Monday, September 2, 2013

RADIO KOBAT FM DI MAJLIS RUMAH TERBUKA BERSAMA DS ANWAR DI KUANTAN


PADA 31 Ogos 2013 (Sabtu) baru-baru ini, aku telah ditugaskan untuk membawa Radio KOBAT FM mengadakan Lintas Langsung Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri bertempat di kediaman MP Indera Mahkota, Kuantan, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman yang juga Pengerusi KEADILAN Pahang di Indera Mahkota 5, Kuantan.

Konti luar KOBAT FM 'patriotik'

Persiapan konti luar bersama krew KOBAT FM

Pada majlis tersebut, tetamu jemputan utama adalah Ketua Umum, DS Anwar Ibrahim dan majlis berlangsung mulai jam 04.00 petang, kemudiannya DS Anwar bertemu anak-anak muda dan Profesional di dalam program Hi-Tea di Seri Manja Boutique Hotel, Indera Mahkota lebih kurang jam 05.30 petang.

DJ Kak Em bersuara lunak menceriakan Radio KOBAT FM

Aku menebual Adun Semambu, YB Lee Chean Chung

YB Dato' Fauzi memberikan ucapan ringkas dan LIVE dari KOBAT FM
For "R4BIA"

Aku mengendalikan siaran Radio KOBAT FM hanya di majlis yang berlangsung di kediaman YB Dato' Fauzi sahaja sehingga jam 06.00 petang.  Turut bersama mengendalikan radio KOBAT FM adalah DJ Kak Em.  
 
Meskipun majlis tersebut tidak dipromosikan secara besar-besaran, tetapi kehadiran orang ramai dari berbagai kaum telah melebihi sasaran seramai 1,000 orang di mana kehadiran dijangkakan sekitar 1.500 orang yang hadir secara berperingkat seawal jam 03.00 petang sehinggalah jam 06.00 petang.

Siaran pada ketika itu lebih banyak memainkan lagu Hari Raya serta lagu-lagu patriotik memandangkan tarikh tersebut adalah tarikh negara menyambut Ulangtahun Kemerdekaan.  
 
DS Anwar di dalam ucapan ringkasnya menyebut, negara ini tidak sempurna merdekanya jika pemimpin masih melakukan rasuah, zalim dan suka melakukan fitnah untuk memecah-belahkan rakyat.  
 
Rakyat perlu bangkit untuk memerdekakan negara mengikut ertikata kemerdekaan sebenar.  Jiwa setiap rakyat mesti dimerdekakan terlebih dahulu, ujarnya.

Bersama keluarga, sempat bergambar bersama DS Anwar dan Dato' Fauzi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.