Azura Manja
NOVEMBER 27, 2013.
Perkasa tidak bersetuju dengan saranan Daim Zainuddin untuk menghapuskan AP yang dikatakan akan menjejaskan peniaga Bumiputera. Gambar fail.
Perkasa tidak bersetuju dengan saranan Daim Zainuddin untuk menghapuskan AP yang dikatakan akan menjejaskan peniaga Bumiputera. Gambar fail.
Perkasa hari ini membidas kenyataan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang mencadangkan pemansuhan Permit Import (AP) kereta kerana ia bakal menghapuskan rezeki Bumiputera.
Naib Presiden Perkasa Malaysia Dr. Zubir Harun menegaskan, sekiranya AP kereta import ingin dihapuskan, kerajaan perlu menghapuskan lesen-lesen perjudian termasuk lesen nombor ramalan.
"Jangan ada pihak mudah mendapat keuntungan dengan perniagaan yang umat Islam tidak boleh sertai seterusnya menjana dana untuk perniagaan lain sehingga Bumiputera tidak mampu bersaing dalam apa juga perniagaan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Tun Daim sebelum ini mencadangkan kerajaan agar mempertimbangkan cadangan memansuhkan AP bagi membantu mengurangkan kos memiliki kereta di negara ini.
"Memansuhkan AP bermakna harga kereta lebih murah untuk rakyat," katanya.
Perkasa bagaimanapun melahirkan rasa hairan semasa Tun Daim menjawat jawatan Menteri Kewangan dahulu, beliau tidak terfikir menghapuskan AP.
"Janganlah sudah menjadi ahli korporat yang kaya-raya, mahu pula rezeki bangsa sendiri. Hairan....bila cadangan dan hujahan orang asing kata harga kereta akan lebih murah jika AP ini dihapuskan, secepat kilat bekas menteri ini menyokongnya.
"Sedih bila pemimpin Melayu mudah bersetuju dengan orang asing walaupun ia akan merugikan bangsa sendiri," katanya.
Dr Zubir turut mempersoalkan, apakah benar AP import kereta yang hanya sekitar 6% daripada jumlah keseluruhan kereta didaftarkan dalam setahun itu membuatkan harga kereta dalam negara ini tinggi?
Kerajaan sendiri jelasnya mengenakan levi sebanyak RM10,000 setiap AP kereta import selain cukai kastam yang begitu tinggi.
"Apakah ia tidak boleh dijadikan penyebab harga kereta import dijual dengan harga yang tinggi?
"Mempersoalkan hanya 98 pemegang AP ini sahaja yang mendapat faedah dan tidak semua orang menerima faedahnya adalah satu kenyataan pendengki.
"98 pemegang jauh lebih banyak daripada pemegang konsisi IPP. Berapa banyak sangat pemegang IPP? Mereka juga mengaut untung yang lebih lumayan berbanding pemegang AP kereta import," kata Dr Zubir.
Rakyat berpendapatan rendah jelasnya tidak menghiraukan harga kereta import. Mereka hanya mampu pakai Proton dan Perodua.
"Orang kaya sahaja yang mahukan kereta import, yang kaya biarkan mereka bayar lebih. Biarlah kereta mahal diimport, bukannya kereta baru yang murah setaraf Proton dan Perodua dibenarkan masuk dengan jumlah yang banyak itu membuatkan kereta tempatan sukar dijual," katanya merujuk kepada pembuat kereta tempatan.
Jelas beliau, ratusan ribu rakyat mendapat faedah daripada pelaksanaan AP selain pekerja dan keluarga mereka.
"Begitu juga rumah-rumah anak yatim serta NGO kebajikan yang menerima sumbangan daripada Pekema (Persatuan Penjual Kereta Import Melayu).
Perkasa berharap kerajaan tidak mudah terpengaruh dengan pihak-pihak tertentu untuk menghapuskan AP ini.
Perkasa juga jelasnya akan terus mempertahankan segala kepentingan Bumiputera. – 27 November, 2013.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.