Monday, January 27, 2014

Perutusan khas Presiden Perkasam Dari Mekah

 

Jangan lu orang ingat yang Ketua Pembangkang Datuk Seri Ibrahim (DSAI) aje ada PERUTUSAN KHAS beb, lu orang jangan pandang sebelah mata dengan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASAM) Datuk Ibrahim Ali kerana beliau pun ada Perutusan gua cakap lu. 
 
Kalau DSAI menyampaikan Perutusan beliau dari Sunway Resort Hotel di bandar Sunway Petaling Jaya tapi Perutusan yang dibuat oleh Presiden Perkasam Datuk Ibrahim Ali ialah dari Mekah Arab Saudi, lu orang tengok barapa punya  lah jauh Perutusan tersebut dibuat oleh beliau beb.

Perutusan dari Presiden Perkasam tersebut berbunyi begini beb, kata beliau "Perkasam mahu Sinar Harian MEMBATALKAN DEBAT antara Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Ianya adalah untuk KEBAIKAN ISLAM, tidak perlu Debat antara mereka mengenai isu KALIMAH ALLAH daripada aspek Undang-Undang. 
 
Debat ini akan banyak MUDARAT nya dan KEBURUKAN kepada Islam. Ianya tidak setakat Undang-Undang tapi ianya akan jadi DEBAT POLITIK KALIMAH ALLAH"

"Terus terang Debat yang ingin dibuat itu MENGHINA MAHKAMAH, kerana Kes ini masih DBICARAKAN di Mahkamah tidak boleh DIBINCANGKAN atau DIULAS oleh mana-mana pihak, siapa yang menjadi Penasihat kepada mereka berdua ini, manakala akhbar Sinar Harian seperti biasa mendapat KEUNTUNGAN dan perhatian lebih utama daripada Islam. 
 
Fikirkanlah sebelum banyak lagi KEKELIRUAN SESAMA ISLAM dan yang bukan Islam akan BERTEPUK TANGAN,” katanya lagi yang menghantar sms dari Mekah.

Perrrrggghhhhh.... rasa nak meleleh air mata gua baca Perutusan dari Presiden Perkasam ni beb, punya lah AMBIL BERAT tentang KEKELIRUAN SESAMA ISLAM dan yang BUKAN ISLAM akan BERTEPUK TANGAN, siap bagi nasihat lagi yang ianya MENGHINA MAHKAMAH beb. 
 
Lu orang tak rasa TERSENTUH HATI ke dengan Perutusan beliau tu beb, kalau lu orang TAK TERSENTUH HATI memang lah lu orang ni jenis KERAS HATI macam Datin Seri Rosmah Mansor... kah kah kah !.


Gua ni kan sampai sekarang ni rasa nak meleleh air mata, tapi gua tahan aje beb sebab nak sampaikan Perutusan beliau kepada lu orang. 
 
Lu orang fikir-fikirkan lah Perutusan dari beliau tersebut, kerana beliau IKHLAS TAPI JAUH  beb demi Islam. 
 
Mana lu orang nak cari seorang yang berjuang SESUCI EMBUN PAGI macam beliau beb, sudah TERGOLEK DOG dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang namum pun masih BERJUANG DEMI ISLAM, MELAYU dan RAJA macam Datuk Hassan Ali JATI... kah kah kah !.

Oiiii... Datuk Ibrahim Ali Perkasam, baik lu simpan aje le Perutusan lu punya tu buat kertas BUNGKUS NASI LEMAK untuk bagi kat Ahli-Ahli Perkasam semasa buat DEMO nanti. 
 
Apa lu ingat Rakyat tak tahu ke yang Pengerusi Perhubungan Umno Selangor sekarang ni tengah mencuba Pampers yang terbaik bagi dipakai pada esok hari... kah kah kah... 
 
lu jangan ingat yang Rakyat tak tahu ini semua Permainan Umno bagi MENGGAGALKAN DEBAT setelah merasa yang PERANGKAP akan MAKAN TUAN... kah kah kah !.

JALAN TERBAIK hanya ada satu aje kalau mahu Debat tersebut DIBATAKAN, cara nya ialah lu suruh suruh Baginda Sultan Selangor BATALKAN DEBAT, atau Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Noh Omar tu TARIK DIRI. 
 
 Lu suruh lah beliau buat ALASAN demi PERPADUAN ISLAM maka beliau MENARIK DIRI, atau pun kalau payah-payah sangat lu suruh aje beliau BERLAKON SAKIT kerana KERACUNAN MAKANAN akibat terlalu banyak makan UDANG dari Kolam Udang beliau... kah kah kah !.

Gua bukan apa beb cuma tak nak Pengerusi Perhubungan Umno Selangor tu MALU aje, lebih baik MALU TARIK DIRI dari MALU kerana TERGAGAP-GAGAP dan TERKENCING-KENCING  semasa Debat tersebut. 
 
Kalau sampai itu terjadi jawapnya belum sampai PRU14 maka sudah tahu usahkan untuk Umno/Bn MENANG tapi untuk MEMPERTAHANKAN  8 Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi serta 2 Kerusi DUN yang EHSAN kerana KEBODOHAN PR pun jawap KIRIM SALAM untuk menang beb... kah kah kah !.

hemmmmm..... itu sebab lah lain kali bila bercakap gunakan kepala otak bukan nya kepala udang tahu tak datuk seri noh omar, kalau gunakan kepala udang ini lah jadi... sekarang tak pasal-pasal cari 1 tanjung karang pampers yang boleh menampung kencing semasa debat... kah kah kah... A B U.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.