KUANTAN, 4 Dis -
Banjir di Pahang kini dilaporkan semakin buruk apabila lebih 9,000
mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sehingga 8 malam tadi.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Pahang, sehingga kini 9,030 mangsa yang melibatkan 2,095 keluarga
dipindahkan di lima daerah.
“Sebanyak 69 pusat pemindahan beroperasi di daerah Maran, Pekan, Rompin,
Kuantan dan Jerantut.
“Kuantan mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 3,672 orang
membabitkan 916 keluarga di 33 pusat pemindahan.
“Di Rompin pula 859 keluarga dengan 3,249 mangsa ditempatkan di 13 pusat
pemindahan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Di Pekan, 932 mangsa dipindahkan ke 13 pusat pemindahan manakala di
Maran, 1,124 mangsa banjir ditempatkan di sembilan pusat pemindahan.
“Jerantut pula merupakan daerah terbaharu yang mengalami banjir yang
mana satu pusat pemindahan dibuka membabitkan 62 mangsa daripada 12
keluarga,” kata jurucakap itu.
Katanya, laluan yang ditutup bagi
kenderaan ringan, Kilometer (KM) 28 Kuantan-Sungai Lembing, KM36 Jalan
Gambang-Kuantan, KM16 Jalan Nenasi-Pekan, KM145 Jalan Jerangau-Jabor,
KM72 Jalan Kuantan-Segamat dan KM10 Jalan Kuantan-Pekan.
Katanya, setakat ini masih tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.