Daripada Harithah bin Wahab RA katanya, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya):
"Tidakkah aku akan memberitahu kamu mengenai ahli surga?
Iaitu orang
yang lemah dan dipandang hina (oleh manusia), kalau dia bersumpah kepada
Allah nescaya Allah mengabulkan sumpahnya.
" tidakkah aku akan memberitahu kamu mengenai ahli neraka? Iaitu setiap orang yang kasar perangai atau bersikap kasar, angkuh dan sombong."(Riwayat Bukhari dan muslim)
Huraian:
Gambaran sifat antara ahli surga dan neraka dapat dikenali sewaktu didunia lagi sebagaimana disebut dalam hadis berkenaan.
Umat Islam yang mendapat kemenangan pada hari akhirat kebanyakannya adalah golongan lemah dan dipandang hina oleh manusia sewaktu didunia. Amat sedikit mereka terdiri daripada golongan kaya dan hidup mewah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.