Thursday, October 31, 2013

Zainuddin Maidin jadikan Azizan Razak sebagai bahan kempen


Wah.. arwah Azizan Razak benar-benar berharga dan bernilai. Harganya lebih mahal semasa beliau mati berbanding semasa hayatnya. Alangkah baiknya kalau semua orang mengikhtiraf bekas MB Kedah sepenggal itu semasa beliau hidup daripada semasa beliau telah tiada. Manusia ini selalu terlepas bas dan mulai merasai kehebatan seseoarng itu selepas ianya sudah tidak ada?

Zainuddin Maidin
Pas sudah pastilah menjadikan Azizan Razak sebagai ikon mereka kerana Azizan Razak adalah MB pertama kerajaan Pas di Kedah. Walaupun Fadzil Noor (Almarhum) lebih layak menjadi ikon dan pencucuh api perjuangan Pas di Kedah, tetapi Azizan lebih bernasib baik sebab beliau sempat menjadi MB.

Wajar bagi Pas menggunakan (bangkit) jasa dan bakti Azizan sebagai bahan kempen dalam pilihan raya kecil Sungai Limau yang sedang berlangsung kini. Selain dia MB Kedah, dia juga bekas Adun di kawasan yang kini diadakan pilihan raya kecil itu.

Tetapi apa yang aneh Umno juga turut menjadi Azizan sebagai modal kempen. Umno juga mahu 'syufaat' Azizan Razak untuk menang. Umno memuji-muji Azizan Razak sebagai pemimpin terbuka atau membawa stail berlainan dengan pemimpin Pas lain. Mereka (UBN) menghargai Azizan sebagai MB.

Memuji Azizan ini (saya percaya tidak ikhlas dan sebagai cara 'mengikan sepilarkan' Pas tetapi tidak disedari oleh Azizan dan Pas sendiri) ialah Mahathir Mohamad. Mahathir pernah memuji kepimpinan Azizan lebih baik dan lebih berkesan berbanding dengan pemimpin Umno sendiri hatta dengan bekas MB Kedah sebelum itu. Tidak hairan kalau Mahathir memuji Azizan sebab dia ada kepentingan-kepentingan tertentu di Kedah. Udang di sebalik batu dalam pujian Mahathir inilah yang tidak disedari oleh sesetengah orang Pas Kedah.

Projek Mahathir banyak di Langkawi di mana Langkawi adalah sebahagian wilayah Kedah. Tentu Mahathir mahu sesuatu dari kerajaan Kedah. Pujian itu juga bagi dijadikan benteng untuk menyelamatkan anaknya, Mukhriz dari diserangan Pas atau Azizan Razak. Hari ini kepentingan Mahathir itu telah tercapai dan pujian beliau kepada Azizan telah berbaloi. Mukhriz telah menjadi MB menggantikan Azizan Razak. Hari ini Mahathir memerintah Kedah menerusi kuasa anaknya.

Kita tidak hairan dengan telatah dan galagat Mahathir itu. Tetapi hari ini apabila Zainuddin Maidin juga memuji Azizan Razak ia amat mengejutkan. Bila masa orang kenal Zainuddin Maidin ini boleh menerima orang Pas atau mempunyai persepsi baik terhadap Pas. Bukankah orang ini yang menuduh Abdul Hadi sebagai 'Nabi' menyebabkan majikan tempatnya berkerja disaman Hadi? Dan tidakkah Abdul Hadi itu presiden kepada parti Azizan Razak?

Selama beliau memimpin Utusan Malaysia orang Paslah yang menjadi mangsa Zainuddin Maidin. Zainuddin melihat Pas seperti hantu jerongkong. Semasa menjadi menteri penerangan dialah membuat agenda, rancangan khas melanyak kerajaan Pas Kelantan. Tetapi hari ini bila dia puji Azizan Razak mengejutkan seolah Zainuddin baru tersedar dari mimpi yang tertidur di jerami kering. Zainuddin hanya mengambil kisah kehadiran Azizan ke majlis perlancaran buku seorang ulamak sebagai alasan untuk memuji Azizan dan melihat perbezaan arwah. Itu sahaja. Mudah Zainuddin menilai atau menerima kebaikan Azizan.

Apakah beliau mengasingkan di antara Azizan sebagai individu dengan sebagai ahli Pas? Apakah kesudian Allahyarham Azizan melancaran buku berjudul; Haji Abdul Rahman Merbok, Azizan telah menanggalkan baju Pas. Tidakkah dia hadir itu sebagai MB Kedah, dan MB itu adalah MB kerajaan Pas dan Pakatan Kedah? Azizan pula hadir atas hubungan beliau dengan Haji Abdul Rahman kerana dia adalah guru bapanya.

Nampak sangat Zainuddin mencari-cari sebab untuk memuji Azizan dengan tujuan menarik pengundi agar mengundi calon UBN. Atau bagi menggambarkan calon Pas hari ini tidak seidea Azizan maka ia perlu ditolak. Apakah dengan insiden kecil itu pengundi akan terpesona dengan Zainuddin Maidin dan akan memberi undi kepada calon BN? Oh, rasanya tak segampang itu.

Itu sebab saya katakan Azizan Razak dinilai begitu tinggi selepas beliau tidak ada sampai orang macam Zainuddin yang bermusuh 'mak anak' dengan Pas pun dapat memuji Azizan sebagai seorang pemimpin yang lain dengan pemimpin Pas yang lain. Zainuddin menyifatkan Azizan sebagai ulamk yang bukan jumud. Apakah erti kata-kata itu, mungkin dia menyifatkan ulamak lain adalah jumud. Bukankah apabila dia menganggap pemimpin lain sebagai jumud ia menghina Pas, menghina parti Azizan Razak juga? Saya tidak jamin keterbukaan munafik Zainuddin itu akan berlaku kalau Azizan Razak masih hidup.

Cara pemikiran Zainuddin ini ternyata tidak pernah berubah baik semasa beliau menjadi ketua pengarang Utusan Melayu, menjadi menteri penerangan dan setelah tidak menjadi menteri dan kini 'pekebun anggur'. Adakah dia patut dalam memuji Azizan beliau memberi ingatan orang Pas agar jangan undi Pas kerana kalau undi Pas bermakna undi Anwarisme? Inilah kesongsangan dan keganjilan akal fikir tokoh wartawan negara ini.

Manipulasi Zainuddin dengan kisah itu juga menyerlahkan kebencian beliau kepada Anwar Ibrahim. Beliau dikenal sebagai seorang yang cemburu dan sakit hati dengan Anwar Ibrahim.

Katanya kalau pengundi mengundi Pas bermakna mengundi Anwarisme kerana dia mengira Pas Kedah hari ini dikuasai oleh golongan Anwarisme. Terlalu rendah jangkau fikir politik Zainuddin dan terlalu murah dan remeh.

