Thursday, October 31, 2013

Konsert Siti Nurhaliza Bagaimana Dari Sudut Agama Negara - Posted by Ibnu Hasyim

 

Konsert Lantera Timur oleh Siti Nurhaliza telah berjaya mencipta sejarah Istana Budaya.
 
HALAMAN HIBURAN
PETALING JAYA: Konsert solo tradisional pertama nyanyian, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Lantera Timur mencatat sejarah sejak penubuhan Istana Budaya apabila ia mampu mengutip jualan tiket RM1 juta.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, ia merupakan persembahan solo paling berjaya berbanding acara-acara lain yang diadakan di pusat kebudayaan itu dengan penjualan tiket tertinggi.

"Sebelum ini belum ada lagi persembahan solo daripada mana-mana artis yang mampu mencatatkan penjualan tiket mencecah RM1 juta dan Siti telah memecahkan rekod tersebut.
"Angka itu mampu meningkat lebih lagi namun persembahan pada malam terakhir pada 24 September lalu bagaimanapun sebahagiannya dibuka kepada tetamu khas," katanya kepada mStar Online.

Konsert tradisional Siti Nurhaliza itu diadakan pada 20 hingga 22 September dan 24 September 2013.



 Teater Maduku Kalut yang dipentaskan pada 27 September hingga 1 Oktober lalu turut membuat kejutan apabila pementasan itu berjaya mengutip jualan tiket sebanyak RM90,000 walaupun ia hanya diadakan di Lambang Sari.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tidak salah rasanya kalau dibongkar bagaimana penilaian konsert artis terkenal diiktiraf negara itu, dari sudut Islam 'agama bagi Persekutuan' di negara ini. Lihat bagaimana aurat, tabarruj atau gaul bebas lelaki-perempuan di konsert tersebut.(IH)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.