Thursday, October 10, 2013

Respon Besar Mahukan Mahathir-Anwar Sepentas Malam Ini di Kg Baru Kenyataan Media

 Respon Besar Mahukan Mahathir-Anwar Sepentas Malam Ini di Kg Baru.

Photo: Thursday, October 10, 2013.

Respon Besar Mahukan Mahathir-Anwar Sepentas Malam Ini di Kg Baru
 

Kenyataan Media
10 Oktober 2013

Respon Besar Mahukan Mahathir-Anwar Sepentas Malam Ini di Kg Baru

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bagi pihak Badan Bertindak Bantah TPPA (BANTAH) menjemput semua rakyat khususnya warga kota untuk hadir ke Pentas Perdana Anti-TPPA malam ini di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru Kuala Lumpur.

TPPA adalah musuh yang harus disekat dari menceroboh dan merosakkan ekonomi negara. Perjanjian rahsia ini juga mampu menggadai kedaulatan negara, dan tidak terjangkau sejauh mana buruknya penyakit yang dibawa. ia bagaikan 'endless possibilities'. 

Maka perhimpunan pada malam ini adalah satu menifestasi penting untuk menolak Perjanjian TPPA dari dilaksanakan. Malam ini rakyat harus tunjuk kekuatan sebagai aksi 'pemanas badan' sebelum aksi sebenar demonstrasi di KLCC pada hari esoknya.

Malam ini di Kg Baru atau esok di KLCC, kedua-dua aksi ini merentasi sempadan politik domestik. Oleh kerana itu, sebagai anak bangsa Malaysia, semua harus bersatu melawan TPPA tanpa mengira warna kulit, kepercayaan dan fahaman politik demi mempertahankan kedaulatan tanahair.

SAMM menjemput ramai tokoh dan aktivis untuk bersama naik ke pentas, ia termasuklah pemimpin gabungan BANTAH yang telah berusaha dari awal perlawanan menentang TPPA. Juga telah diundang dua tokoh ternama iaitu Tun Mahathir Mohamad dan DS Anwar Ibrahim. Kedua-duanya telah menerima jemputan secara rasmi dengan pihak masing-masing menurunkan tandatangan dan cop akuan penerimaan jemputan. 

Namun sehingga kenyataan ini ditulis, hanya DS Anwar sahaja yang menyatakan persetujuan. Tun Mahathir masih belum memberi respon yang positif. Pertemuan dua tokoh ini juga menjadi bualan umum yang rata-ratanya mahukan ia menjadi kenyataan. Rakyat Malaysia tidak lupa zaman emas ekonomi negara ketika kedua-dua tokoh ini berganding sekitar tahun 90an, kini kedua-duanya berpeluang untuk sekali lagi berada di pentas yang sama dengan matlamat menyelamatkan tanahair dari penjajah era baru.

SAMM turut menerima respon yang sangat besar mahukan pertemuan Mahathir-Anwar berlangsung pada malam ini. Ia adalah aspirasi yang tidak mampu disembunyikan. SAMM tetap optimis bahawa negarawan seperti Tun Mahathir akan muncul di pentas, lantas mengenepikan segala sengketa lama walaupun buat seketika. Tun Mahathir adalah antara tokoh yang paling lantang menentang TPPA, maka keikhlasan itu wajar dibuktikan pada malam ini di KSS Kg Baru.

Ayuh semua, kita juga punya peranan untuk memastikan Perjanjian TPPA tidak dimetrai oleh pemerintah. Turun malam ini, dan esok juga jam 2 petang di Masjid KLCC.

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

- See more at: http://edyesdotcom.blogspot.com Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bagi pihak Badan Bertindak Bantah TPPA (BANTAH) menjemput semua rakyat khususnya warga kota untuk hadir ke Pentas Perdana Anti-TPPA malam ini di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru Kuala Lumpur.

TPPA adalah musuh yang harus disekat dari menceroboh dan merosakkan ekonomi negara. Perjanjian rahsia ini juga mampu menggadai kedaulatan negara, dan tidak terjangkau sejauh mana buruknya penyakit yang dibawa. ia bagaikan 'endless possibilities'.

Maka perhimpunan pada malam ini adalah satu menifestasi penting untuk menolak Perjanjian TPPA dari dilaksanakan. Malam ini rakyat harus tunjuk kekuatan sebagai aksi 'pemanas badan' sebelum aksi sebenar demonstrasi di KLCC pada hari esoknya.

Malam ini di Kg Baru atau esok di KLCC, kedua-dua aksi ini merentasi sempadan politik domestik. Oleh kerana itu, sebagai anak bangsa Malaysia, semua harus bersatu melawan TPPA tanpa mengira warna kulit, kepercayaan dan fahaman politik demi mempertahankan kedaulatan tanahair.

SAMM menjemput ramai tokoh dan aktivis untuk bersama naik ke pentas, ia termasuklah pemimpin gabungan BANTAH yang telah berusaha dari awal perlawanan menentang TPPA. Juga telah diundang dua tokoh ternama iaitu Tun Mahathir Mohamad dan DS Anwar Ibrahim. 
 
Kedua-duanya telah menerima jemputan secara rasmi dengan pihak masing-masing menurunkan tandatangan dan cop akuan penerimaan jemputan.

Namun sehingga kenyataan ini ditulis, hanya DS Anwar sahaja yang menyatakan persetujuan. Tun Mahathir masih belum memberi respon yang positif. Pertemuan dua tokoh ini juga menjadi bualan umum yang rata-ratanya mahukan ia menjadi kenyataan. 
 
Rakyat Malaysia tidak lupa zaman emas ekonomi negara ketika kedua-dua tokoh ini berganding sekitar tahun 90an, kini kedua-duanya berpeluang untuk sekali lagi berada di pentas yang sama dengan matlamat menyelamatkan tanahair dari penjajah era baru.

SAMM turut menerima respon yang sangat besar mahukan pertemuan Mahathir-Anwar berlangsung pada malam ini. Ia adalah aspirasi yang tidak mampu disembunyikan. SAMM tetap optimis bahawa negarawan seperti Tun Mahathir akan muncul di pentas, lantas mengenepikan segala sengketa lama walaupun buat seketika. 
 
Tun Mahathir adalah antara tokoh yang paling lantang menentang TPPA, maka keikhlasan itu wajar dibuktikan pada malam ini di KSS Kg Baru.

Ayuh semua, kita juga punya peranan untuk memastikan Perjanjian TPPA tidak dimetrai oleh pemerintah. Turun malam ini, dan esok juga jam 2 petang di Masjid KLCC.

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.