Tuesday, November 26, 2013

Wanita tunjuk gambar, yakin hamba di London kakaknya

 
Adik_Siti Aishah Abdul Wahab
Guru pencen Kamar Mautum Abdul Wahab (gambar) yakin wanita yang dijadikan hamba di London berumur 69 tahun, Siti Aishah Abdul Wahab adalah  kakaknya yang menyertai kumpulan Maoist di sana.

Dia ditahan oleh pemimpin kumpulan Komunis Mao sejak 30 tahun lalu.

Kehilangan kakaknya menyebabkan kesedihan kepada keluarganya.  Kamar berkata, ibunya memberi wasiat supaya menjejaki apa yang berlaku kepada anak perempuannya yang tidak pernah pulang.

“Saya sangat sedih tanpa dia di sini tahun demi tahun. Dia sangat berbakat, dia juga menjadi buah hati pada emak saya. 

Emak menyebut namanya sebelum menutup matanya.
“Bila emak saya meninggal, dia (Aishah) tidak mahu bercakap dengan kami dan saya tidak boleh berbuat apa-apa,” katanya kepada The Daily Telegraph.

Aishah belajar di sekolah paling elit di Malaysia dan mendapat anugerah biasiswa Komanwell untuk belajar bidang Juruukur Bahan di London.

Siti Aishah Abdul Wahab 

Dia ke Britain pada tahun 1968 bersama tunangnya dan berhasrat untuk mencapai cita-cita untuk keluarga tetapi terlibat dengan kegiatan politik melampau yang menyebabkan dia melupakan segala-galanya kerana ajaran Maoist.

Dia terpengaruh dengan Aravindan Balakrishnan dan rakannya, Chanda, yang telah ditangkap minggu lalu. Mereka didakwa menahan tiga wanita tanpa kerelaannya melebihi tiga dekad di London, 

lapor The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.