuskan, kata bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Daim berkata, kerajaan sedia ada bukan sahaja perlu memikirkan untuk mengekalkan mandat sedia ada tetapi juga dasar kepimpinan.

"Undang-undang sedia ada memadai untuk mengawal perkara ini. Jika terdapat pihak yang cuba mencetuskan kontroversi, mereka perlu ditangani.

"Jika ia lambat ditangani maka akan ada pihak cuba mengambil kesempatan," katanya dalam satu wawancara bersama KiniBiz.

Berbicara tentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Daim berkata akar umbi dan rakyat mempunyai impian yang sama iaitu mahu melihat kepimpinan yang kuat.

Katanya, Malaysia sebuah negara berbilang kaum dan agama maka terdapat pelbagai isu sensitif berlingkar dalam negara.

“Berdasarkan maklum balas yang saya terima, ramai yang berasa Najib seorang pucuk pimpinan yang rapuh atau kurang tegas.

“Sebagai pemimpin, beliau harus tahu mengawalnya selain pasukan terbaik untuk menasihati bagaimana berdepan dengan isu yang tidak boleh diselesaikan secara individu,” katanya.

Beliau berkata, Kabinet yang kuat diperlukan dan mereka yang memahami sejarah Malaysia dapat menjangkakan masalah yang berlaku berbanding terus mengambil tindakan.

Katanya, perancangan yang baik akan memperlihatkan kepada rakyat arah yang ingin dituju dan jika rakyat berasa orientasinya sesuai, mereka akan memberi sokongan.

“Pertama kali dalam sejarah, warga asing dan tempatan melihat secara serius situasi politik di Malaysia.

Jika anda melihat orang luar menulis tentang Malaysia, ia bermakna mereka mula curiga terhadap kestabilan negara.

“Rakyat mahu melihat dan berasa selesa bersama Putrajaya sebaliknya majoriti rakyat berasa ada sesuatu yang tidak kena,” katanya.

Mengulas mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini, Daim menyifatkan pilihan raya itu tidak perlu diadakan dan membazir dana rakyat.

Katanya, calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin yang lemah dan tidak berupaya menyelesaikan pelbagai masalah.

“Anwar sendiri tidak diundi ke dalam PKR tetapi mempunyai banyak pengaruh dan kuasa. Beliau memutuskan apa yang perlu dilakukan kepada pemimpin parti terpilih.

“Sama ada media memuji atau mengkritik, ia membuatkan Anwar gembira kerana masih mendapat liputan,” katanya.

Berhubung isu kalimah Allah, Daim berkata perkara itu tidak seharusnya menjadi pertikaian kerana tidak wujud permasalahan seumpama itu di Sabah dan Sarawak.

Beliau turut menolak dakwaan yang mengatakan Islam kini sedang menerima ancaman sebaliknya menyifatkan ahli politik yang gemar membesarkan isu tersebut.

“Kenapa tiba-tiba bawa isu ini ke Semenanjung Malaysia dan menjadikannya masalah besar?

“Mendapatkan sokongan dengan membangkitkan isu agama adalah perbuatan bodoh.

Kita selalu hidup aman damai dan persoalan agama tidak pernah dibangkitkan,” katanya.

The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.