Tuesday, November 26, 2013

Nik Aziz puji tiada perwakilan cadang berbaik dengan Umno.

Photo: Nik Aziz puji tiada perwakilan cadang berbaik dengan Umno.

November 26, 2013

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (kiri) bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Muktamar PAS ke-59.Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (kiri) bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Muktamar PAS ke-59.Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memuji perjalanan muktamar PAS baru-baru ini kerana tiada seorang pun perwakilan meluahkan cadangan untuk berbaik semula dengan Umno.

“Alhamdulillah, apa yang saya tengok semuanya teratur molek. Yang paling utama sepanjang muktamar kali ini tiada seorang pun perwakilan meluahkan cadangan untuk berbaik semula dengan Umno.

“Ini satu perkembangan yang baik bahawa penyokong PAS tidak terfikir untuk berbaik dengan Umno,” katanya seperti dilaporkan Harakahdaily.

Nik Aziz adalah penentang utama ketika ada usaha dalam parti Islam itu mahu berbaik-baik dengan Umno, musuh tradisi PAS.

Beliau juga meminta ahli PAS menerima keputusan pemilihan yang dibuat sewaktu Muktamar Tahunan ke-59 di Shah Alam yang berakhir semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, ahli PAS perlu memberi peluang kepada saf kepimpinan yang baru itu menjalakan tugas mereka dalam tempoh dua tahun ini.

“Kewajipan ahli untuk menerima keputusan. Jangan sesekali apabila setelah keputusan dibuat, ada pihak mengada-adakan kumpulan-kumpulan dalam parti.

“Cuma perhati kepimpinan yang baru ini dalam masa dua tahun. Jika ada kesilapan kita tegur,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya ada ahli PAS yang ingin menegur kepimpinan, mereka hendaklah menggunakan saluran yang betul.

“Nak tegur jangan tegur terbuka. Itu bukan orang panggil tegur. Itu orang panggil mengumpat. Tegur sewaktu dalam mesyuarat,” katanya.

Mengulas mengenai senarai kepimpinan PAS yang terbaru, Nik Aziz berkata, saf kepimpinan ini adalah amat bertepatan dengan slogan PAS Untuk Semua.

“Pelbagai latar belakang kepimpinan PAS menunjukan memang tepat dengan slogan PAS Untuk Semua,” katanya.  – 26 November, 2013.

The Malaysian Insider. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat  Mursyidul Am PAS, memuji perjalanan muktamar PAS baru-baru ini kerana tiada seorang pun perwakilan meluahkan cadangan untuk berbaik semula dengan Umno.

“Alhamdulillah, apa yang saya tengok semuanya teratur molek. Yang paling utama sepanjang muktamar kali ini tiada seorang pun perwakilan meluahkan cadangan untuk berbaik semula dengan Umno.

“Ini satu perkembangan yang baik bahawa penyokong PAS tidak terfikir untuk berbaik dengan Umno,” katanya seperti dilaporkan Harakahdaily.

Nik Aziz adalah penentang utama ketika ada usaha dalam parti Islam itu mahu berbaik-baik dengan Umno, musuh tradisi PAS.

Beliau juga meminta ahli PAS menerima keputusan pemilihan yang dibuat sewaktu Muktamar Tahunan ke-59 di Shah Alam yang berakhir semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, ahli PAS perlu memberi peluang kepada saf kepimpinan yang baru itu menjalakan tugas mereka dalam tempoh dua tahun ini.

“Kewajipan ahli untuk menerima keputusan. Jangan sesekali apabila setelah keputusan dibuat, ada pihak mengada-adakan kumpulan-kumpulan dalam parti.

“Cuma perhati kepimpinan yang baru ini dalam masa dua tahun. Jika ada kesilapan kita tegur,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya ada ahli PAS yang ingin menegur kepimpinan, mereka hendaklah menggunakan saluran yang betul.

“Nak tegur jangan tegur terbuka. Itu bukan orang panggil tegur. Itu orang panggil mengumpat. Tegur sewaktu dalam mesyuarat,” katanya.

Mengulas mengenai senarai kepimpinan PAS yang terbaru, Nik Aziz berkata, saf kepimpinan ini adalah amat bertepatan dengan slogan PAS Untuk Semua.

“Pelbagai latar belakang kepimpinan PAS menunjukan memang tepat dengan slogan PAS Untuk Semua,” katanya. – 26 November, 2013.

The Malaysian Insider.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.