Friday, January 31, 2014

PRK DUN KAJANG......


Photo: Keputusan drastik yang dilakukan oleh Lee Chin Cheh yang telah bertindak melepaskan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan (Adun) Kajang di atas prinsip kepentingan bersama dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat demi kepentingan rakyat Selangor adalah satu sikap yang wajar dipuji dan dihormati.

Jasa dan perkhidmatan Lee kepada rakyat di Kajang sepanjang beliau menjadi Adun sudah pasti tidak akan dilupakan.

Sebenarnya sejak dari dulu lagi Anwar Ibrahim sudah sepatutnya menjadi menteri besar Selangor. Manakala Tan Sri Khalid Ibrahim digaji sebagai penasihat ekonomi.

Anwar seorang pemimpin nasional, bekas timbalan perdana menteri; pastinya lebih arif hal politik dan pentadbiran. Khalid, wira ‘The Dawn Raid’ sewajarnya diletakkan dalam kapasiti konsultan dan memberi nasihat-nasihat bernas. Ini yang sewajarnya.
Keputusan drastik yang dilakukan oleh Lee Chin Cheh yang telah bertindak melepaskan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan (Adun) Kajang di atas prinsip kepentingan bersama dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat demi kepentingan rakyat Selangor adalah satu sikap yang wajar dipuji dan dihormati.

Jasa dan perkhidmatan Lee kepada rakyat di Kajang sepanjang beliau menjadi Adun sudah pasti tidak akan dilupakan.

Sebenarnya sejak dari dulu lagi Anwar Ibrahim sudah sepatutnya menjadi menteri besar Selangor. Manakala Tan Sri Khalid Ibrahim digaji sebagai penasihat ekonomi.

Anwar seorang pemimpin nasional, bekas timbalan perdana menteri; pastinya lebih arif hal politik dan pentadbiran. 
Khalid, wira ‘The Dawn Raid’ sewajarnya diletakkan dalam kapasiti konsultan dan memberi nasihat-nasihat bernas. Ini yang sewajarnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.