Thursday, October 10, 2013

Kelantan ulangi mahu jalin hubungan lebih erat dengan kerajaan pusat ??

Photo: Kelantan ulangi mahu jalin hubungan lebih erat dengan kerajaan pusat ??

October 10, 2013

Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS hari ini mengulangi pendirian akan menjalin hubungan lebih erat dengan kerajaan pusat yang akhirnya akan memberi manfaat kepada rakyat.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata hubungan baik itu adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan walaupun berbeza fahaman politik.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Rohani Ibrahim (PAS-Tanjong Mas) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini.

Kepada soalan tambahan Rohani iaitu hubungan itu dapat dipermudahkan dengan adanya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Lanas, Ahmad berkata: "Kita harap hubungan baik ini akan memberi manfaat kepada rakyat akhirnya".

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri Hanifa Ahmad berkata sebanyak RM132 juta diperuntukkan bagi menyelenggara jalan di seluruh negeri pada tahun ini.
   
Sebahagian besarnya adalah peruntukan kerajaan pusat, katanya menjawab soalan Datuk Ramzi Abdul Rahman (BN-Dabong).

Kepada soalan lain Ramzi, Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata jumlah keluasan tanah ladang diberikan kepada Yayasan Islam Kelantan, Perbadanan Ladang Rakyat, Yayasan Kelantan Darul Naim dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan adalah sebanyak 86,395 hektar.

Beliau berkata keseluruhan keuntungan yang diperolehi agensi berkenaan dalam memajukan ladang berkenaan diharapkan mampu menjadikan agensi itu berdaya maju dan boleh berdikari.

Kepada soalan Dr Md Yusnan Yusof (PAS-Melor) mengenai masalah pengairan  bagi mengelak petani menanggung kerugian akibat tidak dapat mengerjakan sawah, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bioteknologi dan Teknologi Hijau negeri Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata masalah itu akibat kegagalan rumah pam menyalur air dari Sungai Kelantan ke sawah disebabkan paras air sungai berkenaan rendah.

"Saya berharap isu berkenaan dapat diatasi dengan segera memandangkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan timbalannya Datuk Tajuddin Abdul Rahman sudah berkunjung ke negeri ini baru-baru ini dan melihat keadaan sebenar mengenainya.

"Kerajaan negeri mengharapkan kunjungan mereka berdua itu dapat menyelesaikan masalah ini kerana isu berkenaan sudah berlanjutan beberapa tahun sehingga mengakibatkan kerugian besar dalam hasil, bukan saja kepada petani, malah kepada negeri serta negara," katanya.

Sementara itu ketika ditemui di luar dewan, Mustapa berkata peruntukan RM132 juta itu antara peruntukan tertinggi diberikan kepada negeri dan sepatutnya jalan raya di Kelantan berada dalam keadaan baik dan tidak berlubang serta banyak lagi jalan yang dapat dinaik taraf.

Beliau mendakwa tidak semua peruntukan RM132 juta pada tahun 2012 itu digunakan untuk menyelenggara jalan.

"Saya harap tahun ini semua peruntukan yang disediakan (diberikan kerajaan pusat) dibelanjakan supaya rakyat Kelantan dapat menikmati faedah lebih baik," katanya.

Dewan kemudiannya meluluskan Enakmen Tabung Amanah Tok Kenali 2013 sebelum persidangan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan. – Bernama, 10 Oktober, 2013.

The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.