Apabila bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad mengkritik Najib dengan
mengatakan kepimpinannya semakin lemah dan sering tunduk kepada tuntutan
kumpulan ekstremis pembangkang, beberapa pemimpin UMNO segera tampil
menyanggah pandangan itu.
Menurut mereka, keterbukaan Najib tidak seharusnya ditafsirkan sebagai tunduk dan lebih mendengar tuntutan pembangkang.
Namun demikian, dua hari lalu Najib mengumumkan penubuhan Majlis
Konsultansi Perpaduan Negara atau MKPN sebagai usaha mengukuhkan
perpaduan pelbagai kaum di negara. MKPN ini diberi tempoh selama enam
bulan untuk memberi cadangan kepada kerajaan bagi tujuan itu.
Cuba lihat ahli-ahli MKPN ini:-
Pengerusi - Samsudin Osman
Timbalan Pengerusi - Lee Lam Thye
Ahli majlis:
Ramon Navaratnam
Pheng Yin Huah
Napsiah Omar
Dr Michael Yeoh Oon Kheng
Johan Jaafar
Senator Boon Soom a/l Inong
Dr Mujahid Yusof Rawa
Clarence Bongkos Malakun
John Sikayun
Lim Kok Cheong
Saifuddin Abdullah
Zainal Abidin Abdul Kadir
Rugayah Abdul Majid
Dr Kantayya Mariapan
Prof Madya Dr Madeline Berma
Prof Dr Suresh Kumar a/l Govind
Dr Bilson Kurus
Tan Yew Sing
Lim Chee Wee
Lim Lam Thye
Sadar Jagir Singh
Marina Mahathir
Mohamed Maliki Mohamed Rafiee
Mohamad Anas Omar @ Anas Zubedy
Wardina Safiyyah
Ariff Irwani Azahari
Audrey Goh
Di mana pemimpin dan Ahli Parlimen UMNO dalam majlis itu? Kalau PAS
diwakili oleh Ahli Parlimen dan AJK Pas Pusathya, Dr Mujahid Yusof Rawa,
apakah menjadi suatu kesalahan dan dosa bagi Najib untuk melantik Ahli
Parlimen UMNO atau dari kalangan Ahli Majlis Tertinggi UMNO menganggotai
majlis itu?
Kenapa dalam soal mahu mewujudkan perpaduan dan memberi idea serta
cadangan ke arah mewujudkan perpaduan, UMNO sebagai parti teras dalam
kerajaan dipinggirkan?
Kenapa juga pemimpin daripada Perkasa atau Jati tidak dijemput sama?
Dalam MKPN ini, kalau ada pun wajah UMNO didalamnya hanyalah melalui
Saifuddin Abdullah, Napsiah Omar dan Zainal Abidin Abdul Kadir tetapi
Saifuddin telah kalah dalam pilihanraya dan pemilihan UMNO yang lalu.
Pengamal politik baru ini sudah boleh dianggap pemimpin yang berada di
luar lingkungan. Napsiah dan Zainal Abidin pula adalah bekas wakil
rakyat dan sudah menjadi "orang pencen" dalam UMNO.
Apakah Marina Mahathir yang pernah terlibat dengan Bersih, Sister In
Islam dan turut dikaitkan dengan tuntutan Comango mahu diharapkan
mewakili UMNO dalam memberi cadangan yang mewakili UMNO dan kepentingan
Melayu dalam soal perpaduan ini?
Komposisi ahli-ahli majlis MKPN ini juga seperti tidak menggambarkan
realiti kedudukan kaum yang sebenar di mana sepatutnya ahli daripada
kalangan Melayu jauh lebih ramai berbanding ahli daripada kaum lain.
Melayu dan UMNO sebenarnya sama-sama dipinggirkan dalam MKPN ini.
Ramai juga yang keliru mengapa Najib melantik artis Wardina menganggotai
majlis ini kerana beliau diketahui memang mempunyai pandangan yang
lebih mirip kepada pembangkang serta kerapkali mengkritik kerajaan dalam
tulisannya di twitter. Kenapa tidak dilantik daripada kalangan pemimpin
persatuan artis atau daripada kalangan penggiat seni yang
lebih senior?
Selain Melayu dan UMNO diketepikan dalam usaha membentuk perpaduan,
Najib yang juga Presiden UMNO nampaknya lebih menghargai dan memanding
tinggi kewibawaan Ahli Parlimen dan AJK Pas Pusat berbanding parti di
mana beliau sendiri menjadi ketuanya.
Barangkali ini merupakan satu lagi idea cemerlang daripada Pemandu,
kalangan penasihat (punah-sihat?) atau perunding luar (dipanggil juga
con-sultan atau con-setan) yang telah menelan belanja RM7.2 bilion sejak
lima tahun lalu.
Dan tanpa sedar, Najib telah mengesahkan pandangan Mahathir terhadapnya. ~shahbudin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.