Tuesday, September 17, 2013

Chin Peng Adalah Pejuang Rakyat! Sejarah Telah Diubah Oleh UMNO? Posted by Abas® - tiewnama®

 

sejarah yang sebenar adalah, ketika jepun menyerang tanah melayu, tentera british adalah 
orang yang pertama sekali lari meninggalkan tanah melayu kerana ketakutan untuk mati,
dan orang melayu, cina dan india seperti CHIN PENG, MAT INDERA yang mengetuai sendiri mengangkat senjata memerangi jepun tanpa adanya arahan dari sesiapa.

kemudian setelah jepun menyerah kalah dan keluar dari tanah melayu, secara tiba tiba penjajah
british masuk semula ke tanah melayu? adakah ketika itu warga tanah melayu menerimanya?
ketika warga tanah melayu sakit dan menderita di buli oleh tentera jepun, kemanakah hilangnya
tentera penjajah british?

mereka semua lari lintang pukang keluar dari tanah melayu, adakah setelah jepun keluar, mereka
ingin kembali ke tanah melayu dan seterusnya terus menjarah hasil bumi tanah melayu ini?

maka ketika itulah munculnya pelbagai pertubuhan mahu menghalau penjajah british, kesemua
pertubuhan itu di haramkan dan penjajah british telah merekrut penjajah baru iaitu yang menjajah
pemikiran kita hingga ke hari ini dan pertubuhan itu saja yang tidak di haramkan, malahan mendapat perhatian serius penjajah british ketika itu.. persoalannya.. KERANA APA? 

adakah patut CHIN PENG yang telah membunuh  ketua PENJAJAH british iaitu 
HENDRY GURNEY di tanah melayu dan juga berperang memerangi tentera jepun 
di anggap sebagai PENGKHIANAT? 

sejarah tanah melayu atau malaysia semakin menjadi bahan LAWAK apabila 
semuanya terbongkar walaupun jelas ianya cuba di tutup dan ubah sejarahnya 
oleh MACAI british iaitu UMNO dengan undang2 load reid ciptaan British untuk 
malaysia hingga hari ini.

KUALA LUMPUR 17 sept. - Ramai tidak menyedari perlantikan MACAI british iaitu
Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya British ke tanah melayu kerana kerjanya yang
hebat dengan membunuh di Palestin selama 2 tahun iaitu dari tahun 1946 - 1948.

Apakah kerjanya? kerjanya adalah membawa pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari
eropah dan menghalau serta membunuh rakyat Palestin dari bumi mereka sendiri, Peristiwa
Dier Yasin pada bulan Mei 1948 yang meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak 
kanak Palestin berlaku ketika Henry Gurney masih berada di bumi Palestin.

MACAI british ini datang ke Tanah Melayu pada Oktober 1948 atas lantikan sebagai
GABENOR baru british di tanah melayu, askar askar upahannya adalah terdiri dari
orang melayu, cina dan india serta nepal di tanah melayu sendiri yang di beri gaji
untuk menjaga segala aset aset serta kepentingan kepentingan british di tanah melayu.

Malangnya dan rasa begitu pelik adalah, nama beliau di sanjung dan di angkat mengunung
tinggi di sini. jalan dan sekolah diabadikan nama Henry Gurney. hatta tempat beliau 
dibunuh pun diberi papantanda sebagai menghargai tanah melayu ini di jajah dan 
di tarah licin akan harta harta di dalamnya.

Apakah jasa beliau di sini? MACAI british ini dibunuh dalam keadaan menjadi Ketua Penjajah.
dalam keadaan tangannya berlumuran darah rakyat Palestin! 

siapakah yang berjaya membunuhnya?
orang itu mati pada 16 september 2013 dan di kenali sebagai Chin Peng yang mana
telah di buang negara dan menetap di thailand kerana melawan penjajah british?

elok sangat guru Sejarah seluruh negara yang mengajar Sejarah tingkatan 3 agar jangan lupa
untuk ceritakan kisah sebenar sejarah penjajah Henry Gurney kepada anak murid mereka.
semoga mereka tahu kisah sebenar Henry Gurney adalah gabenor British dan umno adalah
MACAI british yang paling ulung sekali bagi menggantikan british.

zahid hamidi kata biarpun CHIN PENG telah tiada, rakyat tidak dapat melupakan kekejaman
komunis atau komuniti. Kenapa zahid hamidi & pemimpin lain tidak melontarkan komen yang
sama kepada henry gurney kerana mengetuai tentera dajjal yahudi menjajah palestin juga tanah
melayu?

jawapannya kerana UMNO juga MACAI MACAI british, hanya tukar warna kulit saja, dari
putih mereka kepada sawo matang.



berikut adalah kata kata dari anwar ibrahim
"yang sudah itu, sudahlah, adakah kita setuju dengan dia (Chin Peng)? Tidak.
Adakah kita setuju dengan komunisme? Tidak.
Adakah kita setuju dengan tindakan Chin Peng dulu? Tidak,
Adakah kita bersetuju dengan perjanjian damai (1989) ditandatangani Chin Peng,
dengan kedua-dua pihak bersetuju menurunkan senjata? Kita setuju, Kenapa mereka
(kerajaan BN) ini dengan apa apa pun mereka tak setuju? Kenapa dulu (kerajaan BN)
setuju tandatangan perjanjian? ini perjanjian yang diiktiraf Kabinet. Masa itu saya menteri dan cadangannya dibentangkan pada mesyuarat menteri," 

sebelum arab saudi sebagai penyumbang terbesar kewangan negara polis dunia iaitu amerika,
tanah melayu juga dulu adalah penyumbang terbesar kewangan pound sterling british. ini adalah
FAKTA!

Dr @tiewnama - SEMUANYA TIADA DALAM BUKU CATITAN SEJARAH! kah3

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.