Sunday, October 13, 2013

Ceramah berkelompok jadi strategi tarik pengundi, kata Ahmad Maslan

Photo: Ceramah berkelompok jadi strategi tarik pengundi, kata Ahmad Maslan

October 13, 2013.

Latest Update: October 13, 2013.

Umno akan mengadakan ceramah berkelompok lebih awal dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau bertujuan menarik  pengundi untuk menyokong parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 4 November depan.
   
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata terdapat kira-kira 2,000 pengundi yang tidak menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas dan pendekatan itu bertujuan memastikan kemenangan BN di DUN yang ditawan PAS, sejak 18 tahun lepas.
   
"Kita tidak perlu tunggu ceramah ini dibuat selepas penamaan calon. Itu yang paling berkesan untuk kita buat di setiap kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) untuk tarik orang undi BN.
   
"Kita pergi ke rumah-rumah dan tak perlu adakan ceramah perdana yang besar dan yang datang hanya orang luar. Jadi mesej tidak sampai," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua PDM DUN Sungai Limau di Bilik Operasi BN, di pekan Sungai Limau di sini hari ini.
   
Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata setiap PDM perlu meletakkan sasaran menarik kira-kira 100 pengundi baharu bagi membolehkan BN merampas kembali kerusi DUN berkenaan.   
   
Beliau berkata jentera BN juga perlu berusaha mendapatkan sokongan kira-kira 1,800 pengundi Cina di kawasan itu yang pernah memberi undi kepada BN pada PRU 1999 dan PRU 2004.
   
"Pada (PRU) 2008 dan 2013 undi Cina dah berkurangan. Kita tidak boleh pandang ringan dan mungkin pada kali ini mereka akan beri undi kepada BN pula kerana ada Menteri Besar yang baharu sekali gus memberi 'keuntungan' kepada mereka," katanya.
   
Katanya, selain bantuan daripada parti komponen seperti Gerakan dan MCA, beliau yakin kebolehan pemimpin tempatan untuk menarik sokongan pengundi Cina agar kembali kepada BN.
   
"Tidak ada sebab untuk rakyat DUN Sungai Limau mempertahankan PAS untuk terus berkuasa dalam kawasan itu kerana pemerintah di Kedah sekarang adalah BN dan Menteri Besarnya, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir adalah orang Umno," katanya.
   
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau diadakan pada 4 November manakala hari penamaan calon ditetapkan 23 Oktober.
   
Kawasan DUN itu mempunyai kira-kira 27,000 pengundi.
   
Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak dalam kawasan Parlimen Jerai diisytihar kosong berikutan kematian penyandang Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, pada 26 September lepas. – Bernama, 13 Oktober, 2013.

The Malaysian Insider.Umno akan mengadakan ceramah berkelompok lebih awal dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau bertujuan menarik pengundi untuk menyokong parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 4 November depan.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata terdapat kira-kira 2,000 pengundi yang tidak menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas dan pendekatan itu bertujuan memastikan kemenangan BN di DUN yang ditawan PAS, sejak 18 tahun lepas.

"Kita tidak perlu tunggu ceramah ini dibuat selepas penamaan calon. Itu yang paling berkesan untuk kita buat di setiap kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) untuk tarik orang undi BN.

"Kita pergi ke rumah-rumah dan tak perlu adakan ceramah perdana yang besar dan yang datang hanya orang luar. Jadi mesej tidak sampai," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua PDM DUN Sungai Limau di Bilik Operasi BN, di pekan Sungai Limau di sini hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata setiap PDM perlu meletakkan sasaran menarik kira-kira 100 pengundi baharu bagi membolehkan BN merampas kembali kerusi DUN berkenaan.

Beliau berkata jentera BN juga perlu berusaha mendapatkan sokongan kira-kira 1,800 pengundi Cina di kawasan itu yang pernah memberi undi kepada BN pada PRU 1999 dan PRU 2004.

"Pada (PRU) 2008 dan 2013 undi Cina dah berkurangan. Kita tidak boleh pandang ringan dan mungkin pada kali ini mereka akan beri undi kepada BN pula kerana ada Menteri Besar yang baharu sekali gus memberi 'keuntungan' kepada mereka," katanya.

Katanya, selain bantuan daripada parti komponen seperti Gerakan dan MCA, beliau yakin kebolehan pemimpin tempatan untuk menarik sokongan pengundi Cina agar kembali kepada BN.

"Tidak ada sebab untuk rakyat DUN Sungai Limau mempertahankan PAS untuk terus berkuasa dalam kawasan itu kerana pemerintah di Kedah sekarang adalah BN dan Menteri Besarnya, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir adalah orang Umno," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau diadakan pada 4 November manakala hari penamaan calon ditetapkan 23 Oktober.

Kawasan DUN itu mempunyai kira-kira 27,000 pengundi.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak dalam kawasan Parlimen Jerai diisytihar kosong berikutan kematian penyandang Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, pada 26 September lepas. – Bernama, 13 Oktober, 2013.

The Malaysian Insider.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.