Friday, November 1, 2013

Tak berapa lama lagi dah tahun HIJRAH 1434 berakhir dan beralih ke tahun baru 1435.

Photo: Tak berapa lama lagi dah tahun HIJRAH 1434 berakhir dan beralih ke tahun baru 1435.

Sambil kita menyambut tahun baru Hijrah, jom! kita kongsi ilmu sikit berkenaan Maksud HIJRAH

#Pengertian Hijrah 
Hijrah adalah berpindah, meninggalkan, berpaling, dan tidak mempedulikan lagi. Mempunyai beberapa pengertian, iaitu:
 (1) Kaum muslimin meninggalkan negeri asalnya yang beradadibawah kekuasaan pemerintah yang kafir; (2) Menjauhkan diri dari dosa; dan 
(3) permulaan tarikh Islam. 
Kata hijrah berasal dari bahasa arab yang bererti meninggalkan suatu perbuatan atau menjauhkan diri dari perbuatan  atau berpisah dari suatu tempat ke tempat yang lain. Adapun erti menurut syari’at, hijrah itu ada tiga macam, iaitu sebagai berikut: 
a.       Hijrah dari meninggalkan semua perbuatan yang dilarang oleh Allah. Hijrah itu wajib dikerjakan oleh setiap orang yang mengaku beragama Islam. 
Nabi saw bersabda yg bermaksud:
“Orang yang berhijah itu ialah orang yang meninggalkan segala apa yang Allah telah melarang darinya”
 (HR Imam Bukhari dan lainnya dari Abdullah bin Umar r.a.). 
Jadi, siapa sahaja dari orang-orang Islam yang telah meninggalkan semua perbuatan yang dilarang oleh Allah, ia termasuk orang yang berhijrah dalam pengertian yang pertama ini. 
b.      Hijrah (mengasingkan) diri dari pergaulan dengan orang-orang musyrik atau orang-orang kafir yang memfitnah orang-orang yang memeluk Islam. Maka, hijrah wajib juga wajib dikerjakan setiap orang Islam. Jadi, orang Islam yang tidak dapat mengerjakan perintah-perintah Islam dan menjauhi larangan-larangan Islam di suatu kampung, kota, daerah atau negeri, disebabkan oleh adanya fitnah yang diperbuat oleh orang-orang kafir atau orang-orang musyrik, wajib baginya untuk mengasingkan diri ke kampung, kota, daerah atau negeri lainnya yang kiranya dapat digunakan untuk mengerjakan perintah-perintah Islam dan menjauhi larangan-larangannya. 
c.       Hijrah (berpindah) dari negeri atau daerah orang-orang kafir atau musyrik ke negara atau daerah orang-orang muslim, seperti hijrah Nabi saw kaum muslimin dari Makah ke Madinah. Hijrah ini pun wajib pula dikerjakan oleh setiap orang Islam yang berdiam atau tinggal di negari atau daerah orang-orang kafir atau musyrik, padahal ia tidak kuasa membongkar atau memusnahkan keadaan-keadaan dan perbuatan-perbuatan mereka yang terang-terangan dilarang oleh Allah. Oleh kerana itu kaum muslimin wajib berpindah (berhijrah) ke negeri atau daerah yang lain yang kiranya dapat jauh dari pada keadaan-keadaan dan perbuatan-perbuatan yang terkutuk oleh Allah itu.

~Semoga Allah terima amal kami dan amal kamu~ Sambil kita menyambut tahun baru Hijrah, jom! kita kongsi ilmu sikit berkenaan Maksud HIJRAH

#Pengertian Hijrah.

Hijrah adalah berpindah, meninggalkan, berpaling, dan tidak mempedulikan lagi. Mempunyai beberapa pengertian, iaitu:
(1) Kaum muslimin meninggalkan negeri asalnya yang beradadibawah kekuasaan pemerintah yang kafir; (2) Menjauhkan diri dari dosa; dan
(3) permulaan tarikh Islam. 

Kata hijrah berasal dari bahasa arab yang bererti meninggalkan suatu perbuatan atau menjauhkan diri dari perbuatan atau berpisah dari suatu tempat ke tempat yang lain. Adapun erti menurut syari’at, hijrah itu ada tiga macam, iaitu sebagai berikut: 

a. Hijrah dari meninggalkan semua perbuatan yang dilarang oleh Allah. Hijrah itu wajib dikerjakan oleh setiap orang yang mengaku beragama Islam. 

Nabi saw bersabda yg bermaksud:
“Orang yang berhijah itu ialah orang yang meninggalkan segala apa yang Allah telah melarang darinya”

(HR Imam Bukhari dan lainnya dari Abdullah bin Umar r.a.). 

Jadi, siapa sahaja dari orang-orang Islam yang telah meninggalkan semua perbuatan yang dilarang oleh Allah, ia termasuk orang yang berhijrah dalam pengertian yang pertama ini.
 
b. Hijrah (mengasingkan) diri dari pergaulan dengan orang-orang musyrik atau orang-orang kafir yang memfitnah orang-orang yang memeluk Islam. 
 
Maka, hijrah wajib juga wajib dikerjakan setiap orang Islam. Jadi, orang Islam yang tidak dapat mengerjakan perintah-perintah Islam dan menjauhi larangan-larangan Islam di suatu kampung, kota, daerah atau negeri, disebabkan oleh adanya fitnah yang diperbuat oleh orang-orang kafir atau orang-orang musyrik, wajib baginya untuk mengasingkan diri ke kampung, kota, daerah atau negeri lainnya yang kiranya dapat digunakan untuk mengerjakan perintah-perintah Islam dan menjauhi larangan-larangannya. 

c. Hijrah (berpindah) dari negeri atau daerah orang-orang kafir atau musyrik ke negara atau daerah orang-orang muslim, seperti hijrah Nabi saw kaum muslimin dari Makah ke Madinah. 
 
Hijrah ini pun wajib pula dikerjakan oleh setiap orang Islam yang berdiam atau tinggal di negari atau daerah orang-orang kafir atau musyrik, padahal ia tidak kuasa membongkar atau memusnahkan keadaan-keadaan dan perbuatan-perbuatan mereka yang terang-terangan dilarang oleh Allah. 
 
Oleh kerana itu kaum muslimin wajib berpindah (berhijrah) ke negeri atau daerah yang lain yang kiranya dapat jauh dari pada keadaan-keadaan dan perbuatan-perbuatan yang terkutuk oleh Allah itu.

~Semoga Allah terima amal kami dan amal kamu~
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.