Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil tiga lagi agensi
di bawah kementerian iaitu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
(Finas), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Universiti Malaysia Terengganu
berhubung laporan Ketua Audit Negara Siri 3, kata Datuk Nur Jazlan
Mohamed (gambar).
Pengerusi PAC itu berkata, ketiga-ketiga agensi berkenaan dipanggil
kerana tidak mencapai rating yang tidak memuaskan hasil daripada laporan
Ketua Audit Negara Siri 3 yang dikeluarkan hari ini.
"Daripada mesyuarat Jawatankuasa PAC kita mengambil keputusan akan
memanggil Finas yang di bawah Kementerian Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia, JKR dan Universiti Malaysia Terengganu pada Januari depan.
"Kita dapati ketiga-tiga agensi itu harus memberi penerangan kepada PAC
termasuk mengenai peningkatan kos projek Lebuh Raya Timur sebanyak RM900
juta daripada kos asal, " katanya pada sidang media di Parlimen
sebentar tadi. ~tmi
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.