Sejarah bukan saja sekadar rakaman peristiwa lalu, rakaman sejarah juga
boleh dilakukan secara terpilih. Pihak yang berkeupayaan untuk
melakukannya adalah pihak yang memerintah yakni berkuasa ( yang menang ).
“ Sejarah ditulis oleh pemenang ”, demikian ungkapan Winston Churchill. Maka tidak mengejutkan apabila kesahihan sesuatu rakaman sejarah itu, dipertikaikan lebih-lebih lagi oleh pihak oposisi yakni yang kalah.
Dalam konteks Malaysia, pihak oposisi baik dari zaman Angkatan Perpaduan Ummah, Gagasan Rakyat hinggalah dizaman Pakatan Rakyat, kita akan selalu mendengar keluhan oposisi bagaimana pihak kerajaan UMNO BN mempropagandakan sejarah demi mengekalkan survival kuasanya.
Dengan segala kuasa kemenangan yang ada, pihak yang menang mendakwa rakaman maklumat mereka adalah rasmi dan tepat. Dakwaan ini bukan sekadar dakwaan tetapi ia disahkan dengan ‘authority’ samaada menerusi jalan undang-undang yang dicipta mahupun dari persetujuan majoriti sokongan – kemenangan.

Maka rakaman oleh pihak yang menang diterima
sebagai ‘rasmi’ dan perlu diterima dan dipatuhi oleh mereka yang kalah.
Pada masa yang sama pihak yang kalah juga ada merakam maklumat, biasanya maklumat tersebut berbeza dari rakaman si pemenang. Tetapi maklumat itu tidak dapat disahkan kerana ketiadaan faktor-faktor seperti faktor di pihak yang menang. Maka rakaman maklumat sejarah yang dikemukakan oleh si kalah, akan selalunya kalah. Inilah yang berlaku dalam real politik, lebih-lebih lagi di Malaysia.
Catatan rasmi VS tak rasmi
Sebagai contoh, kerajaan merakamkan bahawa manusia seperti Shamsiah Fakeh atau Mat Indera itu seorang komunis. Dalam konteks Malaysia, komunis yang bernama Shamsiah Fakeh atau Mat Indera ini adalah pengkhianat atau pengganas yang melancarkan perang terhadap negara atau raja. Maka beliau bukan seorang pejuang kemerdekaan dan tidak layak diangkat sepertimana dengan tokoh-tokoh lain yang catat dan diiktiraf secara rasmi oleh pihak yang menang – kerajaan.
Namun dalam catatan sejarah di pihak yang kalah atau pengkaji sejarah bebas, mendakwa bahawa Shamsiah Fakeh dan Mat Indera juga seorang pejuang kemerdekaan kerana mereka bukan berperang dengan raja atau rakyat Malaysia sebaliknya berperang menentang British termasuk Jepun.
Malah, fakta rasmi yang dicatat oleh kerajaan (pihak yang menang) sendiri menunjukan bahawa British itu penjajah. Maka secara lojiknya, sesiapa yang menentang penjajah, mereka adalah pejuang negara.
Namun, maklumat atau fakta yang mengatakan Shamsiah Fakeh atau Mat Indera ini seorang pejuang tidak dapat disahkan atau diterima kerana ianya tidak mendapat restu dari pihak yang menang – kerajaan. Tiada restu dari kerajaan bermakna tidak sah atau tidak perakui sebagai suatu fakta sejarah yang benar yang perlu diiktiraf.
Inilah salah satu contoh konflik yang melanda kita. Dan segala paparan sejarah dalam pelbagai medium baik seni filem, teater, sastera, lagu, buku-buku teks rujukan dan sebagainya, diambil dan bersumberkan catatan sejarah ‘rasmi’ yang bersimpang-siur ini.
Walau bagaimanapun, kedua-dua rakaman peristiwa yang bercanggah dari kedua belah pihak ini, juga adalah satu sejarah tidak rasmi.
