Tuesday, November 26, 2013

Anwar akui ‘terlanjur’ tegur pentadbiran Abdul Khalid

MB Selangor: Bukan Lambat Tapi Berhati-hati Guna Wang Rakyat


MB Selangor: Lambat kerana berhati-hati

SHAH ALAM - Selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi kritikan terhadap Menteri Besar Selangor tentang pergerakannya yang lambat untuk melaksanakan arahan, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan tindakan "lambat" itu kerana berhati-hati dalam membuat keputusan.

Abdul Khalid juga berkata, untuk melakukan perubahan sikap daripada "lambat" kepada agresif untuk melaksankan arahan telah terlalu lewat.

"Baguslah (teguran), ia tiada menjadi masalah.

"Tidak, saya sudah terlalu lambat untuk melakukan perubahan.

"Ia bagaimana kita menggunakannya (duit rakyat). Itu adalah duit rakyat, jika kita kehilangan duit rakyat, kesemua perkara yang kita lakukan tidak memberi apa-apa kepada mereka," katanya yang dipetik daripada portal Antarapos, hari ini.

Semalam, Anwar dilaporkan media mengulangi kritikan terhadap Abdul Khalid.

Anwar juga berkata, tegurannya itu dilakukan sebagai seorang sahabat terhadap menteri besar itu.

"Saya banyak mendengar masalah daripada sahabat saya yang lain seperti Azmin Ali, Tian Chua tapi Tan Sri Khalid paling banyak mendengar.

"Cuma paling lambat laksanakannya, tapi ini semangat kita, ini cara kita menegur.

"Saya menegur sebagai seorang sahabat, saya tegur dengan memujuknya, tetapi saya tegur untuk dia terus memperbaiki beberapa skru longgar yang patut diperketatkan," katanya. -SH

Anwar akui ‘terlanjur’ tegur pentadbiran Abdul Khalid

Pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor masih cemerlang jika dibandingkan dengan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN).

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tegurannya kepada Abdul Khalid bertujuan penambahbaikan dalam pentadbiran kerajaan negeri supaya lebih mengutamakan golongan yang memerlukan.

“Teguran itu mungkin kerana kita terlanjur dan lupa bahawa di bawah pemerintahan Selangor terdapat pimpinan, kewangan serta pembaziran jauh lebih terkawal. Perbezaannya terlalu jauh kalau diteliti akaun pengurusan ekonomi zaman BN dengan Pakatan Rakyat (PR),” katanya.

anwarAnwar berkata demikian dalam ucapan penggulungannya Kongres Nasional Khas 2013 di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, di sini, hari ini.

Turut hadir dalam kongres berkenaan adalah barisan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan 885 anggota perwakilan PKR seluruh negara.

Perwakilan yang hadir sebulat suara meluluskan beberapa pindaan kepada perlembagaan parti yang akan dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk disahkan.

Sebelum ini, Anwar memberi teguran kepada Abdul Khalid kerana kerajaan negeri gagal menggunakan rizab negeri bagi membantu golongan yang memerlukan di Selangor.

Anwar berkata, Abdul Khalid antara pemimpin PR yang berfikiran terbuka dan sentiasa mengambil teguran ke atas dirinya.

“Saya tegur sebagai seorang sahabat dengan memuji rekod yang baik, tetapi ada beberapa yang perlu diperbaiki,” katanya.

Katanya, beliau yakin Abdul Khalid adalah pemimpin yang jujur sepanjang menerajui Selangor sepanjang lima tahun ini. Anwar berkata, Abdul Khalid tidak pernah mengambil tanah atau balak untuk kepentingan peribadi. -selangorkini

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.