Tuesday, February 4, 2014

MENYINGKAP SEJARAH SEMANGAT 46..


Photo: MENYINGKAP SEJARAH SEMANGAT 46..

 Masih ingat lagi pada Parti Melayu Semangat 46?
Ia telah terkubur tanpa nisan. Telah mati
dibunuh pada Mei 1996. Dibunuh oleh tangan
pengasasnya sendiri demi 'Perpaduan Orang
Melayu'. Ku Li dengan sikap merendah diri telah
mengisytiharkan sanggup untuk menjadi 'Gurkha'
UMNO.
Kebanyakkan generasi muda yang dilahirkan
ditahun-tahun 80'an dan 90'an memang tidak
berapa tahu tentang asal usul dan sejarah
perjuangan parti nasionalis tulen ini. Besar
kemungkinan hanya ingat-ingat lupa.
Parti Melayu Semangat 46 ditubuhkan oleh Yang
Mulia Tengku Razaleigh Hamzah bersama-sama
bantuan dan pengorbanan besar juak-juak
politik disekelilingnya; akibat daripada tewasnya
beliau ditangan Tun Dr. Mahathir semasa
perebutan jawatan Presiden UMNO pada
Perhimpunan Agung UMNO tahun 1987. Ku Li
sebenarnya menang moral walaupun hanya tewas
tipis dengan 43 undi.
Pertembungan bersejarah yang menyaksikan
UMNO terbahagi kepada 2 kem.
Team A yang diterajui oleh Dr. Mahathir
Mohammad, Ghaffar Baba, Anwar Ibrahim, Najib
Tun Razak, Sanusi Joned, Mohammad Rahmat dan
lain-lain.
Sementara Team B dikepalai oleh Musa Hitam dan
Tengku Razaleigh, serta mandapat dokongan
kuat dari Shahrir Samad, Abdullah Badawi, Ajib
Ahmad, Rais Yatim, Harun Idris, Marina Yusuf,
Othman Saat, Radzi Sheikh Ahmad dan banyak
lagi.
Selepas pertandingan sengit tahun 87, hanya
Abdullah Haji Ahmad Badawi (Pak Lah) sahaja
satu-satunya calon dari Team B yang dapat
mengekalkan kerusi Naib Presiden UMNO.
Parti Melayu Semangat 46 diwujudkan akibat
daripada Tragedi Pengharaman UMNO tahun
1988. Salah seorangnya pangasas utamanya
adalah Dato' Seri Utama Rais Yatim, yang telah
sanggup 'membakar jambatan politiknya'.
Parti ini juga mendapat sokongan padu daripada
kedua-dua bekas Presiden UMNO LAMA yakni,
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun
Hussien Onn yang juga bapa kepada Ketua
Pemuda UMNO sekarang, Dato' Seri Hishamuddin
Tun HUssein. Kedua-dua bekas Perdana Menteri
Malaysia ini telah menggunakan daya inisatif
mereka untuk cuba menubuhkan parti baru yang
bernama 'UMNO MALAYSIA' bagi menggantikan
UMNO LAMA. Namun tidak diluluskan oleh Jabatan
Pendaftaran. Lalu kedua-duanya menyertai kem
Tengku Razaleigh Hamzah.
Parti ini pernah menjalankan kerjasama dengan
DAP dan PAS. Kejayaan terbesar Semangat 46
adalah dapat menumbangkan UMNO di Kelantan
pada pilihanraya 1990, dengan pukulan TKO!
Dengan itu wujudlah Kerajaan Islam Kelantan
dibawah pemerintahan PAS yang diterajui oleh
Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Kerajaan PAS
Kelantan telah dapat bertahan sehingga ke hari
artikel ini ditulis. Lebih kurang 18 tahun
lamanya.
Gabungan diantara Semangat 46 dan PAS yang
diberi nama 'Angkatan Perpaduan Ummah'berjaya
dilakukan adalah disebabkan oleh karisma dan
pengaruh politik Tengku Razaleigh Hamzah.
Putera DiRaja Kelantan yang sangat disayangi
oleh seluruh rakyatnya.
Angkatan Perpaduan Ummah terdiri daripada
PAS, Semangat 46, HAMIM, Berjasa, KIMMA
(Kongres India Muslim Malaysia).
