Wednesday, February 5, 2014

Guru akan adakan bantahan program penilaian pelajar, - OLEH SHERIDAN MAHAVERA


Kumpulan pendesak guru merancang untuk mengadakan bantahan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada hujung bulan ini bagi mendesak Putrajaya menghentikan program penilaian tiga tahun pelajar.
 
Bantahan yang jarang diadakan dari bidang perguruan itu menunjukkan rasa tidak puas hati warga pendidik yang semakin tinggi terhadap sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SBA), kata jurucakap Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).
 
Himpunan ini dirancang juga biar pun berulang kali jaminan diberikan Putrajaya bahawa SBA satu keperluan kepada pembaharuan sistem pendidikan kebangsaan dan penambahbaikan kepada sistem akan diselesaikan April ini.

Ketua kumpulan kerja SGMM, Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata bantahan #himpunan222kpmputrajaya akan diadakan pada 22 Februari di hadapan KPM Putrajaya.

"Kami mengadakannya pada Sabtu bagi memberi lebih banyak guru peluang menyertainya dan tidak lupa menjalankan tanggungjawab ini," katanya yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah di Pahang. – 5 Februari, 2014.

The Malaysian Insider.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.