Sunday, September 1, 2013

Anwar Memang 'Kaki Tipu Dan Jual Taik Minyak..' kata Nazri Aziz.

Photo: nwar Memang 'Kaki Tipu Dan Jual Taik Minyak..'

Datuk Seri Nazri Aziz mencadangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa cadangan pertemuan antara Pakatan Rakyat (PR) dengan Barisan Nasional (BN) ke dalam Dewan Rakyat.

"Kita tiada masalah dengan dialog tersebut, kerajaan Barisan Nasional terbuka, malah saya sendiri pun tidak akan menghalang sekiranya beliau membawa hal ini di parlimen.


"Biar rakyat tahu apa tindakan beliau, biar rakyat menilai kerana saya cukup kenal dengan Anwar ini, beliau memang suka menipu dari dulu sampai sekarang ada saja isu yang diputar belitkan beliau,"kata Nazri ketika mengulas cadangan Anwar itu.

Anwar semasa memberikan ucapan sempena Kemerdekaan mencadangkan agar diadakan pertemuan antara pemimpin Pakatan dan BN untuk membincangkan segera masalah yang dihadapi negara.

Namun ketika ditanya, Anwar menolak ia ada kaitan dengan isu Kerajaan Perpaduan sebagaimana yang sedang hangat diperkatakan sebelum ini.

Namun bagi Nazri, Anwar sememangnya dikenali sebagai seorang yang suka menipu dan "menjual taik minyak" kerana itu Anwar harus membentangkannya di Parlimen bukan pertemuan langsung dengan pemimpin BN.

Bagi beliau, Anwar seperti sudah kehilangan modal apabila cuba mengadakan rundingan ini.

Ini kerana dialog perpaduan ini telah lama ditawarkan oleh BN, termasuk perdana menteri tetapi tidak disambut.

"Hanya setelah beliau kalah petisyen pilihan raya sudah tidak ada cara lain barulah beliau membangkitkan semula dialog ini jadi ia sangat mencurigakan," katanya lagi.

Beliau berkata lagi, banyak perkara yang telah ditipu oleh Anwar ini termasuk dakwaan kononnya BN membawa masuk 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi haram menjelang pilihan raya ke-13 lalu.

"Jika ia satu dakwaan yang benar mengapa perkara itu tidak terkandung dalam petisyen, malah perkara Yusof Kalla berapa banyak yang beliau tipu, tidakkah ia menghairan,"kata beliau lagi.

Yusoff Kalla, bekas Naib Presiden Indonesia dikatakan menjadi broker pertemuan antara Anwar dengan Najib.

Anwar mengesahkan melalui Asia Sentinel, wakil Najib ada berhubung dengan beliau bagi mengadakan perbincangan mengenai kerajaan perpaduan. - TMI
 
Posted by Jeebond BLMDatuk Seri Nazri Aziz mencadangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa cadangan pertemuan antara Pakatan Rakyat (PR) dengan Barisan Nasional (BN) ke dalam Dewan Rakyat.

"Kita tiada masalah dengan dialog tersebut, kerajaan Barisan Nasional terbuka, malah saya sendiri pun tidak akan menghalang sekiranya beliau membawa hal ini di parlimen.

"Biar rakyat tahu apa tindakan beliau, biar rakyat menilai kerana saya cukup kenal dengan Anwar ini, beliau memang suka menipu dari dulu sampai sekarang ada saja isu yang diputar belitkan beliau,"kata Nazri ketika mengulas cadangan Anwar itu.

Anwar semasa memberikan ucapan sempena Kemerdekaan mencadangkan agar diadakan pertemuan antara pemimpin Pakatan dan BN untuk membincangkan segera masalah yang dihadapi negara.

Namun ketika ditanya, Anwar menolak ia ada kaitan dengan isu Kerajaan Perpaduan sebagaimana yang sedang hangat diperkatakan sebelum ini.

Namun bagi Nazri, Anwar sememangnya dikenali sebagai seorang yang suka menipu dan "menjual taik minyak" kerana itu Anwar harus membentangkannya di Parlimen bukan pertemuan langsung dengan pemimpin BN.
 
 

Bagi beliau, Anwar seperti sudah kehilangan modal apabila cuba mengadakan rundingan ini.


Ini kerana dialog perpaduan ini telah lama ditawarkan oleh BN, termasuk perdana menteri tetapi tidak disambut.

"Hanya setelah beliau kalah petisyen pilihan raya sudah tidak ada cara lain barulah beliau membangkitkan semula dialog ini jadi ia sangat mencurigakan," katanya lagi.

Beliau berkata lagi, banyak perkara yang telah ditipu oleh Anwar ini termasuk dakwaan kononnya BN membawa masuk 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi haram menjelang pilihan raya ke-13 lalu.

"Jika ia satu dakwaan yang benar mengapa perkara itu tidak terkandung dalam petisyen, malah perkara Yusof Kalla berapa banyak yang beliau tipu, tidakkah ia menghairan,"kata beliau lagi.

Yusoff Kalla, bekas Naib Presiden Indonesia dikatakan menjadi broker pertemuan antara Anwar dengan Najib.

Anwar mengesahkan melalui Asia Sentinel, wakil Najib ada berhubung dengan beliau bagi mengadakan perbincangan mengenai kerajaan perpaduan. - TMI


Posted by Jeebond BLM
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.