Saturday, October 12, 2013

Pagi samun, tengah hari maut ??

 
Kuala Lumpur - Empat daripada enam ahli Geng Ah Fatt yang aktif menyamun sejak lima tahun lalu, mati ditembak polis dalam kejadian di rumah sewa seorang daripada mereka di Tingkat 15 Blok B Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ampang Hiliran, di sini, tengah hari semalam. 
 
Pagi samun, tengah hari mautDalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, empat penyamun terbabit diburu selepas dipercayai menyamun sebuah rumah di Bukit Antarabangsa, Ampang, kira-kira jam 3 pagi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, sebelum kejadian itu polis menahan seorang lelaki yang menghantar suspek pulang ke rumah malah lelaki terbabit turut berurusan membeli barangan yang baru disamun geng itu.

“Empat lelaki dipercayai warga Indonesia berusia 30 hingga 40-an itu ditembak selepas berbalas tembakan dengan polis sebaik menyerbu masuk rumah mereka.

“Pemeriksaan dalam rumah suspek menemui sepucuk revolver dan sebilah parang yang disyaki digunakan untuk menyamun,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Foto ANGGOTA polis mengangkat mayat perompak yang ditembak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.