Friday, September 27, 2013

Demam pemilihan berjangkit ke acara kerajaan - Nigel Aw

 
   
Pilihan raya umum sudah tamat dan kini demam pemilihan parti pula berjangkit ke acara kerajaan.

Menjelang sebulan lagi pemilihan Umno, calon-calon, termasuk menteri, kelihatan makin giat mengingatkan orang ramai, terutamanya pegawai kerajaan berhubung pertembungan mereka merebut atau mempertahankan jawatan masing-masing.

NONEMenteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (kanan) yang melancarkan Karnival Usahawan Desa di Putrajaya semalam turut memulakan ucapannya dengan mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana menang tanpa bertanding kerusi timbalan presiden Umno.

"Kami harap kedua-dua pemimpin ini (Muhyiddin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) bukan sahaja memimpin parti tetapi terus juga memimpin kerajaan," katanya di hadapan kira-kira 5,000 peserta yang rata-ratanya Melayu.

Kemudian dalam ucapan penutup, Muhyiddin membalasnya dengan berkata, Shafie juga mempertahankan jawatan naib presiden yang disandangnya - komen yang ternyata menyebabkan peserta ketawa kecil.



Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.