Mungkin dalam pemahaman politik Zainuddin, bahawa Azizan Razak bermusuh dengan Anwar. Inilah menyebabkan dia berkata demikian. Soal ketidak-hadiran Anwar melawat Azizan semasa sakit dihospital dijadikan isu dan dijadikan sandaran untuk mengiyakan tanggapan jahatnya. Inilah saya katakan bentuk (kejahatan akal fikir) Zainuddin Maidin tidak pernah berubah. Zainuddin melihat apa yang berlaku dalam tempoh dua tiga hari ini dan tidak mengkaji apa yang dilakukan oleh kedua mereka lama sebelum ini. Semua pemerhati politik bersetuju kemenangan Pas (Azizah) itu adalah persapakatan dalam Pakatan Rakyat. Macam mana beliau boleh dilantik menjadi ketua pengarang sebuah akhbar arus perdana (PB) kalau tahap pemikirannya tahap 'ibu congkak' sahaja.

Kesongsangan cara beliau berfikir di sini jelas. Satu masa beliau memuji Azizan sebagai pemimpin yang lain dari yang lain dan dalam masa sama melarang orang Pas mengundi calon Pas yang bakal menjadi pengganti Azizan sebagai undi Anwarisme. Zainuddin tidak dapat memahami atau pun terlupa bahawa di antara Azizan dengan Anwar itu perkara berbeza. Azizan adalah Pas, Anwar bukan Pas hanya rakan kepada Pas.

Jadi cara Zainuddin memuji Azizan cuba mengelirukan pengundi. Cara Zainuddin berkempen hendak menggunakan badan tubuh Azizan Razak itu menjelaskan keterdesakan tukang-tukang kempen Umno. Mereka sudah tidak ada modal lagi dan secara tidak langsung hilang kepercayaan kepada tokoh dewa mereka Mahathir Mohamad. Orang seperti Zainuddin sepatutnya membuat anologi kalau undi BN bermakan undi Mahathir. Bukankah Mahathir adalah dewa bagi sesetengah orang Umno dan Zainuddin sendiri yang menulis buku "Mahathir di sebalik tabir"?

Meletakkan undi Pas sebagai undi Anwar, secara sedar atau tidak cara Zainddin menghina Mahathir Mohamad tokoh Umno nombor satu di Kedah. Apa lagi yang memimpin Kedah hari ini adalah putera politik Mahathir, Mukhir bin Mahathir. Jelas fikiran Zainuddin sudah sesat di hujung jalan. Dang cerita-cerita klasik begitu sudah tidak menghiburkan rakyat moden hari ini lagi.
 
 [wm.kl.5:25 am 
31/10/13]

Pilihan Raya Kecil :Rasuah politik bukan isu lagi dalam kempen Sg Limau - Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN





 
Saya tidak sempat berada lama di kawasan pilihan raya kecil Sungai Limau, Sabtu lalu. Pergerakan fizikal yang terganggu sejak di KLIA, dan memaksa menapak begitu jauh ke pesawat, turut menghalang usaha menyelami situasi kempen dari dekat.

Walaupun sekadar kunjungan singkat tetapi kehijauan bendang yang memukau seolah-olah menghantar mesej bahawa Parti Islam tetap di hati majoriti pengundi. Difahamkan sawah  sekitar Yan mengeluarkan antara produk terbaik di negeri Jelapang Padi itu.

Seperti lazimnya, berbanding meneropong mood pengundi, perhatian saya lebih tertumpu sejauh  mana kempen dapat berjalan secara adil, demokratik dan beradab.

Seterusnya bagaimana media membuat laporan terhadap proses pilihan raya; mungkinkah meneruskan tradisi lapuk, yakni langsung tidak memberi ruang buat saingan BN?

Dan lebih mendesak, apakah penggunaan jentera kerajaan, kemudahan awam dan wang rakyat terus diperkakaskan untuk menarik sokongan kepada BN, selain rasuah politik yang berleluasa?

Tentu sekali prioriti saya itu langsung tidak menarik, 'kan? Seperti kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, ibarat menunggu ikan keli tumbuh sisik.

Sememangnya Umno-BN tidak dapat bercerai-tanggal dengan amalan korupsi dan salahguna kuasa. "Kalau kembar siam pun boleh dipisahkan, tetapi tidak kepada Umno dan rasuah," kata seorang veteran lama Umno.

Tidak dinafikan program transformasi, seperti dilancarkan Najib Razak, boleh saja dilaksanakan, tetapi ia hanya mimpi di siang hari untuk membayangkan elit penguasa dapat merubah kebiasaan lama -- memperdagangkan kuasa dan pengaruh untuk kepentingan diri dan suku-sakar.

(NKRA untuk menghapuskan rasuah menjadi elemen penting dalam Program Transformasi Kerajaan sejak 2010, tetapi setiap tahun Laporkan Ketua Audit Negara mendedahkan pelbagai kes pembaziran, pemborosan dan penyelewengan).

Ya, pentadbiran kerajaan persekutuan di Putrajaya seolah-olah dipindahkan ke Sungai Limau. Dalam tempoh berkempen, segalanya mahu dilonggokkan kepada pengundi (walaupun berbentuk makanaan tin yang sudah luput tarikh akhirnya), dan bila disoal, hujahnya sama saja, perancangan sudah lama, sebelum Ustaz Azizan Abd Razak meninggal dunia lagi!

Saya tidak pasti, apakah  Sungai Limau turut mempunyai rancangan Felda, tetapi pengerusinya, Isa Samad, turut turun padang berkempen melalui bantuan Yayasan Felda, membaik pulih rumah, RM5,000 setiap satu?

Di KLIA,  tempat menunggu sebelum masuk ke pesawat, semasa mendengar pengumuman penangguhan penerbangan MAS ke Alor Setar, saya terlihat kelibat Timbalan Menteri  Kewangan, Ahmad Maslan, dipercayai untuk menaiki kapal terbang yang sama.

"Nak pi tabur duit di Sungai Limaulah tu?" usik seorang penumpang, dari Jitra, sambil tersenyum, yang membisik kepada saya, menunjukkan ke arah Ahmad Maslan. Saya tidak berani mengangguk tetapi menjawabnya dengan senyuman.

Dan ketika saya sampai sekitar jam 5 petang di pekan Sungai Limau, ditemani Helmi Khalid, bekas Setiausaha Akhbar Ustaz Azizan, laluan agak sesak. Kami berselisih dengan kereta Menteri Besar Kedah dan menunggu di tepi jalan, Ahmad Maslan. Rasanya macam ada karnival berkaitan Kementerian Kewangan.

Sebenarnya isu salahguna kemudahan dan sumber kerajaan semasa kempen pilihan raya sudah menjadi persoalan usang dan basi. Ia bukan saja dilihat tidak memberi sebarang kudis kepada BN, malah dianggap satu kelebihan kepada mana-mana parti pemerintah.

Justeru, cerita Khalifah Umar Abd Aziz yang memadam lampu kerajaan dan memasang lilin peribadi apabila berbicara soal personal, mungkin dianggap nostalgia lama yang tidak berjejak di bumi nyata.

