KUALA LUMPUR : Petronas telah menyumbang sejumlah 732 bilion kepada
kerajaan sejak penubuhan syarikat minyak itu pada 1974 sehingga 31
Disember 2012.
Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak dalam jawapan bertulis pada Rabu berkata,jumlah itu meliputi dividen terkumpul sebanyak RM278 bilion,bayaran hasil petroleum (RM124 bilion),cukai pendapatan (RM310 bilion) dan duti eksport berjumlah RM20 bilion.
"Petronas memang banyak memberi sumbangan yang besar kepada negara sejak penubuhannya pada 1974," katanya.Najib menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Taiping,Nga Kor Ming yang meminta beliau menyatakan satu persatu sumbangan Petronas kepada kerajaan sejak 1974 sehingga hari ini.
Sementara itu,pada sidang media di lobi Parlimen,Nga mendesak kerajaan supaya melakukan pindaan ke atas Akta Pembangunan Petroleum 1974 agar pengurusan hasil kekayaan minyak dan gas dilakukan secara telus.
"Seksyen 3 dalam akta itu hanya membenarkan Perdana Menteri untuk mengakses akaun kewangan Petronas yang diklasifikasikan sebagai sulit dan persendirian,"dakwanya.Sehubungan itu,Nga berkata pindaan terhadap akta sedia ada perlu dilakukan dan laporan kewangan Petronas harus dimaklumkan kepada rakyat.
Petronas Sumbang RM732 Bilion Kepada Kerajaan
Oleh SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM - Mstar

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.