Muktamar PAS bulan
November ini pasti akan menarik kerana bakal menyaksikan penyingkiran
Haji Mohd Sabu dari jawatannya sekarang sebagai Timbalan Presiden PAS.
Multaqa Dewan Ulama PAS
baru-baru ini seolah-olah mahu memberitahu seluruh ahli-ahli PAS bahawa
pemilihan Mohd Sabu sebagai Timbalan Presiden pada Muktamar lalu yang
menewaskan penyandangnya dari kalangan Ulamak iaitu Nasharudin Mat Isa
adalah satu kesilapan besar yang perlu ditebus kembali dan diperbetulkan
semula pada muktamar yang akan datang ini.
“Timbalan presiden PAS
sekarang, Mohamad Sabu adalah seorang pemimpin yang hebat. Cuma
barangkali yang kurang adalah faqeh (mendalam) soal agama.”
Begitulah antara ayat
kempen Dewan Ulamak PAS yang mahukan Timbalan Presiden diisi dari
kalangan ulamak;(sebagaimana sebelumnya?)
"Kita mencadangkan sahaja, maka dia (Mohamad Sabu) tidak perlu rasa hati dengan resolusi kami," katanya.
Saya tidak bertujuan
untuk mengulas lanjut kenyataannya itu. Cuma sebagaimana yang saya
katakan tadi, saya melihat lebih tertarik kepada penyingkiran Mohd Sabu
itu nanti.
Siapakah 'fuqahak' yang
bakal mewakili Ulama dalam usaha penyingkiran tersebut? Ada dua tokoh
yang disebut-sebut bakal digunakan iaitu Nik Amar atau Tuan Ibrahim?
Kedua-dua tokoh tersebut memang hebat dan mempunyai pengaruh yang kuat. Kedua-duanya pula amat ‘faqeh’.
Berbanding dengan Mohd
Sabu yang pernah dituduh sebagai seorang kominis ketika cuba membela
pejuang tulin kemerdekaan negara, Mat Indera dan dituduh sebagai Syiah
tanpa bukti yang jelas, siapalah Mohd Sabu kalau nak dibandingkan dengan
mereka berdua ini?
Walaupun begitu, Mohd Sabu dilihat boleh merentasi hubungan antara kaum dan parti dalam Pakatan Rakyat.Beliau merupakan aktivis parti yang cukup berpengalaman dan rajin keluar masuk penjara!
Walaupun begitu, Mohd Sabu dilihat boleh merentasi hubungan antara kaum dan parti dalam Pakatan Rakyat.Beliau merupakan aktivis parti yang cukup berpengalaman dan rajin keluar masuk penjara!
Berbalik kepada dua
tokoh ulama tadi, saya lebih melihat peluang Tuan Ibrahim adalah lebih
menonjol.
Mohd Sabu boleh ‘jalan’ kalau berdepan satu lawan satu dengan
Tuan Ibrahim!Nik Amar lebih bersifat 'underdog' sahaja jika mencabar
Mohd Sabu.
Inilah kelebihan yang
ada kepadanya.Malah beliau lebih layak menjadi Presiden PAS menggantikan
Haji Hadi.
Haji Hadi sepatutnya
bersara dengan hormatnya selaku presiden kerana telah dilihat acap kali
melakukan perkara yang kontraversi kebelakangan ini.
Isu Kota Damansara adalah salah satu daripadanya. Menuduh
orang secara melulu kononnya menjual filkuda dan kominis adalah tuduhan
berat.Sebagai manusia yang faqeh, Haji Hadi tahu risiko dan hukumnya
tetapi kenapa sehingga kini belum ada kenyataan 'maaf' daripadanya.
Ramai yang masih
menunggukan tindakannya itu sebagai tanda rendah diri bahawa Ulama
bukan maksom; bahawa ulamak pun tidak terlepas dari membuat kesilapan
tetapi segera beristighfar setelah menyedarinya.
Kesalahan dengan Allah,
minta ampun dengan Allah.Kesalahan dengan manusia, kenalah minta ampun
dari manusia...Beliau harus melakukannya secara terbuka kerana tuduhan
yang dibuatnya itu tersebar luas di media elektronik.
Khabarnya
di sini
ada orang-orang penting PAS sendiri tidak percaya kepada Presiden PAS.
Tetapi yang menghairankan, kenapa Ulamak hanya nampak Mohamad Sabu perlu
disingkirkan walaupun ulamak menganggap beliau “Seorang pemimpin yang
hebat.
Cuma barangkali yang kurang adalah faqeh” , tetapi tidak Haji
Hadi, walaupun faqeh, tetapi dot, dot, dot ?
al-Husseyn
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.