"Lutfi, tak relevan langsung kisah integriti Umar itu dengan kerajaan BN, orng lebih tertarik dengan jumlah bil elektrik kediaman rasmi PM, mencecah lebih RM2.2 juta tahun lepas," bidas seorang rakan, sambil ketawa, semasa bersembang isu-isu good governance, yang sepatutnya diteladani daripada pemerintahan awal Islam.

Dalam konteks lebih menyeluruh, sementara Belanjawan Pakatan Rakyat 2014 mencadangkan pengurangan  perbelanjaan pengurusan negara sebanyak 10 peratus -- antaranya melalui penangguhan kenaikan gaji dan merasionalkan elaun pegawai atasan dan menteri kabinet, juga kajian semula polisi perbelanjaan kerajaan terutama dalam pemberian kontrak dan prokumen peralatan -- Bajet 2014 pula mencatatkan kenaikan perbelanjaan pengurusan.

Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming turut menimbulkan soal peningkatan perbelanjaan ini, antaranya disebabkan oleh gaji yang lumayan kepada penjawat tinggi agensi-agensi khas. Mereka bukan pejawat awam tetapi adalah pekerja kontrak.

Misalnya, CEO Agensi Inovasi Malaysia (AIM) dibayar gaji, elaun dan bonus sebanyak RM830,5000 setiap tahun, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) diberikan gaji, elaun dan bonus berjumlah RM622,000. Gaji tahunan mereka ini jauh lebih daripada gaji Ketua Setiausaha Negara.

Menunggu pesawat MAS yang terlewat lebih tiga jam di lapangan terbang Kepala Batas, untuk pulang ke Kuala Lumpur, pada malam Isnin lalu, bukan saja menjemukan, malah cukup meletihkan.

Lebih menyakitkan apabila MAS langsung tidak memaklumkannya lebih awal, tidaklah saya dan isteri tergopoh-gapah mengejar hinggakan tidak sempat menikmati sepenuhnya  gulai ayam kampung kakak di Kampung Raja, Tunjang.

Mujur ada rakan lama sekitar Alor Setar yang boleh diajak berborak. Mereka segara datang sebagai respons kepada SMS saya yang memberitahu pesawat tertunda disebabkan KLIA hujan lebat di sebelah petangnya.

Isu kenaikan harga gula dengan alasan dangkal menangani diabetis menimbulkan gelak ketawa berpanjangan kami, dan saya yakin, buat BN, ia juga menjadi bahan gurauan yang pedih dalam kempen.

Apa tidaknya, singgungan (atau mungkin sendaan) Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengenai penghapusan subsidi gula ini, dalam majlis bersama warga pendidik di Yan (berkempen untuk calon BN), telah menyentuh hati anggota keluarga Ustaz Azizan.

Kebetulan saya berada di markas PAS Jerai semasa tiga wartawan menghubungi Pesuruhjaya PAS Kedah, Mahfuz Omar meminta komennya tentang ucapan Muhyiddin itu. Maknanya, ia bukan sengaja dibangkitkan oleh jentera kempen PAS, tetapi pihak media sendiri berasa tidak wajar TPM mengaitkan kenaikan harga gula dengan penyakit kencing manis Ustaz Azizan.

Sungai Limau memang cukup penting  buat PAS yang baru kehilangan Kedah dalam PRU13. Dua hari sebelum mengundi, Mei lalu, saya cukup bimbang, apatah lagi mendengar pelbagai kisah dalaman parti "yang menggerunkan" dan cerita kejayaan kerajaan negeri yang sukar "dipasarkan".

Namun, berbeda kali ini, meskipun menyedari pengundi cuba dibeli dengan umpan rasuah, dan diasak dengan pelbagai tawaran lainnya, saya optimis orang Sungai Limau akan meneruskan legasi Ustaz Azizan, melalui Ustaz Azam Abd Samat, insya-Allah.

Sungai Limau (dahulunya Sala) merupakan kebanggaan PAS Kedah, sama seperti Bukit Raya (kini Tokai), yang pernah diwakili Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, sebelum berpindah ke kerusi Dun Anak Bukit.

Pastinya pengundi luar kawasan -- sekalipun mengundi jatuh pada hari bekerja -- tidak akan melepaskan peluang untuk terus memahat sejarah, balik kampung bagi mengekalkan kemenangan PAS.

Apa pun, soal rasuah dan salahguna kuasa dalam kempen masih menganggu fikiran saya: Benarkah rakyat Malaysia tidak ambil peduli lagi dan menganggap ia suatu tradisi yang tiada cacat-celanya?


Lagi Kes Pengawal Keselamatan Bersenjata Merompak!.. Juga guna Kad Pengenalan palsu.


PETALING JAYA: Seorang pengawal keselamatan yang memiliki senjata api merompak sebuah kedai emas di KL Festival City Mall, dekat Setapak pada Khamis.

Rompakan berkenaan berlaku pada pukul 9 pagi dan sumber polis mengesahkan suspek merupakan rakyat Sabah yang menggunakan kad pengenalan palsu.

Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Supritendan, Khairi Ahrasa mengesahkan insiden berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan berkata tiada kecederaan mahupun kematian dilaporkan.

Beliau berkata suspek merupakan pengawal keselamatan peribadi kedai emas berkenaan..


Pada 23 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank Norazita Abu Talib selepas dia membuka pintu bilik kebal sebuah bank di Subang Jaya.

Suspek berjaya melarikan diri dengan wang rompakan berjumlah RM450,000 daripada bilik kebal bank berkenaan.

Bagaimanapun, polis berjaya menemui semula wang bernilai RM20,000 selepas menahan tiga ahli keluarga suspek dan usaha mengesan pengawal keselamatan berkenaan masih giat dijalankan.

Suspek juga dilaporkan menggunakan kad pengenalan palsu dengan menggunakan alamat terakhir di Tawau, Sabah ~  

mStar

VIDEO - BN Cuba Kelirukan Pengundi Sungai Limau..


BN ‘mati angin’ apabila PAS mempelopori politik damai untuk PRK Sungai Limau kali ini. BN yang sudah terbiasa dengan politik putarbelit, fitnah dan menyerang peribadi calon lawan, tiba-tiba kali ini dihadapkan dengan politik lunak PAS.

BN menyedari bahawa langkah menyerang peribadi calon PAS membahayakan diri sendiri kerana tiada isu yang boleh dieksploit. Ustaz Mohd Azam Abd Samat adalah tokoh muda yang terpuji sekalipun terbabit dalam politik namun tidak pernah naik ke pentas menghentam sesiapa.

Di kalangan orang yang mengenali calon PAS, Azam terkenal dengan imej baik dan bersopan santun. Sumber bilik gerakan BN sendiri mengakui bahawa calon mereka sukar untuk mengatasi kelebihan wibawa calon PAS.

Azam adalah anak kelahiran Sungai Limau. Ibu dan ayahnya juga anak Sungai Limau, justeru mereka mempunyai rangkaian keluarga yang sangat besar di sini. Ke mana sahaja beliau turun berkempen, seolah-olah tidak perlu diperkenalkan lagi. Kelebihan ini tiada pada calon BN meskipun dia juga anak Sungai Limau.

