Heboh cerita pasal Kassim Ahmad yang anti hadis. Dalam pada Kassim dibelasah kiri dan kanan, atas dan bawah, alih-alih beliau dibela oleh Tun Mahathir.
Tiba-tiba golongan yang begitu tinggi semangatnya
mempertahankan Melayu Islam menjadi suam-suam kuku.
Tiada darah terpercik seperti dalam isu Teresa Kok, ataupun isu daging babi dilempar ke masjid. Mana pergi semangat kejantanan mereka?
Tiada darah terpercik seperti dalam isu Teresa Kok, ataupun isu daging babi dilempar ke masjid. Mana pergi semangat kejantanan mereka?
Janganlah kerana ada Tun Mahathir di belakangnya
maka semua pihak – Umno, mufti, jabatan agama dan sebagainya berasa
malu-malu untuk bertindak tegas seperti mana dalam kes-kes menghina
agama sebelum ini.
Atau adakah hanya Kassim berbangsa Melayu maka
marahnya agak berbeza?
Dalam isu agama, sepatutnya tidak kiralah sama Melayu, Cina atau India, berdarjat atau tidak, tindakan sewajarnya mesti diambil.
Dalam isu agama, sepatutnya tidak kiralah sama Melayu, Cina atau India, berdarjat atau tidak, tindakan sewajarnya mesti diambil.
Saya bimbang, kemarahan meluap-luap sehingga
sanggup mengorbankan binatang itu bukan ikhlas kerana mempertahankan
agama tetapi lebih kepada sikap rasis dan kepentingan politik.
Saya teringat ketika Kelantan mula-mula berhasrat melaksanakan undang-undang jenayah Islam di Kelantan, antara yang dikatakan menghalangnya ialah Tun Mahathir.
Saya teringat ketika Kelantan mula-mula berhasrat melaksanakan undang-undang jenayah Islam di Kelantan, antara yang dikatakan menghalangnya ialah Tun Mahathir.
Pelbagai alasan dan cara digunakan
untuk menghalang undang-undang tersebut daripada terlaksana.
Pelaksanaan
penuh undang-undang tersebut memerlukan prasarana dan sokongan dari
pusat – polis, mahkamah, penjara dan sebagainya.
Jadi tidaklah agak pelik jika seorang yang anti hadis berkawan dengan seorang yang pernah menghalang undang-undang jenayah Islam yang hudud termasuk di dalamnya.
Jadi tidaklah agak pelik jika seorang yang anti hadis berkawan dengan seorang yang pernah menghalang undang-undang jenayah Islam yang hudud termasuk di dalamnya.
Cuma saya tidak mahu mengatakan orang anti hadis berkawan
dengan orang anti hudud.
Hal ini kerana saya percaya Tun Mahathir bukan
anti hudud tetapi penasihat agamanya tidak memberi maklumat yang
sepatutnya.
Kesimpulannya, saya berharap JAKIM dapat menangani isu Kassim Ahmad ini dengan bijaksana.
(DANIAL SUFRI)
Kesimpulannya, saya berharap JAKIM dapat menangani isu Kassim Ahmad ini dengan bijaksana.
(DANIAL SUFRI)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.