Saya hairan mengapa Timbalan Menteri Dalam Negeri memberi amaran bahawa perbincangan mengenai 20 dan 18 perkara adalah treasonous.
Orang yang bercakap mengenai penilaian semula mengenai butiran perjanjian Malaysia hanya mahukan semakan ke atas butiran-butiran tersebut - tidak ada sesiapa pun yang bercakap mengenai secession dari Malaysia.
Penilaian dan semakan ini perlu kerana butiran dalam perjanjian tersebut tidak terlaksana. Mustahil Wan Junaidi tidak boleh distinguish perkara ini.
Jika tidak kerana kematian Tun Dr Ismail yang dijadualkan mengetuai Jawatankuasa Penilaian perlaksanaan perjanjian tersebut, mungkin banyak perkara sudah diselesaikan.
Kita semua tahu Tun Dr
Ismail adalah seorang yang berprinsip dan tidak akan berkompromi
mengenai janji. Apatah lagi menggunakan butiran Sabah dan Sarawak
sebagai bahan poilitik dan political bargaining chip.
Jika bercakap hendak buat apa? Tangkap di bawah PCA? Jika demikian tangkaplah ahli Parlimen yang bercakap mengenai hal demikian. YBM ahli Parlimen Gua Musang memberi suatu syarahan mengenai ketidaklaksanaan perkara 20 ke atas Sabah dan 18 perkara untuk Sarawak.
Bahkan Tengku Razaleigh memberitahu bahawa satu jawatankuasa tertinggi yang diketuai oleh Tun Dr Ismail suatu masa sudah bersiap untuk menilai perlaksanaan 20 point dan 18 point.
Apa Wan Junaidi hendak buat ke atas Tengku Razaleigh? Timbalan Menteri ini telah menunjukkan bahawa dia seorang yang paling intolerant dalam parliament dan bersangkaan hanya pandangannya sahaja yang betul. Sukalah saya nyatakan kepada Wan Junaidi, lawyer macam dia, is a dime a dozen. Lawyer pun banyak grednya.
Sayang Tun Dr Ismail meninggal dunia sebelum sempat melihat perjanjian Malaysia dengan Sabah dan Sarawak diimplementasi sepenuhnya. Pemimpin-pemimpin Semenanjung berikutnya, hanya berminat untuk mengekalkan Sabah dan Sarawak di bawah kawalan mereka. Sarawak bernasib baik sebab tidak membenarkan Umno masuk ke sana.
Di Parlimen saya suduk bersebelahan YB Dorrel Leiking. Dia seorang Bumiputera Sabah yang sungguh passionate mengenai Sabah dan Malaysia. Ketika ramai ahli PKR Sabah keluar untuk menyertai BN, saya yakin, Dorrel Leiking tidak akan berganjak. He is a leadership material dan saya tidak akan terkejut suatu hari nanti dia boleh menjadi Ketua Menteri Sabah.
Dorrel Leiking adalah Bumiputera bukan? Takkan Umno mahu menentang seorang Bumiputera menjadi KM Sabah?
Musa Aman would love to get his hands on a quality material like Dorrel Leiking.
Pagi tadi kami bercakap mengenai publisiti dan ribut yang Najib bikin terhadap kemasukan beberapa orang ketua cabang PKR. Najib sendiri meluangkan masa dan waktu menerima dan meraikan 11 orang ketua bahagian PKR yang keluar.
What does that tell you? It tells us that Najib attaches great importance on the PKR turncoats. Kita mesti membaca kesediaan PM meraikan riffraff 11 orang ini sebagai tindakan desperate Najib.
Dia tahu kedudukan sebagai PM bergantung kepada sokongan 22 MP Sabah dan 25 MP Sarawak. Dia akan melakukan apa sahaja untuk menunjukkan bahawa dia mengawal keadaan.
Tapi ada MP yang keluar? Kedudukan sebagai kerajaan federal bergantung kepada kerusi MP. Apa yang berlaku dalam negeri Sabah tidak ada bearing kepada kedudukan kerajaan Federal.
Tapi apa jadi jika 8 MP Sabah yang bukan Umno yang terdiri daripada kaum KDM bergabung dengan 11 MP Sarawak yang bukan PBB? Ertinya Najib kehilangan 19 kerusi dan tinggal 114 kerusi. Kerajaannya akan goyang.
Jika ada MP Umno dari Sabah pula keluar bagaimana? Katalah 5 dari 14 MP Umno Sabah? Itu tanda hari kiamat untuk Najib dan Umno.
