Thursday, October 10, 2013

Hasil Laporan Ketua Audit Negara 2012: Berkemungkinan Ahmad Shabery Chik terlibat rasuah

 
DAP mahu dakwaan penyelewengan dana awam membabitkan kos penganjuran Hari Belia Negara seperti yang didedahkan Laporan Ketua Audit Negara 2012 disiasat dan diambil tindakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sehubungan itu, Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong hari ini membuat laporan kepada SPRM mengenai isu perbelanjaan yang menimbulkan banyak tanda tanya itu.
Beliau yang juga Pengarah Pendidikan Politik Pemuda DAP berkata, penekanan bukan sahaja kepada jumlah RM1.6 juta kos membawa artis K-Pop sahaja, malah kos keseluruhan yang terlampau tinggi yang disyaki berlaku penyelewengan.
Khairy Jamaluddin 
“Saya percaya Khairy Jamaluddin tidak bersalah tapi beliau menghadapi kesulitan mengambil tindakan terhadap ahli parti sendiri,” ujar beliau dalam kenyataannya mengulas tindak balas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang enggan menjawab pertanyaan berulang beliau mengenai kos terbabit.
Menurut Steven, diam diri Khairy Jamaluddin merupakan satu petunjuk senyap untuk merelakan pihak lain mengambil tindakan selanjutnya.
“Justeru kami membantu Khairy Jamaluddin menyelesaikan masalah dalaman yang beliau warisi daripada mantan Menteri Belia dan Sukan dengan membuat laporan SPRM,” ujar beliau lagi yang turut disertai Ketua DAPSY Bukit Bendera, Haris Zuan dan beberapa ahli muda DAP.
Menurut beliau lagi, berdasarkan kronologi pendedahan berkaitan penganjuran Hari Belia Negara yang berlangsung pada akhir Mei tahun lalu; kos keseluruhan HBN 2012 yang diketahui setakat ini ialah RM67.61 juta, iaitu purata RM13.52 juta untuk sehari program.
Menyifatkan kos itu sebagai melampau, Steven turut memberitahu bahawa Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang mendapati terdapat perbelanjaan HBN 2012 yang dibuat secara tidak berhemat (Aktiviti Kementerian/Jabatan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan Siri 2, Jadual 16.14, muka surat 376).
Wujud juga kenyataan bercanggah antara tiga pihak iaitu Laporan Ketua Audit Negara 2012, Khairy Jamaluddin dan Ahmad Shabery Cheek tentang kos artis K-Pop sebanyak RM1.6 juta sama ada ditaja swasta atau dibayar kerajaan.
Ahmad Shabery
SPRM digesa membuat siasatan tanpa was-was termasuk ke atas Ahmad Shabery untuk memastikan tiada unsur rasuah atau penyelewengan dalam penganjuran Hari Belia Negara 2012.
Haris Zuan yang juga Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Bukit Bendera pula mengatakan bahawa SPRM patut memain peranan yang pro-aktif dalam menyiasat duit rakyat yang dibazirkan.
“Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun mendedah pembaziran duit rakyat tetapi tiada sesiapa pun dibawa ke makhamah. Kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap perbelanjaan duit rakyat,” katanya.- Roketkini
 
Kerajaan Rakyat

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.