TERLEBIH dahulu Tahniah buat PAS yang telah buat keputusan untuk bersama
PKR dan DAP bertempur dengan gerombolan rejim Umno/Bn di PRK Dun
Kajang.
Walaupun sebelum ini terdapat beberapa pimpinan terutamanya di
Selangor yang melatah dan tersedak sedikit apabila terkejut dengan
peristiwa "Kajang Move" ini. Mereka berhak terkejut tapi sebagai
pemimpin tidak wajar untuk melatah.
Melatah yang aku sebut ini adalah merujuk kepada ugutan boikot
pilihanraya.
Tidak bersetuju kita boleh hormati tetapi mengugut itu
agak kurang matang juga sebagai pemimpin. Begitu juga penyakit latah
ini berjangkit kepada MP Temerloh.
Tidak mengapa lah, sekarang ini
sudah selesai bila mana PAS secara Jemaahnya buat keputusan untuk
membantu PKR di Dun Kajang nanti. Alhamdulillah.
Walaupun latahnya masih ada di mana di sebalik bersetuju untuk membantu
PKR di PRK Dun Kajang, terdapat isu MB Selangor. Ertinya, PAS setuju
Anwar bertanding di Dun Kajang tetapi bab MB Selangor belum tahu.
Betullah tu.
Kita pun cerita bab Kerusi Dun Kajang sejak awal lagi,
cumanya isu MB Selangor itu adalah persepsi atau gossip di kemudiannya.
Bila disebut gossip, mungkin betul dan mungkin tidak.
Siapa boleh paksa samada pimpinan PKR, PAS dan DAP untuk memilih sesiapa
di kalangan mereka sebagai MB Selangor? Tentu tidak.
Kerusi MB
Selangor mestilah mendapat sokongan majoriti di dalam Dun Selangor,
kemudiannya diperkenan oleh Sultan Selangor walaupun kuasa Sultan untuk
menerima atau tidak itu boleh diperdebatkan.
PAS memiliki 15 Kerusi,
DAP 15 Kerusi dan PKR pula 14 Kerusi (jika PKR menang di Dun Kajang,
InsyaAllah). Umno/Bn pula ada 12 Kerusi.
Siapa MB Selangor nanti
mestilah ditentukan kuasa majoriti di sini. Ertinya, tidak mudah dan
tidak perlu dibincangkan saat ini. Fokus PRK Dun Kajang dan jangan
gatal mulut mahu kait isu MB Selangor.
Memang betul, ada yang kata terdapat rancangan untuk bawa Anwar menjadi
MB Selangor sekiranya beliau menang di dalam PRK nanti.
Jika mahu
percaya tidak salah dan jika tidak mahu percaya pun tidak salah. Jika
mahu percaya dan tidak setuju Anwar menjadi MB pun tidak salah, jika
bersetuju pun tidak pula menjadi kesalahan.
Samada bersetuju atau
tidak, formulanya tetap sama iaitu calon MB Selangor jika mahu
menggantikan TS Khalid mestilah mendapat sokongan majoriti Adun.
Seandainya TS Khalid mendapat sokongan majoriti untuk dikekalkan, maka
TS Khalid lah menjadi MB Selangor.
Anwar tidak boleh rampas kerusi itu
bersendirian atau hanya mendapat sokongan PKR sahaja.
Jika DAP seramai 15 Adunnya bersetuju dan PAS seramai 15 Adun tidak
bersetuju, PKR pula seramai 14 Adun bersetuju, bagaimana? Belum tentu
lagi sebabnya proses selepas itu adalah mengadap Sultan.
Macam-macam
boleh berlaku di dalam Istana.
Oleh yang demikian, lupakan dulu soal MB
Selangor kerana sesiapa pun yang menjadi MB yang penting MB itu bukan
di kalangan Umno/Bn yang telah menunjukkan rekod terburuk di Selangor
sebelum ini.
Jika ditanya kepada aku apa kata jika PAS pula jadi MB?
Aku jawab, tiada masalah pertamanya PAS bukan talibarut Umno/Bn, PAS
miliki Kerusi yang lebih tetapi PAS perlu dapat sokongan juga dari PKR
dan DAP. Tiada masalah pun.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.