Tuesday, September 17, 2013

Bekas ketua pengarang Utusan mahu Kerajaan Iktiraf Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan..

 
Tak faham aku dengan pemimpin-pemimpin UMNO ni.. Jasad Chin Peng yang dah mati itupun tak mahu dibenarkan mereka dibawa pulang ke Malaysia.. apa yang mereka takutkan entahlah..

Sedangkan beliau pernah meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan kekejamannya sewaktu mengepalai PKM suatu masa dulu..

Jepun juga pernah melakukan kekejaman terhadap rakyat Malaya.. tapi boleh pula dimaafkan..

Walaupun aku tak sokong ideologi yang dibawanya, sebagai umat Islam aku mengucapkan jutaan terima kasih kepadanya kerana telah membunuh Henry Gurney.

Parti Komunis Malaya (PKM) yang turut dikenali sebagai Bintang Tiga bertanggungjawab atas pembunuhan Henry Gurney di Bukit Fraser pada 6 Oktober 1951.

Henry Gurney ialah individu yang bertanggungjawab membawa masuk orang Yahudi Zionis secara haram ke Palestin pada 1948.

Beliau  membuka penempatan baru orang Yahudi Zionis di Palestin dan menghalau orang-orang Arab. kerana jasanya itulah, beliau dipindahkan ke Tanah Melayu...

... Mungkin pemimpin UMNO yang tak mahu jasad atau abu Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia sengaja mahu menunjukkan kebencian mereka terhadap Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya sedangkan hakikatnya adalah berbeza..

Ramai yang tak tahu rasanya.. sebaik-baik sahaja perdamaian antara Kerajaan Thailand, Kerajaan Malaysia dengan parti Komunis Malaya (PKM) dan Parti Komunis Thailand (PKT) selesai diadakan di Thailand..

Kerajaan Malaysia dengan ihsan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Megat Junid telah membiayai tiga bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM), bersama isteri masing-masing menunai fardu haji di Mekah.

Mereka itu, ialah Rashid Maidin, Abdullah C D dan Abu Samah Kassim. Mereka telah berangkat ke Tanah Suci Makah melalui lapangan terbang antarabangsa Bangkok, Thailand.. sumbernya sila lihat di SINI dan juga di SINI

Pembiayaan tersebut bukan melibatkan mereka bertiga sahaja malah ramai lagi dan bukan pada tahun itu sahaja malah beberapa tahun yang berikutnya.. dedah Bekas Komando dari Kor 12 yang mempersoalkan kenapa Kerajaan menjaga kebajikan Komunis tetapi tidak Bekas Komando sila baca di SINI..

Kesian aku baca rayuannya.. sepatutnya Kerajaan menghargai mereka kerana jasa mereka amat besar buat negara..

Jika sahabat-sahabat Chin Peng dihargai sedemikian rupa kenapa pula Chin Peng dilayan sebegini rupa?

“Iktiraf Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan,” kata bekas ketua pengarang Utusan 
Sudah sampai masanya kerajaan mengiktiraf bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan, kata bekas ketua pengarang Utusan Malaysia Said Zahari .

Menurutnya, biarpun kerajaan cuba menafikan hak Chin Peng namun hakikatnya beliau tetap merupakan anak kelahiran Malaysia dan sejarah tidak menafikan bekas pemimpin komunis itu juga merupakan antara tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

"Saya menganggap Chin Peng ini perjuang kemerdekaan, Chin Peng dan rakan-rakannya sebenarnya merupakan sebahagian dari kemerdekaan negara, benar mereka ini menganggotai parti komunis tapi demi membebaskan Tanah Melayu dari penjajah.

"Mereka ini sebenarnya yang menentang British, namun kerana politik, kerana British mahu menguasai negara ini maka mereka melabelkan Chin Peng ini sebagai musuh negara," kata Said ketika dihubungi .

Menurut Said yang pernah memimpin mogok Utusan membantah pengambilalihan oleh Umno itu, tidak wajar kerajaan menghalang Chin Peng dari pulang ke tanah air.

"Chin Peng ini anak kelahiran Sitiawan Perak, darahnya mengalir di negara jadi mengapa hak mendiang sebagai rakyat Malaysia dinafikan tidak dibenarkan pulang ke negara? Beliau patut diberi penghormatan untuk kembali ke negara, biarlah Chin Peng bersemadi dengan aman di tanah airnya sendiri.

"Chin Peng benar-benar seorang pejuang, begitu setia pada negara lihatlah sampai saat terakhir beliau tetap mahu kembali ke negara asalnya saya rasa sudah tiba masa rakyat Malaysia menerima Chin Peng sebagai rakyat yang memperjuangkan kemerdekaan bukannya pemberontak," katanya.

Chin Peng dilaporkan meninggal dunia di Bangkok, Thailand pagi ini pada usia 90 tahun. Menurut Bangkok Post, beliau meninggal dunia pada pukul 6.20 pagi.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan, Perak pada bulan Oktober, 1924. Chin Peng mengetuai PKM melawan penjajah British selepas darurat diisytiharkan pada tahun 1948.

Perang berterusan sehingga perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989.

Beliau menetap di Bangkok, Thailand sehingga kematiannya pagi ini dan tidak pernah dibenarkan pulang ke Malaysia walaupun berkali-kali memohonnya


~ The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.