Thursday, October 10, 2013

Pelabur asing KURANG MINAT beli bon M’sia cetus KEADAAN CEMAS - Oleh Azrul Azwar

Photo: Khamis, 10 Oktober 2013.

Pelabur asing KURANG MINAT beli bon M’sia cetus KEADAAN CEMAS
Oleh Azrul Azwar

Institut Rakyat melahirkan rasa bimbang berikutan beberapa laporan yang menunjukkan ketiadaan pelabur asing dalam terbitan sulung bon penting 30 tahun Malaysia pada Jumaat, 27 September 2013.

Ini boleh menaikkan kebimbangan dalam komuniti pelaburan atas keadaan kewangan dan kemerosotan imbangan akaun semasa Malaysia ,menaikkan skala deficit berkembar. Jika dilihat dari sejarah , isu-isu hutang kerajaan Malaysia, yang berada di gred pelaburan A-atau A3 tidak pernah gagal untuk menarik perhatian pelaburan asing.

Malah, Rang Undang-UndangBekalanTambahanPertamauntuk2013 yang dibentangkanbaru-

baruiniberpotensimelonjakkanperbelanjaanoperasikepada RM15 bilion dan mengakibatkan nisbah defisit KDNK tahun ini kepada 5.5 %, jauh melebihi sasaran awal 4% yang telah ditetapkan dalam Bajet 2013 dengan andaian tiada perubahan kepada ramalan bagi hasil, perbelanjaan pembangunan, pinjaman pemulihandan KDNK, manakala lebihan akaun semasa Malaysia mengecil pada aras bahaya iaitu RM2.55 bilion pada suku kedua 2013 , berbanding dengan purata suku tahunan sebanyak RM23.93 bilion antara tahun 2005 dan 2012.

Institut Rakyat juga menganggarkan bahawa nisbah hutang isi rumah kepada KDNK mungkin melanggar siling yang dikenakan sebanyak 55% menjelang akhir tahun ini daripada 53.5% pada akhir tahun 2012, menjadikan ia antara yang tertinggi di Asia Tenggara (berbanding 51.5 % di Filipina, 44.5% di Thailand dan 23% di Indonesia ) disebabkan perbelanjaan tambahan bagi tahun 2013.

Tidak hairanlah jika beban hutang rakyat di Malaysia adalah antara yang tertinggi di rantau ini–hutang kerajaan dalam deniominasi ringgit yang terkumpul berjumlah AS $ 145 bilion berbanding Thailand AS $ 104 bilion, Indonesia US $ 89 biliondan Vietnam AS $ 26 bilion pada akhir bulan Jun 2013 , menurut Bank Pembangunan Asia ( ADB).

Di sampingitu : 

(i) kebimbangan terhadap Rizab Persekutuan terus menyelubungi dan ini " menyekat " aktiviti pembelian bon ataupun penskalaan semula dasar pelonggaran kuantitatif sejak akhir Mei 2013 ditambah dengan, mengetatkan dasar monetari global termasuk Malaysia , 

(ii) menjadikan momentum pertumbuhan sederhana dengan kadar purata pertumbuhan KDNK pada hanya 4.2% bagi kiraan YoY pada separuh pertama tahun 2013 , dan, 

(iii) aliran keluar modal yang berterusan dan dengan itu , kelemahan Ringgit dalam beberapa bulan kebelakangan ini , khususnya selepas semakan untuk prospek penarafan kredit Malaysia kepada negatif daripada stabil oleh Fitch pada akhir bulan Julai 2013 dan peningkatan dalam trend turun naik kewangan, mungkin juga telah menyebabkan pelabur-pelabur asing menjauhkan diri daripada melanggan bon matang untuk jangks panjang kerana mahu mengelakkan risiko matawang dan kadar faedah.

Hanya pembeli domestik

Walau memperolehi sedikit manfaat daripada kadar lebihan langganan bon sebanyak 2.44 kali, hakikatnya hanya pelabur institusi domestik seperti dana pencen dan syarikat insurans berminat. Mereka mungkin membeli bon jangka panjang sebagai sebahagian daripada cara pengurusan aset-liabiliti dan ia tidak semestinya petanda bahawa bon itu berkualiti.

Sehingga akhir bulan Julai 2013, pemilikan asing bon kerajaan Malaysia adalah sebanyak 40% menurun dari 46.8 % pada bulan Jun 2013 atau 49.5 % pada bulan Mei 2013, menurut Bank Negara Malaysia.

Walaupun bon jangka panjang adalah yang paling sesuai untuk mengelakkan kematangan yang tidak diingini dan memberi daya maju bagi projek-projek infrastruktur tempoh matang yang panjang sementara memperluaskan keluk hasil dan menambah nilai kepada pasaran bon denominasi ringgit, pasaran bon terbesar di Asia Tenggara, Institut Rakyat kurang pasti sama ada mereka boleh berubah sebagai kaedah mengumpul dana yang baik atau sebagai penanda aras bagi pembiayaan projek kepada syarikat-syarikat jika dilihat dari sikap acuh tak acuh di kalangan pelabur asing terhadap isu-isu penting ini.

Hasilnya, walaupun bon bernilai ini akan matang pada September 2043, dan bakal memulangkan hasil sebanyak 4.935% hanya pada 123.5 mata asas di atas Perbendaharaan AS yang setanding, hasil akhir akan diperolehi pada kadar julat lebih tinggi diantara 4.35% -4.75% iaitu lebih tinggi berbanding bon Thai yang sama pada 4.6%.

Dengan tempoh hutang matang terpanjang yang pernah ditawaran oleh Malaysia, RM2.5 bilion hasil daripada bon ini akan digunakan untuk membiayai program pembangunan infrastruktur Malaysia yang berjumlah US $ 444 bilion di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Walaupun kebanyakan kerajaan di Asia dan syarikat-syarikat, termasuk di Malaysia, mungkin telah terlepas peluang untuk mengumpul dana lebih murah untuk perbelanjaan infrastruktur mereka dalam tempoh terdekat dan sederhana panjang, kelemahan mereka akibat putaran forex, kenaikan mendadak dalam kos pinjaman dan perubahan risiko selera pelabur semakin berkurangan hari ini hasil perkembangan pesat pasaran dan tempoh matang bon mata wang tempatan yang panjang, kedua-duanya telah membantu menyelesaikan isu-isu matawang dan ketidakpadanan tempoh serta memperkukuhkan sistem, kestabilan dan daya tahan.

Walau bagaimanapun, kekurangan penyertaan asing dalam terbitan hutang yang penting dan bersejarah mungkin adalah petanda kurangnya minat di kalangan pelabur dalam pertumbuhan Malaysia jika kita gagal untuk menangani dengan segera kebimbangan mereka. 

Ini sebenarnya penting untuk pelabur asing dan juga tempatan, olh itu, kita sekurang-kurangnya perlu menunjukkan tanda-tanda akan mengambil langkah-langkah ke arah yang betul. [Terjemahan oleh Huzainah A Rani, Malaysia Chronicle]

Azrul Azwar

Executive Director

INSTITUT RAKYAT

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.Institut Rakyat melahirkan rasa bimbang berikutan beberapa laporan yang menunjukkan ketiadaan pelabur asing dalam terbitan sulung bon penting 30 tahun Malaysia pada Jumaat, 27 September 2013.

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/.
 
No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.