Apapun peribadi calon tidak akan menyumbang peratus yang lebih besar dari sokongan berdasarkan parti. Realiti Sungai Limau sejak PRU 1959, PAS dan Umno wujud secara tradisi dari warisan keluarga.

Cuma akhir-akhir ini anak muda dari keluarga Umno sudah mula memecahkan tradisi itu. Sebahagian yang sudah biasa berhijrah ke tempat lain, kenal PAS atau Pakatan Rakyat, membawa balik ideologi yang berbeza dengan ibu bapa. Anak keluarga PAS biasanya menjadi PAS, tetapi anak keluarga Umno belum tentu jadi Umno.

Faktor kecenderungan politik berasaskan sentimen kepartian jauh mengatasi pengaruh isu semasa. Isu semasa semacam sekadar hanya untuk memeriahkan PRK. Namun isu semasa tetap jadi keutamaan dalam kempen dan penerangan.

Sekalipun PAS jadikan politik damai sebagai tema, namun seperti kata Dato’ Mahfuz Omar, ia tidak bermaksud pertentangan dasar dan isu dengan pihak lawan diketepikan.

"Memandangkan media arus perdana tidak memberikan liputan yang adil maka usaha mendedahkan penyelewengan dan kelemahan pentadbiran BN, Negeri mahupun Pusat akan tetap diteruskan,” ujarnya.

Antara isu yang dibangkitkan ialah kegagalan kerajaan negeri untuk meneruskan pembinaan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba Langkawi, walaupun kerajaan negeri sebelum ini telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk tahun 2013 bagi fasa pertama pembinaan.

Lagi isu ialah, kegagalan mereka meneruskan skim bantuan untuk keluarga si mati yang miskin iaitu Skim Kafalah sebanyak RM500 untuk setiap kematian. Skim kafalah sudah jadi ‘Kafanlah’. Sedangkan kerajaan Pakatan Rakyat dahulu membelanjakan RM4.9 juta untuk hampir 10,000 penerima.

Mukhriz hanya melakukan gimik politik apabila seringkali menyebut bahawa semua projek pembangunan untuk rakyat akan dikaji, di dalam apa yang dinamakan, Makmal Tranformasi. Namun sepanjang tempoh kira-kira lima bulan, kerajaan asyik mengkaji tanpa sebarang hasil.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam keghairahan mempertahankan kenaikan harga gula, menggunakan status kesihatan Ustaz Azizan semasa hayatnya sebagai contoh. Kedua kakinya dipotong kerana penyakit diabetes. Kenyataan itu mengguris hati keluarga Ustaz Azizan.

“Sesungguhnya ucapan TPM telah menyentuh sanubari kami sekeluarga yang masih bersedih dan masih pilu dengan kehilangan insan yang paling kami sayangi di dunia ini. Air mata kami sekeluarga belum kering mengenangkan Allahyarham Ayahanda dan kerinduan kami kepada Allahyarham Ayahanda masih menyelubungi setiap detik yang kami lalui,” ujar Muhammad Rafiiy, anak Almarhum Ustaz Azizan.

Mukhriz menyifatkan PAS kekeringan idea kerana politikkan kenyataan Muhyiddin. Biasalah Umno, jika mereka yang lakukan kesalahan, maka ‘yang jahat’ adalah pihak lain.

Sementara di pihak BN, mereka benar-benar kekeringan isu kali ini. Beberapa bekas pemimpin picisan PAS yang kini menentang PAS terpaksa digunakan untuk mengitar semula isu lapok penuh dengan fitnah. Antaranya isu LGBT, DAP, tabung Memali, kafir mengkafir serta isu berkaitan, di mana rakyat sudah muak mendengarnya.

Di atas kertas PAS akan menang mudah. Itupun jika semua pengundi PAS keluar mengundi dan tiada pengundi PAS yang berjaya dirasuah. Insya-Allah saya yakin Sungai Limau akan dipertahankan dengan majoriti hampir serupa.

-ZULKIFLI YAHAYA


Gencok' sakan la.. pemimpin BN/umno!

 



Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan baru-baru ini (dan yang sebelum-sebelum ini) amat jelas menunjukkan terdapat beberapa 'JERUNG' yang membuat keputusan yang merugikan wang rakyat dan membelakangkan kerajaan.

Lalu Ketua SPRM Abu Kassim pun kalut lah nak tunjuk kat rakyat kata dia buat kerja bila dia kata nak cadangkan satu pindaan undang-undang baru (seksyen 23 SPRM) yang boleh mendakwa 'JERUNG' jerung ini. Gurkah-gurkah politik di'port' pun hari-hari dok monitor perkembangan ini dan hari-hari pun dok tunggu Abu Kassim. Tapi hampeh!!! Apa pun tarak!!! Abu Kassim pun ghaib entah ke mana.

Setahu gurkah-gurkah ini, susulan laporan dari audit itu, sebanyak 15 kertas siasatan telah pun dibuka olih Abu Kassim, tapi sampai hari ini apa 'bala yellow' (maap,hanya orang penang saja yang tau perkataan ini) pun tak dak dengar.

Lalu seorang dari gurkah-gurkah ini pun membuat panggilan kepada sahabat setia mereka di SPRM sebelah Citi Bank bertujuan untuk korek..korek..korek.. tentang perkembangan 15 kertas siasatan yang dibuka. "Sabaq lah geng, kertas siasatan ni baru 2 minggu depa buka. Depa pun tengah dok tengok-tengok,nanti kalu apa2 aku helo lah hangpa", itu jawapan yang diterima.

OK, fair enough ...

Apa kah undang-undang yang ada sebelum ini tak cukup untuk tangkap 'JERUNG'jerung ini? Atau apakah 'JERUNG' jerung ini tertakluk kepada buku undang-undang B,manakala ikan-ikan 'BILIS' pula didalam buku undang-undang A? (Kan Malaysia kita ada 2 buku undang-undang? Kah..Kah..Kah..)

"Woitt..sapa kata Malaysia ada 2 buku undang-undang?, 2? 3 daaa..!!". 
"Aikk? tambah lagi 1 pulak? yang khas untuk yang berkaitan dengan RASUAH. 
Lagi banyak lah Abu Kassim kena telan 'panadol'". Kah..Kah..Kah..

Tak percaya? Nah..! 
 
Knowingly, the Barisan Nasional is on a spree of passing bad laws under the pretext of safeguarding the security of the nation,they (BN) passed the amendments to the Prevention of Crime Act 1959,
 
Now by introducing a new Section 203A to the Penal Code, they are going to punish those who expose corruption ...
dollah yankee - mana dia tak penin..lain yang dia nak 'introduce',lain pula yang diluluskan..Kah..Kah..Kah.., semua orang kena tutup mulut 'for the sake of national security'..???..poodahhh!!!

Memang Serupa Tapi Tak Sama........


