Saturday, September 28, 2013

Mahathir sokong undang-undang tahan tanpa bicara diteruskan kerajaan - by admin


Tun Dr Mahathir Mohamad  hari ini menyokong langkah kerajaan membuat pindaan untuk mengukuhkan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang dibentangkan baru-baru ini di Dewan Rakyat bagi menahan seseorang individu tanpa bicara.Bekas perdana menteri itu paling lantang mengecam pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang memansuhkan beberapa akta kontroversi sebelum ini menyifatkan langkah tersebut baik demi kepentingan rakyat.
Saya berpendapat undang-undang (pindaan PCA) tersebut baik untuk kepentingan rakyat,” kata Dr Mahathir semasa sidang media di Sunway Universiti hari ini.

Najib pada 2011 telah memansuhkan beberapa akta yang menahan seseorang tanpa bicara, antaranya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO).

Kerajaan sentiasa komited dalam mematuhi prinsip-prinsip hak asasi manusia termasuk memberi pertimbangan sewajarnya dalam menyertai konvensyen-konvensyen antarabangsa berkenaan hak asasi manusia. 

Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin berkata dalam masa yang sama kerajaan tidak boleh bertoleransi dengan apa-apa perkara yang tidak bermoral serta bertentangan dengan undang-undang, etika dan nilai agama serta budaya yang diamalkan di negara ini, seperti kecenderungan seks tidak normal.

Sementara itu, Hindraf, ‘musuh’ yang bertukar menjadi sekutu pentadbiran, menyuarakan kebimbangan mereka terhadap “kemerosotan” pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak “ke era gelap Mahathirisme”.

Menggesa perdana menteri supaya sensitif, Penasihat Kebangsaan Persatuan Hindraf Malaysia N Ganesan menyatakan bantahan mereka terhadap pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.