Sunday, February 2, 2014

Kenallah UMNO Melalui Anwar.....

 

Biarpun 1Malaysia mengecam beliau, Anwar tetap Anwar. Masih ditakuti oleh lawanya. Kini, PRK Kajang bakal meletakkan Anwar ke kerusi Dun berkenaan. Penamaan calon masih jauh. Musuh Anwar ketakutan. 

Gerakan besar-besar membelasah beliau sedang berjalan, samada daripada dalam parti mahupun luar parti dan antara parti. Itulah Anwar.

Jika diperhalusi, sememangnya Anwar adalah tokoh. Kehadirannya membawa pelbagai makna. Dan yang paling sukar dibaca oleh musuhnya UBN (Umno BN).

Kita pada mulaya tidak bersetuju dengan sikap dan tindakan beliau untuk bertanding dalam PRK Kajang kali ini, selepas ADUN yang terpilih dahulu rela meletakkan jawatan. Tetapi selepas sesi penjelasan dan pencerahan minda. Diharpkan semua pihak akur dan wajar menerima dan perlu menyokongnya.

Bagi, mana-mana orang dan rakyat yang baru mengenal apa itu dunia politik amnya dan politik Umno khasnya, mereka harus belajar kejijikan politik ala Umno.

Yang menjadi masalahnya masih ada lagi mereka antara kita yang sekongkol dan masih menjadi penyokong dan pendokong tegar UBN.

Kebejatan dan kedurjanaan serta kesyaitanan politik Umno adalah tahap melampau dan rakyat wajar menolakkannya.

Lihat rata-rata serangan hanya kepada Anwar sahaja. Ini kerana Anwar ada ilmu dan tahu serta kenal siapa itu Umno....
 PerantaUKITE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.