Tuesday, January 28, 2014

AMK Pulau Pinang kecam serangan ke atas gereja - HARAKAHDAILY

Lawan Corruptions
AMK Pulau Pinang kecam serangan ke atas gereja

JAN 27, 2014  HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KeADILan (AMK) Pulau Pinang mengecam tindakan pihak-pihak yang cuba menimbulkan keresahan kaum dan menganggu-gugat keharmonian kaum di negeri Pulau Pinang ekoran tindakan menaikkan kain rentang hasutan dan melemparkan molotov cocktail ke perkarangan sebuah gereja di negeri ini.

Ketuanya, Dr Afif Bahardin (gambar) dalam satu kenyataan media menggesa polis  dan pihak keselamatan untuk mengambil tindakan tegas dan segera ke atas insiden tersebut.

"Tindakan mereka ini bakal menimbulkan huru-hara dan keadaan tidak aman di Pulau Pinang," tegas beliau.

AMK Pulau Pinang juga, tambahnya  berharap agar setiap lapisan masyarakat di negeri itu terus kekal tenang dan sama-sama menyeru kepada semangat toleransi dan hormat menghormati di antara pelbagai kaum dan agama.

"AMK Pulau Pinang juga akan mula mengerahkan anggota AMK untuk memantau situasi dan  menggesa Kerajaan BN Pusat menimbangkan tawaran Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia dan Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memulakan konsensus nasional demi mengekalkan keamanan negara ini," ujarnya. KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KeADILan (AMK) Pulau Pinang mengecam tindakan pihak-pihak yang cuba menimbulkan keresahan kaum dan menganggu-gugat keharmonian kaum di negeri Pulau Pinang ekoran tindakan menaikkan kain rentang hasutan dan melemparkan molotov cocktail ke perkarangan sebuah gereja di negeri ini.

Ketuanya, Dr Afif Bahardin (gambar) dalam satu kenyataan media menggesa polis dan pihak keselamatan untuk mengambil tindakan tegas dan segera ke atas insiden tersebut.

"Tindakan mereka ini bakal menimbulkan huru-hara dan keadaan tidak aman di Pulau Pinang," tegas beliau.

AMK Pulau Pinang juga, tambahnya berharap agar setiap lapisan masyarakat di negeri itu terus kekal tenang dan sama-sama menyeru kepada semangat toleransi dan hormat menghormati di antara pelbagai kaum dan agama.

"AMK Pulau Pinang juga akan mula mengerahkan anggota AMK untuk memantau situasi dan menggesa Kerajaan BN Pusat menimbangkan tawaran Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia dan Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memulakan konsensus nasional demi mengekalkan keamanan negara ini," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.