Demikianlah keadaannya dengan tragedi hitam 13 Mei 1969. Jika diteliti laporan Majlis Gerakan Negara (Mageran), kita akan dapat lihat banyak sumber rakaman yang tidak jelas sumber dan perinciannya.
Kesemua catatan laporan ini langsung tidak ada menyebut nama mana-mana pemimpin DAP secara spesifik yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam tragedi 13 Mei.
Tetapi sekembalinya Lim Kit Siang dari lawatannya ke Borneo, beliau terus ditahan dilapangan terbang Subang oleh pihak berkuasa dan seterusnya ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Laporan Mageran ini bukan laporan biasa, ianya adalah laporan berprofil tinggi yang dibuat oleh pihak berkuasa yang seharusnya lengkap, tepat dan menyeluruh. Namun, apa yang berlaku sangat mengelirukan.
Jika kita meneliti temubual eksklusif Lim Kit Siang yang diterbitkan oleh roketkini, penahanan beliau dibawah ISA tiada kena-mengena dengan peristiwa tersebut, malah tidak ada satu soalan atau siasatan pun yang berkaitan dengan tragedi 13 Mei, dikemukakan oleh pihak polis ketika dia didalam tahanan. Hingga kini kesahihan laporan Mageran tidak pernah dicabar atau dipersoal oleh mana-mana pihak. Ia menjadi enigma.
Sejarah baru
Gambaran-gambaran ini menjelaskan lagi kepada kita bahawa sejarah yang dirakam oleh masa lalu sangat tidak jelas dan lengkap. Namun, menyalahkan catatan lampau oleh pihak yang menang, tidak akan menyelesaikan permasalahan atau memberi jawapan kepada cabaran masa hadapan.
Kini, dengan adanya teknologi, sejarah rakyat semakin jelas dapat dirakam. Kini rakyat sedang menulis sejarahnya dari kaca mereka, dari pengalaman mereka (rakyat) sendiri.
Selepas tragedi besar 13 Mei, apakah sejarah negara paling hebat dan besar pernah dialami oleh kita semua? Tentunya reformasi.
Reformasi ini adalah gerakan rakyat, walaupun ada yang mendakwa ia adalah gerakan segelintir penyokong fanatik Anwar Ibrahim, namun mereka bukanlah kelompok yang dominan.
Sejarah reformasi ini telah menjangkau lima belas tahun. Siapa tahu barangkali selepas ini, sekumpulan pakar sejarawan bersama-sama dengan rakyat akan melahirkan sebuah tugu peringatan tentang reformasi. Atau mungkin perpustakaan reformasi atau galeri atau mungkin juga muzium reformasi.
Generasi baru pasca reformasi mencari-cari dimanakah rakaman-rakaman penting reformasi boleh dilihat, dibaca, ditonton, dihayati dan difahami dengan jelas.
Ketika inilah seharusnya bukti dan dokumen, didokumentasikan dengan lengkap, tersusun dan menyuluruh. Malah, pakar-pakar yang ada boleh membantu menjilid dan mengumpul bahan-bahan penting itu disatu tempat yang boleh dikunjungi dan dirujuk.
Ia bukan sekadar monumental, tetapi sebagai simbol penting bahawa sejarah ditulis oleh mereka yang melakar sejarah itu sendiri – rakyat.
Apakah reformis yang jatuh terduduk dipukul Polis Simpanan Persekutuan (FRU) ketika reformasi tercetus dahulu, rela membiarkan sejarah reformasi ditulis oleh kerajaan UMNO BN?
Dan kini, walaupun tidak semuanya, tetapi Pakatan Rakyat telah menang dan menjadi kerajaan di negeri yang paling maju di Malaysia, Selangor dan Pulau Pinang. Malah, secara moralnya PR telah menang undi popular dari rakyat. Kita bukan pihak yang kalah lagi.
Maka, kitalah yang seharusnya menulis sejarah kita. Reformasi!
MAHDZIR IBRAHIM, AHLI JAWATANKUASA EKSEKUTIF PEMUDA DAP KEBANGSAAN, JUGA SEORANG PEMINAT SENI DAN KEBUDAYAAN.
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.