Tuesday, November 26, 2013

GST bukan ubat ajaib elak muflis, kata Pakatan Rakyat OLEH DIYANA IBRAHIM.


UMNO BN memerintah sampai nak bangrap, last kutip duit kat rakyat untuk bayarnya..!!
 

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini menyelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berkata Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah perlu bagi mengelak negara daripada muflis.

Kata mereka, GST tidak boleh dianggap ubat ajaib untuk mengelakkan negara dari muflis.

Sambil memberikan contoh Greece yang juga melaksanakan GST, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata sistem cukai baru itu tidak boleh menyelesaikan masalah kewangan negara

"Negara kita sedang mengalami krisis kewangan yang teruk walaupun dinafikan. Sebagai contoh, Greece melaksanakan GST, namun apa jadi dengan negara itu, mereka tetap muflis juga," kata Rafizi dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sementara Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata bantahan terhadap GST adalah kerana cara pelaksanaannya.

"Kita tidak kata sistem (GST) tidak betul, namun ini merupakan masalah korupsi, pembaziran dan penyelewengan," kata Khalid.

Rafizi bertegas, tidak kira berapa banyak dana yang disalurkan kepada negara melalui GST kerajaan masih juga terdedah dengan risiko muflis.


Malah beliau menyelar jawapan Najib yang disifatkan terlalu berdolak-dalih berkenaan situasi kewangan negara.

"Kita persoalkan semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mazlan berkata kononnya yang hutang kerajaan masih terkawal tapi Najib kata kalau negara tidak laksana GST maka akan muflis.

"Sekarang kita nak tahu apa sebenarnya status kewangan negara akan muflis atau bagaimana," katanya.

Turut menyokong kenyataan Rafizi ialah Khalid Samad (gambar).

Beliau berkata, situasi pelaksanaan GST adalah sama ketika negara ingin mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) biarpun pernah membuat kenyataan kadar jenayah adalah amat rendah.

Khalid turut menyindir isu isteri kepada perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang menggunakan jet kerajaan biarpun bukan atas urusan kerajaan.

"Hal ini sudah jelas. Negara kini bakal muflis dan apa isteri Perdana Menteri kita lakukan adalah menghabiskan duit negara berjuta-juta ringgit untuk kegunaan dia.

"Ini semua adalah bentuk penyalahgunaan harta kerajaan," katanya. - 26 November, 2013.
 
KedahLanie

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.