Wednesday, October 9, 2013

Shahidan dakwa media tidak beretika dedah ucapan tertutup Zahid - OLEH: HASBULLAH AWANG CHIK

Photo: Wednesday, October 9, 2013.

Korang Pikir Akhbar Atau Pun Mulut Menteri Yang Jahat?

Shahidan dakwa media tidak beretika dedah ucapan tertutup Zahid
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar) menyifatkan media yang mendedahkan ucapan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Melaka pada Jumaat lalu sebagai tidak beretika kerana majlis itu dijalankan secara tertutup.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, tindakan media itu dilihat sebagai tidak menghormati hak dan privasi pihak yang menganjurkan majlis.

"Tindakan oleh media tersebut sangat tidak beretika dan tidak menghormati majlis tersebut kerana ia berlangsung secara tertutup dan tidak wajar ia didedahkan kepada umum.

Sebelum ini, media melaporkan Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri pada satu Majlis Taklimat Keselamatan Bersama Pemimpin Masyarakat di Melaka bercakap mengenai beberapa isu sensitif iaitu antaranya melibatkan isu penjenayah masyarakat India serta mempertahankan kumpulan haram yang dikaitkan dengan aktiviti jenayah.

"Apa haknya untuk mereka membuat laporan dalam sebuah majlis tertutup, bayangkan kalau hak mereka dilanggar, bagaimana perasaan mereka," katanya kepada The Malaysian Insider susulan laporan media mengenai isi kandungan ucapan dalam majlis yang berlangsung di Melaka itu.

Shahidan ketika ditanya mengenai perbincangan yang berlangsung dalam majlis itu, berkata isu yang dibincangkan adalah berkaitan keselamatan dan tidak wajar untuk didedahkan kepada mana-mana pihak.

"Ia bagi membincangkan langkah menangani masalah keselamatan, tidak perlu curi maklumat," katanya.

Shahidan yang juga calon Majlis Tertinggi (MT) Umno itu berada dalam majlis sama dan beliau turut membidas tindakan media yang didakwanya memutar-belit liputan mengenai majlis tersebut.

"Laporan mereka juga putar belit dengan mengaitkan mereka yang hadir dalam majlis tersebut kononnya kumpulan tidak baik," katanya.

Beliau juga mendakwa tidak pernah mengetahui kewujudan kumpulan "Tiga Line" seperti yang dihebohkan media selepas majlis Jumaat lalu.
"Saya tidak pernah tahu tentang kumpulan "Tiga Line" tapi mungkin Datuk Zahid merujuk kepada Kumpulan 30.

"Kumpulan tersebut bukan gengster, mereka ini adalah kumpulan kebajikan seperti yang diterangkan oleh beliau, yang menguruskan kenduri kendara, kematian dan sebagainya.

"Kumpulan 30 ini adalah sebahagian adat dan budaya orang Melayu, ia wujud sebelum kebanjiran bangsa lain di Malaysia. Malah sudah wujud sebelum kedatangan penjajah," katanya.

Dalam rakaman sepanjang 20 minit di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, Ahmad Zahid juga menghentam Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy kerana mengkritik pasukan polis susulan insiden tembakan lima penjenayah India di Pulau Pinang.

Ahmad Zahid juga secara bangga mengakui pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang diluluskan baru-baru ini adalah cadangannya.

"Kita siasat, kita bawa ke mahkamah. Kalau tidak ada bukti atau tidak cukup bukti, sekurang-kurangnya dua tahun penahanan. Itu undang-undang baru saya. Tiada kompromi," katanya.

Pindaan akta kontroversi PCA yang diluluskan baru-baru ini di Parlimen akan membenarkan penahanan tanpa bicara sehingga dua tahun, serta boleh dilanjutkan sehingga selepas berakhir tempoh tersebut.

Pindaan itu diluluskan oleh Dewan Rakyat selepas mendapat undi 115 daripada ahli Parlimen Barisan Nasional. - 9 Oktober, 2013.

Posted by mountdwellerKorang Pikir Akhbar Atau Pun Mulut Menteri Yang Jahat?

Posted by mountdweller
 
No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.