Lawak Petang MenJengah Senja....
Jgn Marah Tau Cik cik Puan yg Giat Bersama Amporno...hu..hu....

VIDEO - Masih Kah Kau Ingat.......

Photo: Biarpun Tahu yg Syaitan diKenali...Tapi Masih Bersama Menguntai JANJI...!!...Sebab AkuLah yg MemPeLopori Parti Timbang KATI..!!
 
 
 
Biarpun Tahu yg Syaitan diKenali...Tapi Masih Bersama Menguntai JANJI...!!...Sebab AkuLah yg MemPeLopori Parti Timbang KATI..!!  

Presiden PAS tidak semestinya ulama, kata Nik Aziz.


Photo: Presiden PAS tidak semestinya ulama, kata Nik Aziz.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, pemegang jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden dan menteri besar PAS tidak semestinya daripada golongan ulama.

Perkara ini disampaikan beliau melalui anaknya Nik Mohd Abduh Nik Aziz dalam kuliah Jumaatnya baru-baru ini.


“Ayah ambo (saya) suruh sebut hak tu. Ambo tak sir (mahu) sebut, tak berani mana nak sebut hak nih (perkara ini), takut orang marah, tapi dia ghoyat (beritahu) semalam, kalu tak ghoyat (beritahu) takut balik dia tanya susah pulak nak jawab,” kata Nik Abduh ketika memberikan kuliahnya di Kota Bharu.

PAS sedang menghadapi muktamar yang ke-59 bermula 22 hingga 24 November ini.

Kempen hangat sedang berlangsung dan antaranya kempen agar ulama memegang jawatan utama iaitu presiden dan timbalan presiden serta sebahagian naib-naib presiden.

Pandangan daripada Nik Aziz pula sangat mempengaruhi para perwakilan PAS di seluruh negara.

Dalam kuliah itu, ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, yang mesti dilantik di kalangan ulama (orang alim) adalah ahli Majlis Syura Ulama iaitu badan tertinggi dalam PAS.

"Presiden, timbalan presiden, naib presiden dan kepimpinan yang lebih bawah termasuk pesuruhjaya, "hak ni nih, adakah wajib ulama? Jawapan dia tidak," tegas Nik Abduh.

Menurut Nik Abduh, syarat utama untuk memegang jawatan eksekutif dalam PAS adalah kepimpinan politik.

“Nak jadi pemimpin politik, presiden atau timbalan presiden, syarat utama dia bukan kena reti baca kitab. Hak reti baca kitab ni duk dalam Majlis Syura tapi presiden, timbalan presiden, naib presiden ni kena ada satu syarat yang lebih daripada Majlis Syura, iaitu kepimpinan politik kena ada," katanya.
 
Posted by Jeebond BLM Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, pemegang jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden dan menteri besar PAS tidak semestinya daripada golongan ulama.

Perkara ini disampaikan beliau melalui anaknya Nik Mohd Abduh Nik Aziz dalam kuliah Jumaatnya baru-baru ini.

“Ayah ambo (saya) suruh sebut hak tu. Ambo tak sir (mahu) sebut, tak berani mana nak sebut hak nih (perkara ini), takut orang marah, tapi dia ghoyat (beritahu) semalam, kalu tak ghoyat (beritahu) takut balik dia tanya susah pulak nak jawab,” kata Nik Abduh ketika memberikan kuliahnya di Kota Bharu.

PAS sedang menghadapi muktamar yang ke-59 bermula 22 hingga 24 November ini.

Kempen hangat sedang berlangsung dan antaranya kempen agar ulama memegang jawatan utama iaitu presiden dan timbalan presiden serta sebahagian naib-naib presiden.

Pandangan daripada Nik Aziz pula sangat mempengaruhi para perwakilan PAS di seluruh negara.

Dalam kuliah itu, ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, yang mesti dilantik di kalangan ulama (orang alim) adalah ahli Majlis Syura Ulama iaitu badan tertinggi dalam PAS.

"Presiden, timbalan presiden, naib presiden dan kepimpinan yang lebih bawah termasuk pesuruhjaya, "hak ni nih, adakah wajib ulama? Jawapan dia tidak," tegas Nik Abduh.

Menurut Nik Abduh, syarat utama untuk memegang jawatan eksekutif dalam PAS adalah kepimpinan politik.

“Nak jadi pemimpin politik, presiden atau timbalan presiden, syarat utama dia bukan kena reti baca kitab. Hak reti baca kitab ni duk dalam Majlis Syura tapi presiden, timbalan presiden, naib presiden ni kena ada satu syarat yang lebih daripada Majlis Syura, iaitu kepimpinan politik kena ada," katanya.

Posted by Jeebond BLM

GST: MUHYIDDIN DICABAR BERDEBAT DI SG. LIMAU


JERAI: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub hari ini mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turun ke Sungai Limau bagi berdebat isu berkaitan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Jelas beliau, Muhyiddin perlu berani untuk berdepan dengan PAS bagi mengetahui sama ada parti itu mempunyai pakar ekonomi atau tidak dalam berbicara soal GST.

"Saya mencabar Muhyiddin untuk turun ke Sungai Limau dan berdepan dengan kita (PAS) untuk berdebat dalam isu GST.

"Saya hendak beliau sendiri mengetahui sama ada PAS mempunyai pakar ekonomi atau tidak dalam bercakap soal ini.

"Jika beliau berani sila tampil dan kita bersedia bila-bila masa untuk berdepan dengannya," jelasnya ketika ditemui di Markas Induk PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau.

Muhyiddin pada Himpunan Peladang, Penternak dan Nelayan di Kompleks Pertubuhan Peladang, Bukit Besar, Yan Sabtu lepas memberitahu PAS tidak mempunyai pakar ekonomi untuk menjelaskan soal GST yang baginya dilihat sebagai mengukuh ekonomi negara.


HD

Read more:
http://biaqpila.blogspot.com/2013/10/gst-muhyiddin-dicabar-berdebat-di-sg.html#ixzz2jINIRpjE

VIDEO - Flat Di Kampung Kerinci TERBAKAR !!



"Mana MP PAS..? Mana ADUN PAS?"



MENJELANG PRK SG LIMAU.. Dalam siaran Buletin Utama TV3 malam tadi ..MPKJ roboh gerai org Melayu di Kajang.. Di highlight oleh TV 3 seseorang yg Terjerit2 ..

"Mana MP PAS..mana ADUN PAS".. Maka bersorak la para bloggers cap ayam , facebookers pemakan dedak dari suku sakat UMNO memainkan isu ini "Exco DAP arah roboh gerai Melayu!"

SELAGI MELAYU KURANG BERILMU..SELAGI ITULAH UMNO@ BN TERUS MENIPU.. Apa yg MP dan ADUN tu boleh buat?cuma boleh berunding shj... 
 
FAKTA YG TIDAK DI BERITAHU... PBT bukan bawah kerajaan negeri. PBT dibawah kementerian perumahan dan kerajaan tempatan. Kerajaan negeri hanya ada wakil ahli majlis je. 
 
