[TERGEMPAR] Penemuan Misteri TAPAK KAKI GERGASI | [EKSKLUSIF] 3 GAMBAR YANG DIRAKAM | MARANG -
Penemuan kesan tapak kaki bersaiz besar dengan bentuk luar biasa dalam
kebun kelapa sawit di kawasan hutan Bukit Mak Ra di Pengkalan Berangan,
di sini, menggemparkan penduduk setempat, selain menimbulkan pelbagai
andaian.
Wakil penduduk, Mat Adam Mat Amin, 60, mendakwa, beberapa kesan tapak
kaki ganjil itu ditemui anak sepupunya di sekitar kawasan kebun kelapa
sawit milik keluarga mereka di kawasan hutan berkenaan sejak seminggu
lalu.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
“Kesan tapak itu seperti tapak kaki manusia gergasi dan mempunyai dua
saiz. Tapak kaki bersaiz besar kira-kira 40 sentimeter panjang dan 20
sentimeter lebar manakala yang bersaiz kecil 30 sentimeter panjang dan
15 sentimeter lebar,” katanya kepada Sinar Harian.
Mat Adam yang lebih dikenali sebagai Pak Rani berkata, mereka percaya
dua saiz tapak kaki berbeza itu adalah milik makhluk hidup berkaki dua
yang mempunyai ketinggian dan berat luar biasa berbanding manusia
normal.
“Berdasarkan kedalaman tapak kaki berkenaan, makhluk hidup berkaki dua
itu mungkin mempunyai berat melebihi 300 kilogram bagi tapak kaki besar,
dan berat sekitar 200 kilogram bagi tapak kaki yang kecil,” katanya.
Tinjauan Sinar Harian bersama Pak Rani dan beberapa penduduk di kawasan
kebun kelapa sawit itu mendapati beberapa kesan tapak kaki masih jelas
kelihatan walaupun sedikit berubah kerana faktor hujan dan sebagainya.
Bagaimanapun kata Pak Rani yang diberi tanggungjawab menjaga kebun
berkenaan, sehingga kini belum ada penduduk terserempak dengan makhluk
ganjil termasuk spesies binatang buas di kawasan hutan tersebut.
Penemuan bukan kali pertama
Sementara itu, rakannya, Daud Ali, 50, mendakwa, kesan tapak kaki
bersaiz besar dengan bentuk seperti kaki manusia sudah ditemui sejak 17
tahun lalu iaitu pada 1996 di kawasan hutan Bukit Temiang dan pada 1997
di Bukit Jejulung.
“Malah ada juga pihak pernah melihat kelibat ‘makhluk gergasi’ yang
dipercayai ada hubung kait dengan penemuan kesan tapak kaki tersebut di
jambatan Kampung Bukit Jetit apabila makhluk setinggi tiang api
(elektrik) itu melintas jalan,” katanya.
Bagi Daud, penemuan kesan tapak kaki tersebut mungkin ada persamaan
dengan misteri kewujudan ‘big foot’ iaitu makhluk yang dikatakan
mempunyai bulu di seluruh badannya.
“Namun, sehingga kini masih tiada penemuan sebenar tentang makhluk itu
menyebabkan andaian mengenai tapak kaki tersebut adalah tapak kaki ‘big
foot’ terus menjadi misteri,” katanya.
Difahamkan, pemburuan untuk membongkar misteri kewujudan ‘big foot’ juga
dilakukan penduduk di kawasan berkenaan diketuai Pak Rani.
Bagi seorang pemuda, Mohd Zullaidi Wahab, 33, penemuan kesan tapak kaki
itu menjadi bualan penduduk khususnya golongan muda, namun bagi
sesetengah golongan berusia, ia dianggap perkara biasa.
“Ini kerana mereka sering menemui kesan tapak kaki tersebut, namun tidak
menghebohkan perkara itu kerana bimbang akan menimbulkan ketakutan
kepada penduduk setempat,” katanya.-sinar harian
Que Ahmad
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.