Tuesday, January 28, 2014

Anwar mahu jadi MB Selangor kerana gagal jadi PM, kata Kadir Jasin

 
 
Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di DUN Kajang adalah pengakuan kalah, kata Datuk A Kadir Jasin. Gambar fail.
 Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di DUN Kajang adalah pengakuan kalah, kata Datuk A Kadir Jasin. Gambar fail.  
 
 
 
 
 
 
Datuk A Kadir Jasin berkata tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dikosongkan semalam akan dilihat sebagai satu pengakuan kalah kerana gagal menjadi perdana menteri Malaysia.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu mengulas spekulasi mengatakan Anwar bakal menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor jika menang di kerusi DUN Kajang dalam pilihan raya kecil yang perlu diadakan selepas Lee Chin Cheh meletakkan jawatan semalam.

"Beliau pasti dituduh oleh musuhnya sebagai mengaku kalah dan tidak yakin lagi boleh menjadi PM," tulis Kadir dalam blognya hari ini.

"Anwar membuat pengorbanan besar kerana matlamat beliau selama ini, bermula dengan penyertaannya dalam Umno pada 1982 adalah menjadi perdana menteri,” katanya.

Abdul Khalid pada satu sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini mengumumkan Anwar sebagai calon PKR bagi kerusi DUN Kajang.

Menurut wartawan veteran itu lagi, tindakan Anwar memulakan langkah untuk mengambil alih jawatan Abdul Khalid itu sudah pasti akan mencetuskan reaksi negatif.

"Antaranya ialah beliau bukan kelahiran Selangor dan usianya (66 tahun) adalah agak lanjut bagi seorang MB.

"Akhirnya Anwar terpaksa mengaku bahawa krisis kepimpinan kerajaan Selangor yang berpunca daripada perebutan kuasa antara Abdul Khalid dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, sudah sampai ke peringkat hidup mati." 
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.