Kuasa Lantik YDP BUKAN ditentukan kerajaan negeri Kuasa Mutlak Lantik YDP Masih Bidang Kuasa KERAJAAN PUSAT Jika YDP..menyebelahi MB..engkar arahan Pusat..dlm masa 24 jam boleh di tukarkan...

YDP MPKJ Dato' Hassan Nawawi bin Abd. Rahman UMNO semata-mata mahu menang di DUN Sungai Limau habis gerai peniaga melayu dirobohkan.. semata-mata utk menunjukan kerajaan di bawah Pakatan Rakyat kononnya tidak membelas nasib yang melayu.. 
 
Orang Tua, Perempuan serata kanak2 dihalau dan rumah mereka di robohkan oleh DBKL di Kampung Chubadak Tambahan , Sentul s23 Oktober 2013 lalu tak ada bunyi suku sakat UMNO karat biru nie.... malah 1001 alasan di beri membenarkan tindakkan kejam itu.. 
 
Melayu tipu melayu...Melayu tindas melayu....apa pun geng otak karat biru suku sakat UMNO Cina DAP juga disalahkan Cina MCA Cina Gerakan tidak disebut sekali..




Zar Ali III Mereka ( BN & Pencacai ) fikir rakyat Sg. Limau bodoh mcm mereka, faktanya, wlaupun Kerajaan Selangor dikuasai oleh Pakatan Rakyat, tapi KUASA Majlis (PBT) masih lagi dari KERAjaan Pusat BN.... sengaja isu ini dibersarkan oleh RTM dan TV 3 Suku, konon Kerajaan PR zalim kepada rakyat.... yang bodoh dan bahlol itu hangpa, penyokong2 dan pengundi2 PR tidak sebodoh kalian.... Hu Hu HU HU....
 

"Adakah anda kenal siapa diri anda yang sebenar?" - Syed Hussein Al Attas

ALXSLife Event: Mengenal Diri 



"Know thyself"
Manusia diciptakan Untuk menyembah Tuhan yang Maha Esa.
Alangkah ruginya hidup kita kalau mati tanpa kesedaran tentang hakikat kehidupan.
Dalam diri kita terdapat Ruh yang Agung, ruh ini akan menentukan destinasi kewujudan kita pada saat kita hidup dan pada saat kita mati.
 
"Adakah anda kenal siapa diri anda yang sebenar?"
 
Sebagai manusia kita perlukan bimbingan dari kita kecil sampai ke liang lahad.
Ilmulah yang akan menjadi sebaik-baik pembimbing manusia. Dengan ilmu  kita mampu meningkatkan keupayaan berfikir dan mencapai nilai-nilai kebenaran yang sungguh penting untuk manfaat kehidupan kita di dunia dan di akhirat.
 
"Ke mana halatuju anda dalam hidup?"
 
Tanpa ilmu kita hanyalah makhluk yang rugi lagi merugikan.
Al-Attas university of life didirikan dengan tujuan untuk mengisikan kekosongan dalam jiwa-jiwa manusia yang dahagakan ilmu.
 
"Apakah bakat semulajadi yang anda miliki?"

Apa gunanya hidup kalau tidak peduli tujuan kita dihidupkan atas muka bumi ini? Apakah nanti ketika ajal datang menjemput, baru terbit penyesalan kerana hutang nafas yang diberi pinjam dariNya belum lagi kita langsaikan?
 

"Bagaimana mencari kekuatan dalam jiwa?"
 
Ingatlah waktu dan masa kita DISINI adalah terbatas.
Entah esok, lusa atau BILA-BILA sahaja jiwa kita akan diseru pulang kepadaNya.
Sebagai insan menjadi tanggungjawab kita untuk menimba ilmu, mencari kebenaran dan berbuat kebaikan.
Anda berpeluang menimba ilmu dan pengalaman dari Pak Habib
 
Jadilah Jiwa Luar Biasa!

Apa terjadi kepada Malaysia jika Dr Mahathir masih lagi PM? OLEH EILEEN NG


 
Sedekad lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) telah meninggalkan pejabatnya sebagai Perdana Menteri dan juga Presiden Umno.

Adakah Malaysia akan berubah jika beliau masih lagi memegang jawatan berkenaan?

Walaupun mempunyai perbezaan pendapat, penganalisis politik tanah air bersetuju dengan satu perkara - Dr Mahathir tidak akan bertolak ansur dengan perkara melibatkan agama dan perkauman yang kini sedang berlaku di negara ini.

Ini bermaksud beliau akan menjalankan pentadbiran dengan undang-undang yang lebih ketat demi kestabilan politik.

Ia turut bermakna akta pencegahan seperti Akta Keselamatan Negara (ISA) yang memperuntukkan penahanan tanpa bicara dan Akta Ordinan Darurat (EO) tidak akan dimansuhkan.

"Pentadbiran yang kuat dan berdisiplin membayangkan kerajaan Mahathir. Mengenali beliau, saya tidak rasa beliau akan berubah walaupun masih mentadbir," kata penganalisis politik UiTM Sabah Dr Arnold Puyok.

Selain itu, Dr Mahathir juga tidak akan membiarkan skandal seperti Zon Bebas Cukai Pelabuhan Klang (PKFZ) dan juga skandal projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) bernilai RM250 juta.

"Beliau menguruskan kerajaan yang tegang dan akan berupaya mencari jalan menyembunyikan skandal berkenaan sebelum ia terdedah kepada umum," kata penganalisis politik Khoo Kay Peng.
Dalam sepuluh tahun kebelakangan ini, pelbagai kejadian berlaku.

Selain PKFZ dan NFC, kekalahan majoriti dua pertiga kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013, perhimpunan Bersih, gerakan Hindraf dan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat. 

Projek kesayangan Dr Mahathir seperti pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris yang mana beliau percaya akan mengembangkan ekonomi negara mungkin akan diteruskan namun ia bakal dilakukan dengan lebih telus.

Beliau juga akan menghadapi rasa tidak senang orang ramai disebabkan perubahan landskap politik termasuk perkembangan internet, yang beliau janjikan untuk tidak ditapis.

Dr Mahathir turut bakal mendapati beliau tidak lagi mampu untuk bertahan dengan media tradisional seperti televisyen dan akhbar untuk membentuk minda rakyat, seperti dilihat dalam dua pilihan raya umum, kata penganalisis politik Universiti Malaysia Sarawak Dr Jeniri Amir.

"Beliau akan cuba mengawasi dan meluahkan pendapatnya melalui logik dan pengaruh. Namun perkembangan politik, akan membuatkan beliau sukar untuk mengawalnya dan sudah pasti akan berlaku konflik antara rakyat.

"Suka atau tidak beliau perlu menerima pendapat dan tuntutan rakyat. Sukar menyembunyikan isu kerana rakyat ada banyak cara untuk mendedahkannya," katanya.

Pengarah Centre for Policy Initiative Dr Lim Teck Ghee berkata rakyat akan mula menolak Barisan Nasional (BN) dan Umno, dan bukannya respons terhadap personaliti keras dan pengaruh Dr Mahathir.

