Friday, February 28, 2014

BUAT RENUNGAN RAKYAT MARHAEN YANG BAKAL MENGUNDI DI PRK KAJANG..

BUAT RENUNGAN RAKYAT MARHAEN YANG BAKAL MENGUNDI DI PRK KAJANG.. 

Isu berkaitan kenaikan harga barang-barang keperluan adalah isu sejagat yang berkaitan langsung dengan kepentingan rakyat kebanyakkan dan menyentuh tentang survival kehidupan seharian mereka. Sebagai pengguna yang berhadapan dengan arus kenaikan harga barangan yang tak dapat dibendung, rakyat umum tanpa mengira siapa mereka umpama mentimun dengan durian, digilis luka, menggilis pun luka. Lebih tragis apabila bebannya bukan setakat kerana harga barangan keperluan melambung tinggi, malah lebih memburukkan keadaan apabila bekalannya juga sukar didapati di pasaran.

Penafian pihak kerajaan terhadap kenaikan harga barangan pada setiap kali berlakunya kenaikan harga minyak adalah suatu penafian yang tidak bersandarkan kepada teori dan kaedah ekonomi.

Peningkatan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga barangan, jangan sesekali hanya dipandang dari sudut berapa sen kenaikan harga gula, petrol, gas memasak, minyak masak, tarif lektrik dan sebagainya, tetapi impaknya perlu diteliti secara menyeluruh dan saksama kepada kehidupan seorang insan sebagai individu, keluarga, masyarakat dan negara.

Situasi yang sangat biasa berlaku sekarang lantaran disebabkan desakan hidup, bagaimana seorang bapa terpaksa keluar meninggalkan rumah diawal pagi untuk mencari rezeki ketika anak-anak belum lagi terjaga dari tidur dan pulangnya pula menjelang lewat malam apabila anak-anak telah lena dibuai mimpi.
Ketiadaan masa berkualiti bersama keluarga akan melahirkan anak-anak yang terabai, ketandusan kasih sayang, rapuhnya institusi keluarga sehingga akhirnya mewujudkan generasi anak-anak yang sarat dengan gejala sosial. Apatah lagi untuk meluangkan masa dengan masyarakat dan persekitaran.

Tekanan hidup yang dibantu oleh faktor nipisnya iman di dada juga boleh mengundang pecah amanah, penyelewengan, rasuah dan pelbagai lagi perlakuan yang menyalahi syariat dan undang-undang.

~AK

Isu berkaitan kenaikan harga barang-barang keperluan adalah isu sejagat yang berkaitan langsung dengan kepentingan rakyat kebanyakkan dan menyentuh tentang survival kehidupan seharian mereka. 

Sebagai pengguna yang berhadapan dengan arus kenaikan harga barangan yang tak dapat dibendung, rakyat umum tanpa mengira siapa mereka umpama mentimun dengan durian, digilis luka, menggilis pun luka. 

Lebih tragis apabila bebannya bukan setakat kerana harga barangan keperluan melambung tinggi, malah lebih memburukkan keadaan apabila bekalannya juga sukar didapati di pasaran.

Penafian pihak kerajaan terhadap kenaikan harga barangan pada setiap kali berlakunya kenaikan harga minyak adalah suatu penafian yang tidak bersandarkan kepada teori dan kaedah ekonomi.

Peningkatan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga barangan, jangan sesekali hanya dipandang dari sudut berapa sen kenaikan harga gula, petrol, gas memasak, minyak masak, tarif lektrik dan sebagainya, tetapi impaknya perlu diteliti secara menyeluruh dan saksama kepada kehidupan seorang insan sebagai individu, keluarga, masyarakat dan negara.

Situasi yang sangat biasa berlaku sekarang lantaran disebabkan desakan hidup, bagaimana seorang bapa terpaksa keluar meninggalkan rumah diawal pagi untuk mencari rezeki ketika anak-anak belum lagi terjaga dari tidur dan pulangnya pula menjelang lewat malam apabila anak-anak telah lena dibuai mimpi.

Ketiadaan masa berkualiti bersama keluarga akan melahirkan anak-anak yang terabai, ketandusan kasih sayang, rapuhnya institusi keluarga sehingga akhirnya mewujudkan generasi anak-anak yang sarat dengan gejala sosial. 


Apatah lagi untuk meluangkan masa dengan masyarakat dan persekitaran.

Tekanan hidup yang dibantu oleh faktor nipisnya iman di dada juga boleh mengundang pecah amanah, penyelewengan, rasuah dan pelbagai lagi perlakuan yang menyalahi syariat dan undang-undang.

~AK

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.