Sementara disatu pihak lain Semangat 46
menubuhkan juga GAGASAN RAKYAT yang terdiri
daripada DAP, PRM, Parti Bersatu Sabah (PBS)
dan Barisan Progresif India (IPF). Inilah idea
permulaan yang seterusnya ditiru kembali oleh
Anwar Ibrahim untuk menggabungkan parti-parti
pembangkang bagi menubuhkan Barisan
Alternatif yang akhirnya bertukar menjadi
Pakatan Rakyat. Cetusan idea asalnya adalah
daripada Ku Li dan ini memang menjadi satu
catatan terpenting bagi sejarah Politik Malaysia
Moden. Kekuatan Bapa Ekonomi Malaysia ini
mampu menyatu padukan gabungan
pembangkang.
Angkatan hanya mampu menang di Kelantan
sahaja pada pilihanraya 1990.Dalam pilihan raya
umum 1995, Angkatan hanya tinggal PAS, PMS46,
HAMIM dan Berjasa. GR tinggal DAP, PRM dan
PSM46. Keputusannya, kerusi barisan ini merosot
walaupun Kelantan dapat dipertahankan.
Nama asalnya Semangat 46. Ditubuhkan pada 5
Mei 1989. Mesyuarat Agung Pertama Semangat
46 pada 12 Oktober 1989 dirasmikan bekas
Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj.
Satu fakta yang tidak diketahui ramai orang
ialah bahawa Tengku Razaleigh Hamzah dan para
penyokong kuat beliau tidak pernah sesekali
'Keluar UMNO'. Apa yang sebenarnya berlaku
adalah mereka telah disekat untuk memasuki
UMNO (Baru) akibat percaturan politik pada
waktu itu. Oleh yang demikian, Semangat 46
telah menjadi wadah perjuangan baru untuk
sebahagian bekas pemimpin-pemimpin UMNO LAMA
meneruskan survival perjuangan mereka dengan
membawa semangat penubuhan UMNO asal pada
tahun 1946, di Istana Bukit Serene, Johor
Bahru.
Kemudian pada 10 Febuari 1994, nama parti itu
ditukar kepada Parti Melayu Semangat 46. Warna
rasmi yang menghiasi angka '46' yang terletak
elok didalam bulatan kecil pada bendera,
lambang, logo dan poster pilihanraya parti ini
adalah warna hijau dan kuning.
Menteri Penerangan baru Ahmad Shabery Cheek
adalah bekas Ketua Penerangan Semangat 46.
Antara tokoh-tokoh besar UMNO yang sanggup
berjuang dan tenggelam bersama Ku Li adalah
Hajjah Marina Yusuf (emak kepada pelakon Ida
Nerina), Hajjah Ilyani Ishak, Datuk Harun Idris
(Bekas Legenda Ketua Pemuda UMNO), Datuk Haji
Suhaimi Kamaruddin (bekas Ketua Pemuda UMNO
yang tewas ditangan Anwar Ibrahim didalam
perebutan jawatan tersebut), Tan Sri Othman
Saat (bekas Menteri Besar Johor), Tun Saleh
Abbas (bekas Ketua Hakim Negara), Datuk Radzi
Sheikh Ahmad (bekas Setiausaha Agung UMNO
yang lepas), Arwah Pak Yim (setiausaha sulit Ku
Li), Datuk Zainal Abidin Zain (bekas Timbalan
Menteri Kabinet Pak Lah), Tengku Azlan (bekas
Timbalan Menteri Kabinet Pak Lah) dan Datuk
Paduka Ibrahim Ali (ahli parlimen Pasir Mas).
Ku Li hanya sempat berjuang didalam barisan
alternatif hanya kira-kira lapan tahun. Parti
Melayu Semangat 46 hanya terlibat dengan 2
pilihanraya umum, iaitu 1990 dan 1995. Masih ingat lagi pada Parti Melayu Semangat 46?  Ia telah terkubur tanpa nisan. Telah mati dibunuh pada Mei 1996. Dibunuh oleh tangan pengasasnya sendiri demi 'Perpaduan Orang Melayu'. 
Ku Li dengan sikap merendah diri telah mengisytiharkan sanggup untuk menjadi 'Gurkha' UMNO.
 