Jadi tidak payah cakap mengenai keluar daripada Malaysia. Apa yang Sabah dan Sarawak perlu lakukan ialah keluar daripada BN. Jika 8 MP Sabah yang bukan Umno dan 5 MP Umno keluar, sudah mencukupi.
Bila ini berlaku, ahli PKR yang keluar sekarang akan menangis air mata darah. Mereka akan mencari Dorrel Leiking 24 jam.
Kenapa mahu keluar BN? Supaya rakyat Sabah boleh merundingi semua terma-terma faedah berada dalam Malaysia. Kenapa keluar BN? Simply because you cant do business anymore with BN leadership.
Saya tidak pernah dengar barang sekali pun, ada percakapan mahu keluar daripada Malaysia lahir daripada Dorrel Leiking. Kita mesti jelas mengenai perkara ini. Dia sungguh passionate mengenai hak-hak pribumi Sabah terutama hak yang diperuntukkan dalam 20 perkara apabila Borneo Utara menandatangani ketika menjadi sebuah negeri dalam Malaysia.
Saya pernah menyatakan kepada beliau, ketika Malaysia diwujudkan, bukankah perjanjian dibuat antara Semenanjung Tanah Melayu ketika itu sebagai suatu entiti dengan Singapura, Sabah dan Sarawak sebagai suatu entiti di pihak lain?
Ertinya, bukankah ini menandakan bahawa Sabah, Sarawak dan Singapura sama taraf dengan keseluruhan Semenanjung? Sabah and Sarawak are equal to Malaya as a whole dan oleh kerana itu, berhak diiktiraf sebagai entiti yang berdaulat.
Penghormatan kepada Sabah dan Sarawak mesti dalam bentuk penghormatan kepada sebuah negara lain. Dan bila dengan memasuki Malaysia, mereka mengorbankan status kedaulatan sebagai sebuah negara, dari segi spirit perjanjian Malaysia, penghormatan seumpama demikian mesti dikekalkan.
Maka apabila satu daripada anggota perjanjian tersebut yakni Singapura keluar Malaysia, apakah satus perjanjian Malaysia? Tidakkah maknanya, perjanjian tersebut batal dan Sabah dan Sarawak mesti memasuki satu perjanjian baru? Oleh kerana saya bukan peguam dan malas pula melakukan research mengenai point ini – saya tidak mahu menghuraikannya lebih lanjut.
Tapi mengenai point berikut saya mahu huraikan. Perkara 20 antara Sabah dan Malaya memperuntukkan beberapa hak yang mesti dilaksanakan dan dibenarkan.
Sehingga hari ini, banyak daripada perkara tersebut masih tidak dilaksanakan. Ini menimbulkan keresahan dan kemarahan rakyat Sabah terutama golongan Bumiputera majoriti.
Saya bekali kali menyatakan kepada MP Dorrel Leiking, bahawa saya tidak faham Umno. Kalau di sini, Umno memperjuangkan “Bumiputeraism”nya, maka secara logik apa yang diperjuangkan oleh pribumi Sabah sepatutnya difahami dan disimpati oleh puak-puak Umno.
Sepatutnya mereka menyokong tuntutan Bumpitera Sabah. Umno sepatutnya menjadi golongan pertama dan terdepan sekali menyokong aspirasi rakyat pibumi Sabah.
Kecuali ini: kecualilah “Bumiputeraism” itu sebetulnya hanya relevan dan sahih kalau ia “Bumiputeraism” Melayu sahaja. Bukan Bumiputera Melayu, tidak diterima.
Saya hairan dengan rakyat Sabah dan Sarawak – sekian lama diperlakukan sebagai budak suruhan, peon dan tambi – tertunduk-tunduk meminta sedekah daripada tuan Umno dari Semenanjung, masih mahu berdakapan dengan Umno?
Di manakah self respect dan self worth Bumiputera Sabah? Masuk Malaysia sejak 1963 masih terkapai-kapai meminta sedekah kerajaan melaksanakan 20 perkara? Borneonization? Royalti minyak?
Sarawak dengan 18 perkaranya. Keadaan di Sarawak nampaknya lebih baik sebab Umno dan penyakit political VD nya tidak masuk Sarawak. Kalau tidak hancur Sarawak.
Sudah sampai masa untuk ambil tindakan sendiri – tinggalkan Umno dan BN. Berunding terma baru sebagai negeri berdaulat dalam Malaysia. Jangan tinggalkan Malaysia, tinggalkan Umno dan BN. – sakmongkol@blogspot.com
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.