... Tindakan kerajaan menunda tayangan filem Tanda Putera sebanyak tiga kali menyebabkan pengarahnya, Datin Paduka Shuhaimi Baba rasa seperti didiskriminasi oleh kerajaan Malaysia.
Shuhaimi berkata, penerbitannya hilang momentum sejak tahun lalu lagi dan kesannya dapat dilihat daripada sudut pasukan pemasaran yang hilang fokus.
"Mustahil bagi kami untuk mengembalikan momentum itu meskipun Finas berusaha membantu dengan memberikan peruntukan promosi namun masanya terlalu singkat bagi melihat kesannya dan kita hanya melakukan apa yang termampu,” katanya kepada The Malaysian Insider
Kemudian dia kata “Kenyataannya kami menjangkakan filem ini kurang mendapat sambutan dan kutipannya pula tidak mungkin akan pecah panggung. Tetapi kami tetap meneruskannya kerana ia wajar dilakukan,"
Dalam masa yang sama dia salahkan filem lain yang turut ditayang serentak dengan filem itu yang menurutnya memberi saingan yang besar kepada filemnya..
Sekarang filem Tanda Putera dilaporkan rugi RM3.77 Juta.. siapa pulak yang nak disalahkannya..
Tanda Putera rugi RM3.77j
Tayangan filem kontroversi 'Tanda Putera' tamat di pawagam awal minggu ini dengan jumlah kerugian dianggarkan sekitar RM3.77 juta.
Filem yang dihasilkan dengan kos RM4.7 juta itu hanya menarik kutipan RM930,000 selepas 25 hari di pawagam, menurut laman Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
Satu lagi filem yang turut mula ditayangkan pada 29 Ogos, 'KL Zombie' berjaya mengutip sejumlah RM2.93 juta dalam tempoh sama. 'KL Zombie' dihasilkan dengan kos RM1.8 juta, kurang daripada separuh kos produksi 'Tanda Putera' dan masih ditayangkan di pawagam.
'Tanda Putera' yang merakam persahabatan di antara perdan menteri waktu itu Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Ismail Abdul Rahman dalam latar peristiwa 13 Mei 1969 itu dikritik kerana memaparkan perisitiwa sejarah dengan tidak jujur.
Filem tersebut tetap mengalami kerugian walau dipromosi oleh kumpulan pendesak nasionalis, yang turut menggesa akan filem berkenaan diwajibkan tayangan di sekolah dan universiti.
Filem oleh Persona Pictures Sdn Bhd dihasilkan dengan geran RM4.2 juta dari Finas.
Menurut laman 'Tanda Putera' di Facebook, filem berkenaan akan ditayangkan di luar pawagam melalui tempahan khas, yang dijangka akan memberi tambahan kutipan RM570,000 ~ Malaysiakini
Yang ruginya ialah rakyat dalam hal ini.. sebab RM4.8 Juta itu datangnya dari cukai-cukai yang dibayar oleh rakyat..
Pengarahnya sendiri dah kaut masuk poket banyak mana entahlah...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.