Kebanyakkan generasi muda yang dilahirkan ditahun-tahun 80'an dan 90'an memang tidak berapa tahu tentang asal usul dan sejarah
perjuangan parti nasionalis tulen ini. 
Besar kemungkinan hanya ingat-ingat lupa.  Parti Melayu Semangat 46 ditubuhkan oleh Yang Mulia Tengku Razaleigh Hamzah bersama-sama bantuan dan pengorbanan besar juak-juak politik disekelilingnya; akibat daripada tewasnya beliau ditangan Tun Dr. Mahathir semasa perebutan jawatan Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO tahun 1987. Ku Li sebenarnya menang moral walaupun hanya tewas tipis dengan 43 undi. 
Pertembungan bersejarah yang menyaksikan UMNO terbahagi kepada 2 kem. Team A yang diterajui oleh Dr. Mahathir Mohammad, Ghaffar Baba, Anwar Ibrahim, Najib Tun Razak, Sanusi Joned, Mohammad Rahmat dan lain-lain.
 
Sementara Team B dikepalai oleh Musa Hitam dan Tengku Razaleigh, serta mandapat dokongan kuat dari Shahrir Samad, Abdullah Badawi, Ajib Ahmad, Rais Yatim, Harun Idris, Marina Yusuf, Othman Saat, Radzi Sheikh Ahmad dan banyak lagi. 
Selepas pertandingan sengit tahun 87, hanya Abdullah Haji Ahmad Badawi (Pak Lah) sahaja satu-satunya calon dari Team B yang dapat mengekalkan kerusi Naib Presiden UMNO. Parti Melayu Semangat 46 diwujudkan akibat daripada Tragedi Pengharaman UMNO tahun 1988. 
Salah seorangnya pangasas utamanya adalah Dato' Seri Utama Rais Yatim, yang telah sanggup 'membakar jambatan politiknya'. 
Parti ini juga mendapat sokongan padu daripada kedua-dua bekas Presiden UMNO LAMA yakni, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Hussien Onn yang juga bapa kepada Ketua Pemuda UMNO sekarang, Dato' Seri Hishamuddin Tun HUssein. 
Kedua-dua bekas Perdana Menteri Malaysia ini telah menggunakan daya inisatif mereka untuk cuba menubuhkan parti baru yang bernama 'UMNO MALAYSIA' bagi menggantikan UMNO LAMA. 
Namun tidak diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran. Lalu kedua-duanya menyertai kem Tengku Razaleigh Hamzah. 
Parti ini pernah menjalankan kerjasama dengan DAP dan PAS. Kejayaan terbesar Semangat 46 adalah dapat menumbangkan UMNO di Kelantan pada pilihanraya 1990, dengan pukulan TKO!
 
Dengan itu wujudlah Kerajaan Islam Kelantan dibawah pemerintahan PAS yang diterajui oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. 
Kerajaan PAS Kelantan telah dapat bertahan sehingga ke hari artikel ini ditulis. Lebih kurang 18 tahun lamanya.

Gabungan diantara Semangat 46 dan PAS yang diberi nama 'Angkatan Perpaduan Ummah'berjaya
dilakukan adalah disebabkan oleh karisma dan pengaruh politik Tengku Razaleigh Hamzah.

Putera DiRaja Kelantan yang sangat disayangi oleh seluruh rakyatnya.
 
