ALOR SETAR - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengumumkan
tetap bertanding jawatan itu pada Muktamar Pas bulan depan kerana
mendapat pencalonan dari Pas kawasan.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan pencalonan itu termasuk Pas kawasan yang mencadangkan namanya.
“Ada pencalonan… namun saya serah pada perwakilan pada muktamar untuk tentukan sama ada saya dapat pertahan atau tidak jawatan yang disandang,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-34 Pas kawasan Alor Setar, hari ini.
Menurutnya, beliau bukan mempertahan jawatan itu kerana keputusan terletak pada pemilihan oleh perwakilan.
“Saya serah pada perwakilan, selebihnya tak wajar komen,” katanya.
Diasak dengan saranan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menyatakan agar jawatan timbalan presiden dipegang oleh pemimpin yang memiliki ilmu agama tinggi atau ulama, Mohamad enggan mengulas lanjut.
“Presiden sudah banyak kali komen pasal itu, saya tak mahu komen lagi,” katanya.
Mohamad juga enggan memberi sebarang reaksi apabila diajukan persoalan berkaitan peluang golongan ulama dan profesional dalam parti itu pada muktamar.
Dalam ucapannya sebelum itu, Mohamad membuka kembali lembaran sejarah di mana golongan profesional yang pertama dilantik sebagai Presiden Pas iaitu Datuk Dr Abbas Alias yang merupakan Yang Dipertua Agung Pas ke-2 (1953-1956).
Dr Abbas mengambil alih kepimpinan Pas selepas Yang Dipertua yang pertama, Ahmad Fuad Hassan meletak jawatan kerana mahu menyertai Parti Negara.
“Ini membuktikan golongan profesional dan ulama sudah lama bergabung dalam parti,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.