Saturday, November 2, 2013

Sungai Limau: Kempen Anwar, DAP bantu PAS gusarkan Utusan Malaysia - OLEH DIYANA IBRAHIM

Photo: Sungai Limau: Kempen Anwar, DAP bantu PAS gusarkan Utusan Malaysia

OLEH DIYANA IBRAHIM
November 02, 2013

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia melalui pengarangnya Zulkiflee Bakar gusar dengan tindakan PAS menurunkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan DAP untuk berkempen bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau semalam.

Zulkiflee menyifatkan tindakan tersebut sebagai peluru akhir PAS untuk meraih sokongan pengundi bagi PRK Sungai Limau yang akan diadakan pada 4 November.

Melalui siri kempen itu, Anwar dikatakan menjelajah beberapa kawasan di Sungai Limau untuk bertemu penduduk  dan berceramah manakala pemimpin DAP mengedarkan risalah kepada penduduk Cina.

"Sememangnya apa yang mereka lakukan tidak salah kerana mereka sekutu PAS, tetapi soalannya apakah nasib penduduk Sungai Limau selepas mereka pulang," katanya melalui kolumnya di Utusan Malaysia hari ini.

Zulkiflee mempersoalkan pendekatan kempen PAS yang dikatakan hanyalah retorik politik kerana tidak akan dapat mengubah wajah Sungai Limau menjadi kawasan membangun.

"Oleh itu biarlah siapa pun turun biarlah sehebat mana pun pemimpin pembangkang datang apa yang penting pengundi Sungai Limau perlu mengkaji siapakah lebih layak untuk membela nasib mereka," katanya.

Zulkiflee bagaimanapun tidak menyalahkan kehadiran pemimpin utama Barisan Nasional (BN) yang turun berkempen bagi membantu calon mereka.

Katanya, pemimpin BN ini tidak bijak menabur janji atau mengukir mimpi kepada pengundi sebaliknya hadir membawa misi memenuhi impinan penduduk Sungai Limau yang mahu mengecapi pembangunan.

"Oleh itu jangan terpedaya dengan apa-apa juga pujukan, hasutan dan dakyah pembangkang kerana kesudahannya yang akan rugi ialah penduduk Sungai Limau sendiri," katanya.

Katanya, ia bukan perbuatan untuk membeli sokongan tetapi memaparkan kemampuan Barisan Nasional menjadi sebuah kerajaan yang berupaya mengubah nasib rakyat.

Kerusi DUN Sungai Limau kosong selepas wakil rakyatnya yang juga bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia pada 26 September lalu.

Azizan adalah penyandang kerusi DUN itu sejak pilihan raya umum 1995.

PRK kali ini menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN, Dr Ahmad Sohaimi  Lazim dengan calon PAS, Mohd Azam Abd Samat.  Hari membuang undi adalah pada 4 November ini. - 2 November 2013.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.