Angkatan Perpaduan Ummah terdiri daripada PAS, Semangat 46, HAMIM, Berjasa, KIMMA
(Kongres India Muslim Malaysia). 
Sementara disatu pihak lain Semangat 46 menubuhkan juga GAGASAN RAKYAT yang terdiri daripada DAP, PRM, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Barisan Progresif India (IPF). 
Inilah idea permulaan yang seterusnya ditiru kembali oleh Anwar Ibrahim untuk menggabungkan parti-parti pembangkang bagi menubuhkan Barisan Alternatif yang akhirnya bertukar menjadi Pakatan Rakyat. 
Cetusan idea asalnya adalah daripada Ku Li dan ini memang menjadi satu catatan terpenting bagi sejarah Politik Malaysia Moden. Kekuatan Bapa Ekonomi Malaysia ini mampu menyatu padukan gabunganpembangkang.

Angkatan hanya mampu menang di Kelantan sahaja pada pilihanraya 1990.Dalam pilihan raya
umum 1995, Angkatan hanya tinggal PAS, PMS46, HAMIM dan Berjasa. GR tinggal DAP, PRM dan PSM46. 
Keputusannya, kerusi barisan ini merosot walaupun Kelantan dapat dipertahankan.
 
Nama asalnya Semangat 46. Ditubuhkan pada 5 Mei 1989. Mesyuarat Agung Pertama Semangat 46 pada 12 Oktober 1989 dirasmikan bekas Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. 
Satu fakta yang tidak diketahui ramai orang ialah bahawa Tengku Razaleigh Hamzah dan para penyokong kuat beliau tidak pernah sesekali 'Keluar UMNO'. Apa yang sebenarnya berlaku adalah mereka telah disekat untuk memasuki UMNO (Baru) akibat percaturan politik pada waktu itu. 
Oleh yang demikian, Semangat 46 telah menjadi wadah perjuangan baru untuk sebahagian bekas pemimpin-pemimpin UMNO LAMA meneruskan survival perjuangan mereka dengan membawa semangat penubuhan UMNO asal pada tahun 1946, di Istana Bukit Serene, Johor
Bahru.
 
Kemudian pada 10 Febuari 1994, nama parti itu ditukar kepada Parti Melayu Semangat 46. Warna rasmi yang menghiasi angka '46' yang terletak elok didalam bulatan kecil pada bendera, lambang, logo dan poster pilihanraya parti ini adalah warna hijau dan kuning.
 
Menteri Penerangan baru Ahmad Shabery Cheek adalah bekas Ketua Penerangan Semangat 46. 

Antara tokoh-tokoh besar UMNO yang sanggup berjuang dan tenggelam bersama Ku Li adalah Hajjah Marina Yusuf (emak kepada pelakon Ida Nerina), Hajjah Ilyani Ishak, Datuk Harun Idris
(Bekas Legenda Ketua Pemuda UMNO), Datuk Haji Suhaimi Kamaruddin (bekas Ketua Pemuda UMNO yang tewas ditangan Anwar Ibrahim didalam perebutan jawatan tersebut), Tan Sri Othman Saat (bekas Menteri Besar Johor), Tun Saleh Abbas (bekas Ketua Hakim Negara), Datuk Radzi
Sheikh Ahmad (bekas Setiausaha Agung UMNO yang lepas), Arwah Pak Yim (setiausaha sulit Ku
Li), Datuk Zainal Abidin Zain (bekas Timbalan Menteri Kabinet Pak Lah), Tengku Azlan (bekas
Timbalan Menteri Kabinet Pak Lah) dan Datuk Paduka Ibrahim Ali (ahli parlimen Pasir Mas).
 
Ku Li hanya sempat berjuang didalam barisan alternatif hanya kira-kira lapan tahun. Parti Melayu Semangat 46 hanya terlibat dengan 2 pilihanraya umum, iaitu 1990 dan 1995.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.