"Ia respons terhadap kerajaan yang teruk dan polisi ekonomi yang gagal diletakkan BN termasuk gejala rasuah yang berleluasa."

Lim turut berkata walaupun Dr Mahathir dilihat membenarkan kewujudan Perkasa, beliau tidak mungkin akan melaksanakannya ketika masih menjadi perdana menteri.

"Sebahagian tindakan dan kenyataan kerasnya disebabkan untuk menonjolkan kelemahan perdana menteri baru, sama ada Abdullah Badawi atau Najib Razak dan betapa negara akan lebih baik dengan pemerintahannya daripada bukti sokongan ekstremisme. "

Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pemerintahan negara daripada Dr Mahathir pada 2003 selepas beliau bersara.

Selepas prestasi memalukan BN pada Pilihan Raya 2008, Abdullah berundur dan digantikan dengan Najib pada 2009.

Adakah Malaysia akan menjadi tempat yang lebih baik sekiranya Dr Mahathir masih lagi berkuasa? - 31 Oktober, 2013.

Konsert Siti Nurhaliza Bagaimana Dari Sudut Agama Negara - Posted by Ibnu Hasyim

 

Konsert Lantera Timur oleh Siti Nurhaliza telah berjaya mencipta sejarah Istana Budaya.
 
HALAMAN HIBURAN
PETALING JAYA: Konsert solo tradisional pertama nyanyian, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Lantera Timur mencatat sejarah sejak penubuhan Istana Budaya apabila ia mampu mengutip jualan tiket RM1 juta.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, ia merupakan persembahan solo paling berjaya berbanding acara-acara lain yang diadakan di pusat kebudayaan itu dengan penjualan tiket tertinggi.

"Sebelum ini belum ada lagi persembahan solo daripada mana-mana artis yang mampu mencatatkan penjualan tiket mencecah RM1 juta dan Siti telah memecahkan rekod tersebut.
"Angka itu mampu meningkat lebih lagi namun persembahan pada malam terakhir pada 24 September lalu bagaimanapun sebahagiannya dibuka kepada tetamu khas," katanya kepada mStar Online.

Konsert tradisional Siti Nurhaliza itu diadakan pada 20 hingga 22 September dan 24 September 2013.



 Teater Maduku Kalut yang dipentaskan pada 27 September hingga 1 Oktober lalu turut membuat kejutan apabila pementasan itu berjaya mengutip jualan tiket sebanyak RM90,000 walaupun ia hanya diadakan di Lambang Sari.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tidak salah rasanya kalau dibongkar bagaimana penilaian konsert artis terkenal diiktiraf negara itu, dari sudut Islam 'agama bagi Persekutuan' di negara ini. Lihat bagaimana aurat, tabarruj atau gaul bebas lelaki-perempuan di konsert tersebut.(IH)

Allah Melaknat Unsur Rasuah !

PRK DUN Sg. Limau Medan menabur material oleh UMNO/BN, kalau berpandukan Undang-Undang Malaysia Akta 5 ianya ada kaitan dengan unsur-unsur Rasuah.  Itu undang2 ciptaan manusia, bagaimana pula dgn undang-undang Allah Ta'ala.  meh, kita tengok sat...!!!
#Perbuatan rasuah disebut juga oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dengan hukuman laknat atau kutukan Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya. Antara hadis yang membincang perkara rasuah, hadis yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin ‘Amru, beliau berkata:
Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam: “Laknat Allah ke atas pemberi rasuah dan penerima rasuah.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah) 

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya:
Maksudnya: “Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam hukuman.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Saya petikan pulak tulisan seorang ilmuan agama UMNO.....

Rasuah adalah dosa besar
Rasuah (dalam bahasa Arab disebut risywah) adalah pemberian sesuatu dengan tujuan membatalkan suatu yang haq atau untuk membenarkan suatu yang batil. (Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah)

Disimpulkan, ia adalah apa saja pemberian kepada seseorang untuk mendapatkan sesuatu yang bukan haknya atau untuk mengelakkan suatu kerugian yang sepatutnya terjadi kepadanya.

Hukum memberi atau menerima rasuah adalah haram, ia merupakan dosa besar kerana pelakunya dilaknat oleh ALLAH SWT dan Rasul-Nya. Daripada Abdullah bin ‘Amr berkata: “Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.” (Riwayat Al-Tirmidzi)

Pemberi dan penerima rasuah berhak mendapat kemurkaan ALLAH dan dijauhkan daripada rahmat ALLAH kerana mereka telah melakukan perbuatan batil dan mengambil bukan hak mereka.

Di dalam al-Quran menceritakan tentang orang Yahudi. ALLAH berfirman, bermaksud: “Mereka adalah orang yang ALLAH tidak berkehendak menyucikan hati mereka, bagi mereka kehinaan di dunia dan azab yang pedih di akhirat. Mereka gemar dengar berita bohong dan gemar makan Al-Suht (yang haram).” (Surah Al-Maidah: 41-42)

Dalam mentafsirkan ayat ini, Umar Al-Khatthab, IbnMas’udra dan selainnya mengatakan yang dimaksudkan dengan Al-Suht (suatu yang haram) adalah rasuah. (Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurthubi)
Ibnu Mas’ud RA mengatakan, “Rasuah bagi menetapkan hukum (bagi pemerintah atau hakim) adalah kekufuran, ada pun bagi masyarakat adalah Al-Suht (haram).” (Al-Tabarani,Mu’jam Al-Kabir)

Namun, ramai di kalangan masyarakat yang terlibat dengan rasuah yang kadangkala tanpa mereka sedari, boleh jadi kerana istilahnya diubah kepada hadiah dan sebagainya. Hal ini terjadi baik untuk mendapatkan jawatan atau pekerjaan, tender, untuk masukkan anak ke sekolah atau universiti, atau untuk mencapai tujuan dunia yang lain. Ini adalah kezaliman kerana mengambil sesuatu yang mungkin sepatutnya hak orang lain.

Hadiah yang kita berikan kepada hakim atau pemerintah, juga termasuk dalam kategori rasuah yang diharamkan, walaupun ia dilakukan untuk mendapatkan hak kita kembali. Walaupun terjadi khilaf di mana ada ulama membolehkan memberi pemberian untuk mendapatkan hak, namun pendapat ini dibantahi sebahagian ulama yang lain.

Ini kerana jika kita memberi wang kepada hakim kerana kita di pihak yang dizalimi, kita sebenarnya membantunya dalam kezaliman yang dia lakukan, dan menggalakkannya untuk mengulangi lagi kezaliman itu pada masa akan datang. Kerana itu dalam banyak hal yang membabitkan kezaliman pemerintah, Islam banyak menyuruh supaya kita bersabar.

Ini merangkumi petugas-petugas yang mewakili pemerintah seperti polis dan sebagainya, janganlah kita memberi hadiah atau wang kepada mereka untuk melepaskan diri daripada hukuman, atau untuk meringankan hukuman.

