Monday, February 3, 2014

Mukhriz Dicabar Dedah Fail Penyelewengan Pas Kedah .....Ada beranikah!

Ketua Pembangkang Dun Kedah, Dato' Ir Amiruddin Hamzah mengingatkan Menteri Besar, Dato' Seri Mukhriz Mahathir agar tidak perlu mengugut dengan memberi amaran untuk membuka fail lama di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sebelum ini sebagai reaksi kepada pendedahan kepincangan pentadbirannya.

"Sekiranya benar wujud keraguan pada pentadbiran lalu, sila laporkan kepada pihak berwajib," cabar beliau.

Jelasnya, PAS Kedah sebagaimana komitmen dinyatakan Pesuruhjaya, Dato' Mahfuz Omar bahawa PAS tidak akan melindungi sebarang salahguna kuasa dan rasuah yang berlaku.

"Tidak mengapa sekadar hendak menjadi bahan lawak dalam ceramah, tetapi perkara dinyatakan Dato' Seri Mukhriz adalah hal serius yang mesti dibuktikan. Sekiranya tidak bermakna beliau telah berbohong dan memfitnah.

"Bagaimanapun, bagi PAS dan rakan Pakatan Rakyat, kami tidak akan berhenti dan akan terus membongkar serta mendedahkan begitu banyak kelemahan dan penyelewengan yang berlaku dalam 7 bulan pentadbiran BN Kedah.

"Adalah ditegaskan juga, tugas kami sebagai Pembangkang adalah membetulkan kerajaan dari sebarang perancangan dan pelaksanaan yang boleh merugikan rakyat dan negeri," ujarnya membidas amaran Mukhriz itu.

Bagi wak, jangan dok menjerit macam katak panggil hujan....kalo betul pentadbiran PR semasa memerintah Kedah teruk dengan penyelewengan ....apa lagi dedahkan kepada umum termasuk laporakan kepada SPRM .....ada berani, silakan.....kah kah kah

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.