Sunday, September 1, 2013

Malaysia semakin tidak selamat – Mapim

Mereka kata ada 70,000 ahli kongsi gelap di Malaysia. Dlm kes extreme ada kumpulan yang terang2an guna logo. Soalnya - kenapa tunggu sehingga bilangan penjenayah mencacah 70,000 baru lah Polis Di Raja Mysia memalu gendang & beia - ia mahu bertindak? Apa kah selama ini Polis kita tidur atau mereka juga terlibat dan atau adalah rakan seperjuangan kepada 70,000 ahli kongsi gelap tersebut? 
 
elakKUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa polis menyiasat dakwaan terdapat ahli politik di negara ini menggunakan khidmat kumpulan gengster untuk meningkatkan pengaruh politik mereka.

Presidennya, Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, dakwaan itu perlu dipandang serius semua pihak kerana dakwaan itu jika benar menggambarkan Malaysia semakin tidak selamat kerana gengster seolah-olah mengawal ahli politik negara ini.

“Mapim juga memandang berat dakwaan terdapat 70,000 gangster di seluruh negara.

“Kami berpendirian jika gejala mengguna khidmat gangster untuk menjaga ahli politik benar-benar wujud maka negara ini sedang mengarah kepada negara mafia,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Azmi seterusnya mendakwa, negara ini tidak boleh menjadi sebuah negara yang selamat jika ahli politik yang terlibat dengan persaingan dalam politik menerima khidmat gangster.

Justeru beliau menggesa pihak polis menyiasat dan bertindak tegas tentang dakwaan ahli politik di negara ini menggunakan kumpulan gengster tersebut.

Beliau dalam pada itu mempertikaikan bilangan anggota polis yang terlibat dalam kerja membanteras jenayah berbanding yang menjalankan kerja-kerja kerani di pejabat.

Dakwanya, tidak ramai anggota polis yang betul-betul bertugas khusus menangani jenayah sedangkan terdapat seramai 112,583 orang dalam pasukan polis. – mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.