Salam,
cuma nak kongsikan pengalaman saya mengisi minyak di stesen minyak
Petronas Jalan Semambu, Kuantan. Pada jam 6.45 petang, saya berhajat
mengisi minyak kereta di situ selepas selesai servis kereta untuk balik
kampung. (servis kereta RM500 terbang.
..)
Selepas
parking di pam, saya pergilah buat pembayaran kat cashier. Pada masa itu
ada dua orang cashier perempuan. Seorang berkulit cerah dan seorang
lagi berkulit agak gelap sedikit. Saya nak isi minyak RM60, jadi saya
hulurlah sekeping RM50 dan sekeping RM10 pada cashier yang berkulit
gelap sedikit tersebut.
Kemudian,
datang seorang pekerja Bangladesh pakai kopiah tolong pam minyak kat
kereta saya. Sambil tunggu minyak siap di pam, saya duduk tepi kereta
tengok meter pam itu naik dan tiba-tiba berhenti di jumlah RM50. Saya
hairan, terus tanya pekerja Bangladesh itu kenapa RM50 je.
Lelaki
Bangladesh itu tanya, "abang bagi kat cashier yang mana?". Terus saya
tunjuklah cashier perempuan yang berkulit gelap sikit itu tadi.
"Owh,
itu perempuan tara guna punya melayu. Suka curi duit orang. Orang bagi
RM30, dia tekan RM20 dan lagi RM10 dia sapu kalau driver tak perasan.
"Hari-hari
banyak kali jadi ini macam abang. Ada customer perasan salah nombor
macam abang, terus bagitau. Kalau jenis yang tak perasan, duduk dalam
kereta, siap pam dan terus pergi, duit itu masuk dia punya poketlah.
"Saya
pun islam, tapi saya tak suka makan duit orang. 1 sen pun itu duit orang
tapi ini perempuan melayu la, kata islam tapi selalu makan duit orang.
Terkedu.. saya terus bertanya, "tak ada orang report ke kat bos you ke?"
Jawabnya,
"bos ada di lagi 1 stesen pam. Sini jarang-jarang bos datang. Susah
orang mau report. Ramai yang marah-marah, tetapi lepas dia masuk semula
yang tak cukup itu, driver tu diam saja"
'Selepas mendengar cerita lelaki itu, saya terus pergi ke cashier semula dan memaklumkan pada dia pam minyak tak cukup RM10 .
Perempuan itu dengan selambanya, "Sorry silap tekan".
Jika
melihat pada gaya dan lenggok dia bercakap, saya perasan yang dia pada
awal sememangnya tahu yang saya bagi RM60. Tetapi dia masih nak cilok
duit saya RM10 kalau saya tak perasan.
"Dah lama buat kerja HARAM macam ni? Bentak ku..
"Sorry bang, saya silap tekan tadi." - jawabnya.
Mujurlah
saya perasan, kalau tak, confirm perempuan tu dah curi duit saya. Entah
berapa ramai yang telah menjadi mangsa pekerja yang tidak
bertanggungjawab ini.
"Nasib baik saya perasan, berapa ramai yang dah jadi mangsa kau?
Aku gertak untuk laporkan kejadian ini pada pihak berkuasa namun terbantut bilamana dia mula meminta maaf.
"Bukan minta maaf kat saya, awak patut minta maaf pada orang yang dah jadi mangsa awak."
Dia terus senyap dan saya terus blah sebab nak mengejar masa, nak ambil anak lagi di rumah pengasuh.
Nasib
baiklah saya ni jenis yang duduk tepi kereta tengok meter pam setiap
kali isi minyak. Kalau jenis yang suka duduk dalam kereta, sukalah
perempuan tu curi duit orang. Entah berapa ramai yang dah jadi mangsa
dia.
Jadi,
untuk peringatan kepada para pembaca di laman ini, hati-hati bila isi
minyak tak kira di mana-mana stesen minyak sekali pun. Pencuri boleh ada
di mana-mana.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.