Walaupun namanya diubah kepada hadiah, tetapi hakikatnya ia adalah rasuah yang haram dan mendapat laknat ALLAH danRasul-Nya, maka jangan sesekali kita terlibat di dalamnya.

Golongan hakim, petugas, pemerintah juga jangan menerima sebarang bentuk hadiah. Ini termasuk ghulul yang diancam dengan ancaman yang berat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang kami tugaskan dengan suatu pekerjaan lalu kami tetapkan gaji untuknya, maka apa yang dia ambil di luar itu adalah harta ghulul” (Sahih Abu Daud). Ini adalah bagi mengelakkan kezaliman, di mana orang berharta terlepas daripada hukum dengan membayar wang, manakala yang tidak berharta tidak bebas dari hukuman.

Takutlah kita apabila membaca firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa harta itu kepada hakim, supaya kamu memakan sebahagian harta benda orang lain dengan dosa padahal kamu mengetahui.” (Surah Al-Baqarah: 188)

Imam Al-Qurthubi berkata, “Sesiapa mengambil harta orang lain bukan dengan cara yang dibenarkan syariat maka dia telah memakannya dengan cara yang batil. Antara bentuk memakan dengan cara batil adalah seorang hakim yang memenangkan kamu sedangkan kamu tahu kamu salah. Sesuatu yang haram tidak berubah menjadi halal dengan keputusan hakim” (Al-Jami’ Li Ahkam Al-Qur’an).
FATHUL BARI 
20 Oktober 2013

PRK DUN Sg. Limau Medan menabur material oleh UMNO/BN, kalau berpandukan Undang-Undang Malaysia Akta 5 ianya ada kaitan dengan unsur-unsur Rasuah. Itu undang2 ciptaan manusia, bagaimana pula dgn undang-undang Allah Ta'ala. meh, kita tengok sat...!!!

#Perbuatan rasuah disebut juga oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dengan hukuman laknat atau kutukan Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya. Antara hadis yang membincang perkara rasuah, hadis yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin ‘Amru, beliau berkata:
Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam: “Laknat Allah ke atas pemberi rasuah dan penerima rasuah.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya:
Maksudnya: “Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam hukuman.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Saya petikan pulak tulisan seorang ilmuan agama UMNO.....

Rasuah adalah dosa besar
Rasuah (dalam bahasa Arab disebut risywah) adalah pemberian sesuatu dengan tujuan membatalkan suatu yang haq atau untuk membenarkan suatu yang batil. (Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah)

Disimpulkan, ia adalah apa saja pemberian kepada seseorang untuk mendapatkan sesuatu yang bukan haknya atau untuk mengelakkan suatu kerugian yang sepatutnya terjadi kepadanya.

Hukum memberi atau menerima rasuah adalah haram, ia merupakan dosa besar kerana pelakunya dilaknat oleh ALLAH SWT dan Rasul-Nya. Daripada Abdullah bin ‘Amr berkata: “Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.” (Riwayat Al-Tirmidzi)

Pemberi dan penerima rasuah berhak mendapat kemurkaan ALLAH dan dijauhkan daripada rahmat ALLAH kerana mereka telah melakukan perbuatan batil dan mengambil bukan hak mereka.

Di dalam al-Quran menceritakan tentang orang Yahudi. ALLAH berfirman, bermaksud: “Mereka adalah orang yang ALLAH tidak berkehendak menyucikan hati mereka, bagi mereka kehinaan di dunia dan azab yang pedih di akhirat. Mereka gemar dengar berita bohong dan gemar makan Al-Suht (yang haram).” (Surah Al-Maidah: 41-42)

Dalam mentafsirkan ayat ini, Umar Al-Khatthab, IbnMas’udra dan selainnya mengatakan yang dimaksudkan dengan Al-Suht (suatu yang haram) adalah rasuah. (Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurthubi)
Ibnu Mas’ud RA mengatakan, “Rasuah bagi menetapkan hukum (bagi pemerintah atau hakim) adalah kekufuran, ada pun bagi masyarakat adalah Al-Suht (haram).” (Al-Tabarani,Mu’jam Al-Kabir)

Namun, ramai di kalangan masyarakat yang terlibat dengan rasuah yang kadangkala tanpa mereka sedari, boleh jadi kerana istilahnya diubah kepada hadiah dan sebagainya. Hal ini terjadi baik untuk mendapatkan jawatan atau pekerjaan, tender, untuk masukkan anak ke sekolah atau universiti, atau untuk mencapai tujuan dunia yang lain. Ini adalah kezaliman kerana mengambil sesuatu yang mungkin sepatutnya hak orang lain.

Hadiah yang kita berikan kepada hakim atau pemerintah, juga termasuk dalam kategori rasuah yang diharamkan, walaupun ia dilakukan untuk mendapatkan hak kita kembali. Walaupun terjadi khilaf di mana ada ulama membolehkan memberi pemberian untuk mendapatkan hak, namun pendapat ini dibantahi sebahagian ulama yang lain.

Ini kerana jika kita memberi wang kepada hakim kerana kita di pihak yang dizalimi, kita sebenarnya membantunya dalam kezaliman yang dia lakukan, dan menggalakkannya untuk mengulangi lagi kezaliman itu pada masa akan datang. Kerana itu dalam banyak hal yang membabitkan kezaliman pemerintah, Islam banyak menyuruh supaya kita bersabar.

Ini merangkumi petugas-petugas yang mewakili pemerintah seperti polis dan sebagainya, janganlah kita memberi hadiah atau wang kepada mereka untuk melepaskan diri daripada hukuman, atau untuk meringankan hukuman.

Walaupun namanya diubah kepada hadiah, tetapi hakikatnya ia adalah rasuah yang haram dan mendapat laknat ALLAH danRasul-Nya, maka jangan sesekali kita terlibat di dalamnya.

Golongan hakim, petugas, pemerintah juga jangan menerima sebarang bentuk hadiah. Ini termasuk ghulul yang diancam dengan ancaman yang berat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang kami tugaskan dengan suatu pekerjaan lalu kami tetapkan gaji untuknya, maka apa yang dia ambil di luar itu adalah harta ghulul” (Sahih Abu Daud). Ini adalah bagi mengelakkan kezaliman, di mana orang berharta terlepas daripada hukum dengan membayar wang, manakala yang tidak berharta tidak bebas dari hukuman.

Takutlah kita apabila membaca firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa harta itu kepada hakim, supaya kamu memakan sebahagian harta benda orang lain dengan dosa padahal kamu mengetahui.” (Surah Al-Baqarah: 188)

Imam Al-Qurthubi berkata, “Sesiapa mengambil harta orang lain bukan dengan cara yang dibenarkan syariat maka dia telah memakannya dengan cara yang batil. Antara bentuk memakan dengan cara batil adalah seorang hakim yang memenangkan kamu sedangkan kamu tahu kamu salah. Sesuatu yang haram tidak berubah menjadi halal dengan keputusan hakim” (Al-Jami’ Li Ahkam Al-Qur’an).
 
FATHUL BARI